search

BAHAGIANYA DIA

By | Leave a Comment
BAHAGIANYA DIA | Assalamualaikum 𝅕

Fuhh! 07 July 2017 memang cantik tarikhnya dan di sebabkan tarikh cantik ni la, si ika ni nak kahwin tahun ni. Eah baik ngaku! 

Taniah lah, dah kahwin. Dah boleh hembus nafas lega sikit kan. Semua nya berjalan lancar. Tak apa yang lebih bahagia selain mengharapkan semuanya berjalan seperti yang dirancang. Baru-baru ni mesti rasa macam single lagi, lama-lama pandai-pandailah sedar diri yek. Status dah tukar. Sebab liz sendiri pun, dah sarat baru sedar ohh dah kahwin & nak jadi mak budak dah pun. Tu pun kadang-kadang lupa diri, tak ingat tengah mengandung.

Post ni really short entry je. Saja nak share gambar dalam blog. Sebab terasa tahun ni nak share banyak sikit pasal lifestyle dengan korang. Tahu, korang suka stalk aku. Haha ~ Nah tengok la kat sini. Tolong tambah traffic blog aku mencanak-canak sikit. Kiranya hari ni ialah hari aku half day selepas menyettle -kan semua report untuk minggu ni.


Nampak sangat pasangan yang baru kahwin mesti senyum sampai telinga. Tak payah susah-susah nak ajar. Feeling lahir dari jiwa terus. Haha ~

Allah Atep! Sabar, jangan meloncat kat masjid. 
Faham-faham, dah dapat bini kan.

(Candid yang tak disangka photog snap, aku pun tak tahu pasal apa jadi gini)
Tapi tu lah dah jadi, kadang-kadang tak sedar diri dah 7 bulan!!!


Tips posing untuk nampak slim. 
Kalau setengah ibu tacim sangat kalau orang cakap tak nampak baby bump. Aku rileks je, mujur tak da sentap pasal tu sebab aku sentiasa nak nampak slim. Haha ~

Okaylah sekian. 
Banyak lagi review lain, aku tak siap update lagi. 
Nak tidur dah ni. Esok nak masak sahur untuk suami. 

P/S : Rasa bahagia sangat bila berpeluang menjadi salah seorang yang membantu majlis ika lancar. Walaupun hantaran aku gubah tu takda la lawa mana. Idea-idea yang aku bagi tak da la bernas mana, tapi hope ko hargailah apa yang aku mampu hulurkan ni. Buat aku tacim siap ko!




Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK