Top-ads

MAJLIS PERKHAWINAN DI BANGLO MEWAH BERSAMA THE WEDDING HERITAGE

By | 1 comment
MAJLIS PERKHAWINAN DI BANGLO MEWAH BERSAMA THE WEDDING HERITAGE | Assalamualaikum semua!

Cerita pasal kahwin-kahwin dah jadi macam satu fenomema yang berpanjangan pula dalam blog liz walaupun dah 2 bulan berkahwin. Baru lagi kan? Hehe! Jadi rugi sangat-sangat kalau liz tak ambil kesempatan ni untuk kongsi kan dengan korang semua bakal-bakal pengantin mengenai lokasi majlis perkahwinan yang berkonsepkan di rumah banglo mewah berlokasi di Ampang & Damansara.



Memperkenalkan The Wedding Heritage iaitu "Banglo Kahwin No.1" di Malaysia kini menawarkan pelbagai pakej yang menarik mengikut bajet bakal-bakal pengantin semua. Sentuh soal lokasi majlis perkahwinan ni, kalau boleh memang kita harapkan yang terbaik. Sebab liz sendiri rasa bila kita buat majlis ni bukan kita fikir diri kita (pengantin) sahaja yang nak selesa tetapi jangan lupa terhadap tetamu yang datang ke majlis kita. Tak lupa juga saudara-mara yang menolong kita pada majlis tu. 

TWH menawarkan pakej lengkap perkahwinan (ALL In Package) di banglo mewah pada harga yang sangat mampu milik bermula hanya RM9, 500 sahaja. Setelah 2 tahun beroperasi, kini TWH telah mempunyai 2 cawangan:

Cawangan
Lokasi
Spesifikasi Majlis

Villa TWH

“Wedding Venue & Eventspace”



Taman Sri Ukay, Ampang


-          “Birthday Party”
-           “Product Launching”
-          “Open House”
-          Berendoi & Aqiqah
-          Tunang/Nikah (100-200pax)
-          Private reception
*Terhad kepada 500pax


Banglo TWH

“Wedding Venue”



Seksyen 6, Kota Damansara
-          Malam Berinai
-          Nikah
-          Night Reception
-          Day Reception
-          Corporate Open House

*Terhad kepada 2,000pax
 






Selain daripada 5 pakej yang disediakan di atas ni, korang jangan risau sebab TWH boleh mengeluarkan quotation lain mengikut bajet korang nanti. Jadi memang wajib sangat-sangat pilih The Wedding Heritage ni sebagai lokasi majlis perkahwinan hari bahagia korang. Ada 5 sebab kenapa korang patut ambil TWH sebagai lokasi majlis korang nanti.

1. Fleksible :

Dari segi masa dan bajet kahwin pelanggan. Perbezaan kahwin di dewan dan di TWH, pengurusan TWH akan memberikan lebih masa lebih-lebih lagi selepas majlis untuk keluarga pengantin membungkus makanan dan merehatkan diri selama 2-3 jam. Jadi bagi tetamu yang terlewat masih boleh berjumpa pengantin dan seperti berada di rumah mereka sendiri.



Pengurusan TWH juga boleh mengeluarkan quotation secara custom mengikut bajet pengantin. Namun kelebihan untuk menempah tarikh hanya dengan deposit hanya sebanyak RM2500 sahaja. Pengurusan memberi masa dan ruang untuk pengantin mengumpul bajet perkahwinan sehingga 3 bulan sebelum majlis perkahwinan, barulah pengantin diminta untuk melakukan pembayaran yang seterusnya.

Pelanggan juga boleh menambah street food seperti kambing golek, apam balik, pisang goreng cheese, abc, asikrim sebagai menu sampingan utk memeriahkan lagi majlis mereka. Pelanggan juga boleh menolak mana-mana item yang tidak diperlukan dan sepastinya harga juga akan berkurangan.


2.  Keselesaan
Terdapat bilik persiapan pengantin, surau, bilik rehat tetamu, tandas dan ruang tamu bagi keluarga. Malah di Banglo Kota Damansara kita turut mempunyai penginapan homestay 2 hari 1 malam jika menempah perkahwinan di banglo TWH. Ruang-ruang ini sangat selesa bagi ahli keluarga yang sudah berumur atau mereka yang mempunyai anak kecil untuk menyusukan bayi.

Di samping itu persiapan ahli keluarga juga seperti berada di rumah sendiri, yang mana keperluan asas seperti hotel. Contohnya, seterika, pemanas air, kelengkapan mandian, tuala malahan lebihan tilam dan bantal turut disediakan. Malah ahli keluarga juga boleh solat berjemaah bersama ketika majlis.


3.  Kualiti
Semua vendor dan panel yang bernaung di bawah TWH rata- ratanya sudah berpengalaman hampir 20  tahun.  Namun dengan idea baru yang disumbangkan secara bersama pastinya dapat menghasilkan sentuhan yang sangat berkualiti. Di samping itu, setiap tempahan pelanggan akan diuruskan oleh ‘senior wedding planner’ yang dilantik menjadi ‘floor manager’ pada hari majlis diadakan.



TWH akan memberikan bingkisan idea yang terbaru mengikut trend dan memberikan nasihat yang terbaik utk bakal raja sehari. Pengurusan turut mennyediakan servis RELA secara percuma untuk mengawal lalulintas semasa majlis dijalankan. Setiap item yang disediakan oleh pengurusan akan dipastikan kualiti berada pada tahap yang terbaik




4. Kahwin Cuci Tangan
Antara faktor utama pelanggan memilih untuk melangsungkan majlis perkahwinan di banglo TWH beserta dengan pakej lengkap,adalah rata-rata kerana kekangan masa disebabkan komitmen kerja. Ada juga pelanggan yang tinggal di kawasan perumahan atau pangsapuri yang tidak mempunyai cukup ruang dan sempit untuk melangsungkan perkahwinan di rumah sendiri. Pelanggan tidak perlu lagi berpenat lelah utk menguruskan perkahwinan mereka. Mereka juga menganggap harga pakej lengkap yang ditawarkan di banglo TWH adalah paling murah jika dibandingan dengan wedding venue yang lain serta pakej yang ditawarkan sangat menarik serta banyak item percuma diberikan. Jadi memilih TWH adalah umpama mengadakan “Kahwin Cuci Tangan” bagi pelanggan.
 



5. Bidan Terjun 
TWH merupakan pilihan utama bagi mereka yang merancang perkahwinan saat akhir. Kadangkala faktor pindah kerja atau berkahwin dengan kerakyatan luar negara benar-benar mendesak sesetengah pelanggan untuk merancang perkahwinan mereka dalam masa sebulan sahaja. Walaupun dengan hanya tempoh dua minggu tempahan jika masih ada tarikh kosong TWH akan mampu menguruskannya kerana mempunyai vendor yang terbaik dan berkualiti. TWH mempunyai testimoni pelanggan yang melangsungkan perkahwinan saat akhir, namun mendapat pujian daripada tetamu dan pelanggan sendiri kerana telah buat yang terbaik serta mereka sangat berpuas hati.

Jadi apa tunggu lagi jom kite jenguk TWH sekarang!
 
 
Website
www.theweddingheritage.com
Instagram
@theweddingheritage_official
Facebook
The Wedding Heritage Com
Mini-site
theweddingheritage.blogspot.my
Contact Number
016-5629394

Istimewa untuk pembaca blog liyliz yusof, sila gunakan code "Booking Blogger" untuk mendapat rebate RM500. Yay! boleh berjimat disitu. Selamat pengantin baru buat semua bakal pengantin yek!

 



   

Older Post Home

1 comment:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK