search

Top-ads

REVIEW: FLOWER LIP & CHEEK KIT W.LAB

By | 2 comments
REVIEW: FLOWER LIP & CHEEK KIT W.LAB | Assalamualaikum semua. 

Bukan dalam hati ni je ada bunga dan taman, barang makeup pun liz nak berbunga-bunga dan taman sekali tau. Sebab tengok packagingnya pun dah jatuh cinta apatah lagi di dalamnya tu. Ini ialah makeup kit lip & cheek liz yang pertama okay sebab kebiasaanya liz akan beli berasingan dan mudah nak bawa. 

Tapi memandangkan W.Lab keluarkan 1 makeup kit yang kecil dan kemas macam ni, liz terpikat hati nak cuba. Sebesar genggaman tapak tangan je, masukkan dalam beg pun tak berat memang mudah nak dibawa ke-mana-mana. Selalunya makeup palate kan besar kedabak sikit, memandangkan W.Lab prihatin terhadap orang yang jadikan size sebagai isu maka-nya mereka keluarkan mini packaging yang cute macam ni untuk orang-orang macam liz.


Siapa tak suka packaging warna putih macam ni. Simbolik W untuk jenama ni ditambah sikit dengan bunga di kedua hujungnya. Simple but nice enough!


Warna pun ikut musim. Warna-warna musim bunga yang nak beralih arah ke musim panas.  Sebab tu agaknya W tu menggunakan lukisan seperti akar kayu. Hurmm clever! Taniah W.Lab.


Ada 6 warna kesemuanya. Warna yang memang cantik giler! Bibir sehari boleh bertukar macam-macam warna dengan ada nya make up kit yang slim dan ringan macam ni. 

Mesti korang takut melekit kan kalau benda ni dipakai di pipi? Ternyata tiada minyak dan pakai di bibir atau di pipi semuanya okay. Tapiiii .. liz tak suggestkan untuk kulit yang berminyak dan sensitive sebab tekstur nya sedikit creamy jadi kemungkinan korang yang jenis kulit sensitif tak sesuai. Jangan risau bibir kan ada. Boleh pakai dekat bibir juga dan buatnya sebagai highlighter di bahagian hidung. Kut-kutlah korang nak hidung merah pink sikit macam Uqasha Senrose tu. 




1 lagi nak pesan ni, bila korang nak pilih barang-barang makeup semak dulu bahan-bahannya manatau korang ada alahan daripada salah satu bahan di atas. Contohnya ada orang alergik dengan bunga Jasmine. Jadi pastikan dulu ye yang korang takda alahan dengan bunga-bunga di atas. 

Berminat? Dekat mana nak beli W.Lab Flower Lip & Cheek Kit ni? Senang je sekarang ni semua Online hujung jari je kawan-kawan. Singgah ke website Althea Korea type je dekat Google mesti keluar punya. Sekarang ni harganya ialah RM60.00 ada discount 40% dari harga asalnya ialah RM100.00 




Kasi peluang sikit nak tempek sekeping je gambar saya nih. Liz pakai code Fashion Pink di bibir dan Fashion Orange di pipi. 


Senang kan? Jangan lupa beli dekat Althea Korea. 
Newer Post Older Post Home

2 comments:

  1. alololo omey sgt packaging dia tp ahkak ko ni stu lipstick kaler pon die dh puas hati dh hahaha kn.. hehe hari melawat blog rakan2 tersyg hi lyz lama xjmp kn :)

    ReplyDelete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK