search

REVIEW: CERAH BERSERI HANYA DALAM 1 HARI NURISH ORGANIQ

By | Leave a Comment
REVIEW: CERAH BERSERI HANYA DALAM 1 HARI NURISH ORGANIQ | Assalamualaikum uit korang. Sibuk nak raya dah ke?

Elok sangat la tu kalau siapa yang tengah mencari produk kulit cerah-mencerah tu datang sini. Meh baca info terkini yang liz nak kongsikan dekat korang semua. 


Liz pun sebenarnya First Time ni dengar pasal jenama ni, bila tahu pasal produk ni ialah kategori organic memang liz terus grab je la untuk review. Katanya produk ni boleh cerah berseri dalam 1 hari you alls. Nak tahu betul ke tak korang kena lah cuba sendiri. 

4x Aksi Cerah:
(Diperkaya dengan 100% ekstrak tumbuhan semula jadi)

1. Kemboja = Akti-Oksida semula jadi untuk mencerah dan mengekalkan kelembapan dan penghidratan kulit. 

2. Bunga Raya = AHA semula jadi untuk pengelupasan kulit dengan lembut dan menggalakkan pembaharuan dan pencerahan kulit.

3. Bilberi = Agen pencerahan organik untuk memudarkan pigmentasi.

4. Timun = Agen pengecilan pori dan pencerahan semula jadi untuk membantu menghaluskan kulit dan mengurangkan pembentukan pigmentasi agar kulit kelihatan cerah gebu sempurna. 


Esen Pencerah Muka 
- Dengan 500,000 ekstrak kemboja aktif dalam 1 botol 
- Menghalang pembentukkan bintik hitam & pigmentasi
- Mencerah & menyamaratakan tona kulit
- Menghidratkan & melembapkan kulit 
- Tekstur ringan & tidak melekit

Cara pakai : Sapu dengan lembut di seluruh kulit wajah dan leher, urut perlahan, urut dengan perlahan dalam gerakan memusing. (Siang dan Malam)


Krim Pencerah Siang SPF20
- Melindungi kulit daripada sinar UVA & UVB dengan SPF20
- Menghidratkan & mengekalkan kelembapan wajah
- Mencerahkan & menyamaratakan tona kulit
- Tekstur ringan dan tidak melekit 

Cara pakai : Sapu dengan lembut di seluruh kulit wajah dan leher, urut dengan perlahan dalam gerakan memusing. (Siang sahaja)

Siapa yang takda produk yang sesuai dengan kulit tu, kalau ada masalah macam ni. Nak cari produk dari bahan organik pula. Sila la cuba Nurish Organiq ni yek. Boleh beli dekat pasaraya terdekat anda. 

Selamat mencuba kepada semua. 


Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK