search

PENGALAMAN PERTAMA APPOITMENT UNTUK BERSALIN DI PPUM

By | Leave a Comment
PENGALAMAN PERTAMA APPOITMENT UNTUK BERSALIN DI PPUM | Assalamualaikum semua 

Hari Khamis baru ni alhamdullilah dah selesai sudah temu janji pertama untuk proses mendaftar diri untuk bersalin di PPUM. Kenapa liz dan suami pilih PPUM? Sebab hospital ni dah terbiasa dengan jejak kelahiran anak saudara Malan yang pertama lagi sampailah yang ketiga. Dah 3 orang anak kakak ipar lahir di PPUM, sebenarnya bersalin dekat mana-mana pun okay je, tapi untuk pengalaman pertama ni korang faham-faham jela kan.

Takut, nervous, macam-macam pengalaman liz dengar jadi takut. Jadi sumber paling terdekat ialah kakak ipar sendiri. Suami pun bagi 2 option ja, sama ada nak bersalin dekat Hospital Shah Alam atau dekat PPUM. Tempat yang lain-lain tu, terlalu mahal dan kami pilih untuk berjimat, lagi-lagi bila dengar sendiri pengalaman kawan yang asalnya dijangka bersalin normal kos dalam RM2500 tapi bila terpaksa Czer, kosnya dah mencecah RM5000 ++ itu belum termasuk kalau baby ditahan lagi kalau kena jaundice / kuning.  

PPUM ni pulak Semi Gov, jadi half-half gitu tidak lah mahal sangat macam hospital private yang lain. Mahal sikit dari hospital Gov tapi tidak lah mahal macam private. Hehe ~ macam gitu la cite nya. Kiranya yang sedang-sedang saja. 



Kaunter mula buka 7.30 tapi kami sampai hari tu dalam pukul 7.15 jadi dapat ambil nombor awal iaitu nombor P010. Ni dari sudut ruangan menunggu giliran. Lepas tu nanti bila nombor dah dipanggil pergi la masuk dekat kawasan wall hijau tu, ha kaunternya banyak kan? Jadi masa menunggu memang sekejap je dekat sini. Lepas dah selesai daftar, kita pergi la buat bayaran sekejap. Bayaran untuk deposit bukan dekat sini tau, tapi dekat kaunter lobi. Dekat kaunter ni terima untuk bayaran rawatan harian je, macam hari ni buat scan ke, buat check darah ke dan sebagainya. 




Kaunter ni memang lagi la tak sibuk nya. 
Haha, ambil nombor terus bayar, mungkin juga kami antara yang terawal.
Deposit dalam RM500 ke RM600 entahlah, suami yang bayarkan jadi tak berapa ingat, hehe ~ 

Selesai buat bayaran ni, pergi semula ke kaunter dalam klinik tadi untuk proses seterusnya, nanti kakak dekat kaunter pun bagilah kad rekod kesihatan PPUM untuk kita. Lepas tu kita bawa kad tu dengan borang-borang yang dah dikepit tu ke kaunter Stesen Jururawat 2. 


Kaunter Jururawat 2 ni ialah kaunter kawasan sebelah je, setiap kaunter kawasannya ada ruangan menunggu sendiri. Korang bawa kad tadi tu masuk semuanya ke dalam kotak pink yang tengah-tengah tu. Nampak tak? Yang dekat kepala abang butak tu hihi. Masa ni ialah proses untuk turn pergi test urine, minum air gula dan ambil darah. *Masa suami buatkan appointment hari tu, nurse ada tanya, isteri dah buat test air gula ke belum. Memandangkan liz tak diwajibkan buat dekat KK jadi PPUM wajibkan walaupun rekod liz okay je tetap nak kan kepastian juga. 


Rupanya bekas test urine dah ada dekat toilet, sebab kan tak tahu, liz pergi minta cup dekat kaunter, rupanya lorrr kat toilet dah ada sediakan siap. Then boleh pula tak nampak kaunter test urine dekat sebelah toilet, liz selamba pula bawa sampai ke kaunter depan. Hahaha ni part paling kelakar la. Padahal, keluar toilet, ada seketul kakak nurse dah tepi toilet belah kiri. Ni lah akibat bila jalan tak toleh kiri kanan. 


Siap test urine. Then tunggu turn untuk test tekanan darah pulak. Lepas siap test tekanan darah, nanti tunggu dekat kerusi purple tu untuk consultation dengan kakak nurse. Masa ni kakak nurse akan tentukan, apa next test yang kita patut buat sebelum jumpa dengan Doktor. 


Bila dah tahu test apa kena buat, nurse akan bagi borang dan terangkan kenapa kita kena buat sesuatu test tu. Liz share sikitlah ye apa yang liz kena buat, pertamanya ialah test air gula. Yang tu, rasanya dekat klinik KK pun ramai kena buat, liz je pelik liz terselamat untuk tak kena buat test tu. Hahahaha 

Jadi yang lain sikit dekat sini ialah, kena buat test group darah, berbeza dengan test darah yang biasa kita buat, group darah ni sekiranya kita berlaku bleeding yang banyak semasa bersalin. Jadi pihak hospital dah sediakan option darah yang sesuai untuk setiap pesakit. Supaya pesakit tak alami kegatalan, reddish atau alahan teruk sekiranya terima darah nanti. Benda ni kan kerap terjadi, kalau seseorang tu terima darah yang tak sesuai mesti jadi gatal-gatal badan. Macam test HIV ke, test yang lain-lain tak perlu buat, sebab nurse PPUM akan refer pada buku pink KK. Kalau dah ada catatan, dorang tak kan buat dah. 

Jadi yang kene buat ialah test Hepatitis B, test ni kena buat sebab kalau ibu ada Hepatitis B, baby kena bagi vaksin dulu sebelum kita bagi susu pada bayi. Kalau tidak nanti bayi berjangkit, hepatitis b ni kan penyakit yang boleh jangkit melalui darah, jadi kalau baby minum susu berjangkitlah dia. Sebab susu kita tu terhasil dari darah kita juga. Liz tak pasti dekat KK ada buat ke tidak test ni, sebab nurse takda bagitahu, jadi kena semak balik buku pink KK. Masa dekat KK hari tu sekali amik darah 1 tube je. Tapi dekat PPUM, 2 tube besar dan 1 tube kecil sebelum minum air gula. Untuk selepas minum air gula pula, kena ambil 2 tube darah pula. 1 kecil dan 1 besar. 


Ni dekat bilik minum air gula dan tunggu turn tunggu untuk ambil darah. 
Yang ambil darah ni ialah doktor sendiri. 

Sambil nak hilang cuak ambil darah, borak la dengan doktor ni tapi aku pandang tempat lain haha. Doktor cakap dia ambil darah patient ni sampai pukul 1 je, petang dia dah kena melawat wad bersalin. 


Selesai ambil darah untuk pertama kali dan minum gula. Sekarang ni tunggu turn untuk jumpa Doktor pula. Tunggu nak jumpa doktor pun tidak lah lama sangat sebab bilik nya banyak. Sambil tu, liz masih lagi kena berpuasa dan kena tunggu selama 2 jam untuk ambil darah kali kedua pula. Untuk semua yang tak pernah ada pengalaman, nak check gula dalam darah prosesnya memang macam ni. 2x tau amik darah, sebelum 1 kali dan selepas 1 kali selepas minum air gula.


Sekian! Selesai dah jumpa doktor untuk consultation dan check heartbeat baby kemudian cerita sikit history kesihatan family. Kemudian set appointment dan jumpa lagi 2 minggu untuk next appointment pula. 

#Notes sebelum datang sini, korang kena buat temu janji tau, suruh je suami atau siapa-siapa boleh wakil kan, ambil borang dan bawa sekali buku pink Klinik Kesihatan tu. Lepas tu nurse akan bagi tarikh appointment. 
Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK