REVIEW: MY FCC FAVORITE NOVEMBER

1 Nov 2016

REVIEW: MY FCC FAVORITE NOVEMBER | Assalamualaikum 

Welcome Dear November 2016. Hari ni liz nak share dengan korang makeup review bulan November yang menjadi kesukaan liz dari FCC Cosmetic. Sebelum ni liz dah 2 3 kali juga cerita pasal FCC dalam blog. Ramai dah rasanya tahu kan, makeup FCC ni berasal daripada Turkey dan 100% halal. 

Ahad lepas liz pergi ke Sogo shopping sikit untuk barang hantaran dan belikan mak hadiah untuk hari lahir dia yang tak lama lagi datang tu. Masa nak balik, singgah lalu ke bangunan Maju Junction KL, ada buat sales FCC. Singgah la sekejap tengok lipstick sebab sebelum ni lipstick FCC memang menjadi favorite sepanjang zaman jugalah. Disebabkan habis je liz dah tak pakai, jadi semalam check dompet tengok duit cukup ke tidak nak shopping sikit. Sikit je ~

Jadi terbeli lah barang di bawah ni.


Kesukaan di bulan November 2016


RM26.50
TENDER BLUSH ON 02


Kalau korang follow liz da lama mesti korang tahu yang makeup harian liz mesti tak pakai blusher sebab liz takut dengan blusher ni. Blusher selalunya ada glitter or shimmer tu jadi untuk kulit sensitive macam liz memang sangat-sangat tak sesuai pakai jenis yang macam tu. Untuk blusher liz memang akan sentiasa cari yang jenis powdery punya. Natural dan sekata. Jadi blusher FCC ni sesuai dengan kulit liz.


RM37.10
MATTE LIPSTICK 02


Liz memang suka sangat lipstick dari FCC sebab liz rasa jenama dia jela yang jual matte lipstick dengan harga yang murah. Sebelum ni liz dah cuba code 14 dan kali ni liz beli code 02 pula. Lipstick Matte FCC ni ada sekali vitamin E jadi memang elok sangat-sangat untuk kulit bibir. Macam mana, cantik tak warna tu? Warna yang selamat untuk tak nampak sweet sangat dan tak nampak garang sangat. Orang kata, yang sedang-sendang saja. Untuk blusher pula, orang kata macam hidup segan mati tak mahu. Nak nampak terang sangat malu, tapi nak pakai juga sebab rasa perlu. Hahaha #pening

Review liz, liz bagi 4/5 bintang.


3 comments

  1. Sweet je liz posing tuuu.. Dulu pika pernah ada FCC product but dah expired so dah buang. SInce then, tak pernah beli lagi.. eheeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya selfie dlm kereta je gambar lawa hahaha.

      Delete
  2. sweetnya.. dah lama tak renew makeup fcc

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.