search

Top-ads

XIXILI PARTY BERSAMA MAJALAH NUR & MAJALAH HIJABISTA

By | 2 comments
XIXILI PARTY BERSAMA MAJALAH NUR & MAJALAH HIJABISTA | Assalamualaikum kepada semua Internet family.

Off course with this Pika Xoxo. 

Kalau korang perasan minggu lepas liz ada pos gambar liz pergi XIXILI PARTY dekat Sunway Pyramid. Liz pun sebenarnya baru tahu yang XIXILI ni jenama dari Malaysia. XIXILI ialah jenama untuk pakaian dalam wanita. Sempena event kali ni tema yang diberi ialah Summer Blossom Party & semua tetamu kebanyakkan akan pakai pakaian yang ada corak flora. Macam mana boleh pergi event ni? Buat pengetahuan semua event ni terbuka kepada semua pembaca Majalah Nur & Majalah Hijabista. Siapa-siapa pun boleh datang tapi kena RSVP tau bukan walk in macam selamba. Follow la Instagram mereka baru lah tahu bila diorang buat SHOUT OUT.



Semua hijabista berkumpul.

Kebetulan dekat-dekat nak kahwin ni pergi pula event macam ni, 1 ilmu yang baru juga untuk liz sebenarnya memilih jenis-jenis pakaian dalam ni. Opss sorry entry ni sesuai untuk dibaca oleh kaum perempuan je tapi kalau ada lelaki yang tengah baca adushhh. Okay liz cuba kongsi kan benda ni secara general ya? Atau korang boleh STOP baca sekarang! Tak tahu pula cara kita pilih jenis corak pakaian dalam ni sebenarnya mencerminkan sifat individu. Jadi masa event tu XIXILI kenalkan 4 jenis mood iaitu, Sweet, Classy, Wild & Aggie.

Masa register mereka akan bagi kita card mengikut klassifikasi penampilan dan ciri kita. Waceh dah gitu liz diklasifikasikan sebagai seorang yang classy. 

Kalau nak tengok design korang boleh ke FB Page Xixili mereka atau ke Instagram mereka XIXILI Intima. Atau korang ada 4 mood ni? Malam wild la sikit, waktu siang sweet-sweet. Okay STOP! Tolong bagitahu suami-suami ya yang harga pakaian dalam ni bukan murah. Jangan tahu nak komen je kalau bini korang pakai yang biasa-biasa. Nak yang cantik-cantik punya design dan selainnya kena lah bagi duit belanja sikit. Baru la boleh dikatakan #nafkahzahirbatin Material nya juga bukan murah, ada yang datang dari Europe tapi pembuatan nya di sini sebab mereka ada kilang sendiri di Malaysia.



Masa event ni dapat juga lah berkenalan dengan kawan-kawan baru. Boleh berkenalan dengan editor-editor majalah. Terima kasih juga dekat Pika Xoxo sebab teman liz pergi event ni. Seronok tau ada game, dapat hadiah lepas tu sebelum balik dapat bunga dari Happy Bunch. Bunga mereka memang cantik-cantik dan sehingga hari ni bunga tu masih segar sebab liz letak dalam air. Cuma kelopak rose yang dihujung-hujung tu dah mula kehitaman sedikit. Tapi bunga biru ni masih segar dan ceria seperti warnanya.


Sebelum balik semua guest diberi sejambak bunga daripada Happy Bunch by the way kalau korang tengah mencari service penghantaran bunga murah boleh cuba usha dekat Happy Bunch Website atau ke Ig mereka @happybunchmy sebab bunga yang mereka buat sangat cantik dan harga murah tau.

With Khaleeda : Wartawan yang jemput liz untuk event ni. 

Bye. See soon. Nanti kalau ada apa-apa yang best liz kongsi lagi.


Newer Post Older Post Home

2 comments:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK