PAPER BAG UNTUK GOODIES

23 Oct 2016

PAPER BAG UNTUK GOODIES | Assalamualaikum Internet Family.

Semalam habis je majlis perkahwinan beramaik-ramai di Marina Putrajaya, liz terus gerak ke KL teman Malan cari paper bag untuk goodies di majlis bertandang nanti. Sebenarnya macam-macam lagi di tengoknya tapi sebab tujuan utama pergi ke kedai ni sebab nak cari paper bag jadi tajuk pun kita buat lah paper bag untuk Goodies. 

Kedai yang liz nak kongsi kan ni ialah Wakim Plastic Industry Sdn Bhd di KL. Liz dapat tahu pasal kedai ni dari Kak Ayue Idris, banyak sangat info yang Kak Ayue kongsi dengan liz pasal persiapan nak kahwin ni. Dapat tips berjimat cermat juga tau. 


Ada banyak size dan jenis paper bag. Tinggal bandingkan harga dan pilih nak beli ke tidak?


Malan aim yang ni harganya RM19.10 50pcs tebal berbanding bag kertas yang lain. Selalunya kalau yang buat jual wafer tu memang nipis dan kecil tapi yang tu harganya lebih murah dan sangat-sangat jimat. Macam Malan dia nak letak makanan yang berat sikit dalam ni jadi nak cari yang tebal sikit. Tapi tak pasti lagi harga ni dah cukup murah ke tidak jadi tunggu minggu depan nak balik Pahang survey dekat Cowboy pula. 


Yang ni sesuai untuk bekas balang kalau nak letak popcorn ke. Selalu nampak balang ni dibuat bekas popcorn kan. Harga dia jual untuk 300pcs RM190.80 bleh tahan mahal juga bekas ni kan. Belum beli letak popcorn lagi. 


Ni macam bekas sushi haha. Siapa suka beli sushi mesti selalu dapat bekas macam ni. Siapa nak jual cheese cake leleh boleh juga letak dalam bekas macam ni kan?


Macam-macam lagi ada dekat sini, plastik nak membungkus ada, kertas jual nasi lemak ada. Macam lagi ada lah. 


Kami survey bekas nak bekalkan lauk pauk juga. Yela masa kenduri nanti mesti kita nak bungkuskan ahli keluarga yang datang jauh-jauh tu dengan lauk kenduri kan. Kalau nak bungkus dalam plastik pun okay ja tapi kalau yang datang dari jauh tu, lagi afdal letak dalam bekas kan. Selamat siki. Tapi kuantiti dia kena beli sekurangnya 300 bekas, haishh banyak sangat pula. Macam bekas dekat bawah ni.


Kalau korang berminat nak pergi jenguk dekat kedai ni, gps je Wakim Plastik Industry Sdn Bhd. Terus boleh jumpa nanti ke depan kedainya terus. 

GOOGLE 

Alamat : NO. 148 , JALAN ABDUL RAHMAN IDRIS, KAMPUNG BARU, 50300 KUALA LUMPUR
TEL: 03-2602 1174, 03-2692 1721, 03-2691 4297
FAX: 03-2692 8221


1 comment

LEAVE COMMENT HERE.