search

ALTHEA TURNS 1 BIRTHDAY PARTY | HOW TO JOIN THE PARTY?

By | 3 comments
ALTHEA TURNS 1 BIRTHDAY PARTY | HOW TO JOIN THE PARTY? Hi Assalamualaikum Internet Families 

Liz sayang Althea dan liz percaya ramai giler girls dekat luar sana pun sayang giler dekat ALTHEA! Please lah ~ giler tak sayang this online beauty website. Althea is supper dupper sweet okay, even my friends dekat FB, Istagram siap wasap liz tanya HOW TO JOIN THE PARTY? Tulahhhh suruh follow FB Page Althea tak nak. Then now you guys already miss out the best moment ever. Alahh jangan risau, next year Althea Turns 2 jangan lupa join okay? Okay? Okay? Promise? 

Please! Liz bukan model 1 Malaysia okay.
 1 for Althea turns 1 okay!!!

Mira Cikcit the beauty blogger cum staff Althea. 

Meh sini liz kenalkan, a bit introduction dia ni Mira Cikcit dan dia dah tak available. Okay introduction END. Haha~ Siapa yang datang sini, mesti akan nampak muka budak mira ni with cheer hand up like miss world macam tu greeting you guys. REGISTRATION dulu dan semak email. Liz macam pelik la kan, aik why nak semak email. Tak sangka ada sesuatu di sebalik email tu. Nanti liz cerita okay .. S. A. B. A. R


Done registration korang akan nampak banyak giler orang pakai pink. Except that Oppa (maybe dia yang uruskan our minum & makan) so not include join la). Semua yang datang pada hari BIrthday PArty ALthea ni tak semestinya BLOGGER sebab Athea juga jemput pemenang contest share & comment dekat FB Page Althea. Jadi siapa yang bertuah share & comment post dari Althea Page tu akan dipilih untuk sertai sama PARTY ni. 


Kasi can ye Cik baju PINK nak posing.


Bingsu Bar ni bila waktu dah ramai orang, siap kena beratur tau. Ais dia sangat lembut dan ada 4 Flavors. Strawberry, Coklat, Green Tea & Mango then korang pandai-pandai lah hias mengikut cita rasa nak macam mana.




Comel ke tidak? Haha


Kalau kakak ni jual Bingso korang datang tak beli? Ohh lupa nak bagitahu, Bingso ni macam ABC la kalau dekat Malaysia ni. Sambil-sambil makan chit chat dengan kawan-kawan bloggers yang lain. Selain kawan bloggers boleh juga kenal-kenalan dengan pemenang-pemenang contest Althea.


Sambil berbual sambil makan. Menu petang tu kami makan Kimbab. 



See happy ke tidak kitorang? Dah dapat makan lepas tu dapat bergambar dekat box Althea Make Up yang supper cute miut ni dari Glitz & Glam. Kalau korang berminat nak ada photo-booth yang cantik ni boleh ke website www.gngstudiobooth.com sebab ada package juga untuk yang nak berkahwin tu. Jeng-jeng ~ Tengah-tengah syiok bergambar ni tiba-tiba CEO Althea menyanyi opera wehhh! Tak sangka lak ada bakat suara sedap macam tu. 


Masa yang di tunggu-tunggu sudah pun tiba. Waktu untuk nyanyi sama-sama meraikan Birthday Althea yang PERTAMA. Happy Birthday To You.

Lepas je nyanyi lagu Happy Birthday dan wish Althea semoga terus maju dan berjaya di masa akan datang tiba-tiba Ms. Tammy buat announcement supaya kami semua semak email ASAP sebab dalam account Althea masing-masing diberi RM150 untuk shopping. YAYYYYYY! Althea ni tak pernah tak sweet tau. Hari tu liz dah dapat 1 box before Birthday Althea. Sekarang masa birthday dia, dia kasi kita credit lagi untuk Shopping. #Altheaturns1 Tapi part paling stress haha bila kami diberi masa untuk gunakan credit RM150 tu dalam masa 30 minit sahaja. #nervous weh tapi seronok tau tengok muka panic masing-masing. Nak tengok? Sila tengok gambar di bawah:


Muka Kak Sabby yang baru lega shopping. Tapi Wiida & Kak Inanie masih bertungkus lumus memilih barang makeup. Rambang mata tak tahu nak pilih yang mana lah tu.


Bila semua da selesai dan berjaya pilih barang masing-masing. Tibalah masa Althea buat announcement pemenang baju tercantik pada hari tu. No. 1 , 2 & 3 itulah dia gambar pemenang bertuah pada hari tu. Bila pemenang pakaian pun dah di umumkan makanya masing-masing tertunggu juga bila nak dapat lucky draw ni. Sebab masa register tadi tak da pun dapat number. Surprise gilerrrr bila Althea Team cakap hadiah lucky draw ada dalam ballon. CEPAT ambil ballon masing-masing, kemaian lah semua orang cepat-cepat ambil ballon masing-masing. Macam dekat gambar bawah ni:


Semua dah ada ballon masing-masing di tangan. 
Muka tak sabar nak pecahkan ballon la tu. 

Tadaaaa semua orang dapat lucky draw cuma barang je yang berbeza. Thank you Aromatica, It's My & WonderRuci sebab sponsor hadiah lucky draw kami semua. 

 Thanks Pika untuk gambar ni. 92's geng.


Last sekali recap with this picture dari Kak Ayue Idris. By the way kalau korang nak tengok sendiri event ni berbentuk video haaaa cepat pergi jenguk dekat blog kak ayue. Thank you Althea, thank you sebab invite liz sambut Birthday ni sama-sama. Your second parcel baru sampai tadi. Nanti kita buat unboxing okay dekat snapchat @liylizyusof. Much Love ~~ 


Sebagai kenangan.


Ini ialah lucky draw yang liz dapat. 
Yey tak sabar nak cuba serum ni nanti.

Event : Birthday Party Althea
Date : 24 July 2016
Time : 3 pm - 5 pm 
Venue : Ruang Subang





Newer Post Older Post Home

3 comments:

  1. Seronok dapat jumpa liz...bestkan party Althea...semoga jumpa lagi di lain event insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. SERONOK jumpa kak jue juga, peramah giler dan mesra. puji liz cantik2 sampai ke kembang2 sekembang ballon althea time tu hahaha

      Delete
  2. Tudiaaa meriah! Everyone in pink kan..

    ReplyDelete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK