search

RESEPI CENDAWAN GORENG RANGUP

By | 4 comments
RESEPI CENDAWAN GORENG RANGUP | Assalamualaikum uit!


Dah tahu nak share apa dengan korang sebenarnya, so liz buatla entry yang konon ajek-ajek memasak di bulan Ramadhan yang akhir ni. Hari tu siap print menu untuk sebulan alih-alih menu yang takda dalam senarai juga dibuat nya. 

Cendawan goreng ni memang berselera makan kalau korang buat waktu sahur, tapi kami ni waktu berbuka kami bedal. Asyik-asyik ayam goreng kan boring, daging goreng pun boring, selalu sahur ni tak suka bergulai sangat, yang kering-kering ni selera la. Menu liz dengan husband selalu nya sahur kena ada sup sayur, yang lain lauk kuah manja-manja pun takpa dah. 

Ni paling senang buat bini-bini yang nak cepat siap dekat dapur hehe. Bancuh-bancuh goreng. 


3 Benda penting :

1. Cendawan
2. Tepung cap Bestari Rangup Asli/Pedas (ikut suka korang pilih)
3. Air 

Cara-cara nya :

Letak tepung ikut suka hati korang, sukat la sama balance dengan cendawan korang tu. Pastu letak air dalam tepung tu, godek-godek bancuh macam nak buat lempeng tu. Tak payah ngada nak membazir letak telur! Dalam ni dah siap cukup rasa garam, gula dan rasa.

Dah siap bancuh tu, nanti korang tuang je cendawan tu dalam tepung yang dah bancuh tu. 



Siap! Makan dengan sos. 

Dalam banyak-banyak tepung rangup yang dekat pasaran tu, liz punya tekak suka rempah dari jenama ni. Try la korang cuba, dia tak macam tepung yang lain tau. Dekat 99speedmart ada jual, dekat pasaraya pun banyak jual. 
Newer Post Older Post Home

4 comments:

  1. thank you for sharing Liz, nnt kita try cari tepung ni nak buat ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. HA AH mieza, ready kan tepung ni senang dkt rumah. Tak yah telur bagai siap.

      Delete
  2. sedapnya liz..santai2 mlm sambil tgk tv dgn air sirup

    ReplyDelete
    Replies
    1. soon kak zaza boleh la bt kudap2 utk husband sambil tgk drama tv3 hehehe

      Delete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK