search

Top-ads

HANAMARU UDON AEON MALL SHAH ALAM | MAKAN APA?

By | 1 comment
HANAMARU UDON AEON MALL SHAH ALAM | MAKAN APA?

Assalamualaikum Internet Families ♥ 
Siapa budak baru belajar nak makan makanan Jepun? Boleh lah kita kawan sebab liz pun baru nak belajar-belajar suka makan makanan Jepun supaya pergi Jepun nanti tahu dah menu apa nak order. 

Jom lah berlatih dulu makan makanan Jepun di Malaysia. Alah bukan susah pun nak jumpa makanan Jepun sekarang ni. 


Set Mee Udon yang pertama untuk liz. Itu pun kawan liz tolong pilihkan yang mana satu sedap. Sebab tekak orang melayu yang baru-baru nak belajar makan makanan Jepun ni kena cari yang biasa-biasa dulu. Menu kawan liz tu pula pilih Mentai Mayo Udon. Okay rasa dia macam mayonis la makan dengan mee, liz memang tak boleh masuk tekak ni.


Dan menu yang liz makan hari tu Beef Udon. Macam mee sup yang beza nya mee nya besar-besar dan rasa sup dia lain sikit. Sedap tak tahu tak cerita macam mana. Minyak pun tak da ada setengah mee sup kan kuahnya jadi berminyak tapi beef udon ni tak da minyak pun. Atas dia tu ada daging cincang dan tauhu goreng. Lepas tu boleh ambil side dishes yang ada dekat Hanamaru ni kalau korang nak. Bayar tau bukan free pulak.


Ini langkah-langkah nya :

1. Beratur dan order menu apa yang korang nak.
2. Tunggu menu korang siap dibuat.
3. Bayar.

Sementara tunggu boleh terus tengok dorang buat macam mana. Sekejap je siap sebab bahan-bahan tu siap, tinggal tuang kan je.

Order air Green Tea Free Flow RM1.50 sahaja.

Ambil gelas dan pergi tuang sendiri macam orang kat depan tu.

Ini ialah makanan yang korang boleh ambil dan letak dalam tray korang sebelum buat bayaran. Sosej goreng tepung, ubi kayu, keledek goreng, benda yang sama macam dekat Malaysia juga. Cuma Kakkiage tu belum pernah rasa jadi liz cuba yang tu ternyata sedap.

Liz suka sangat Kakkiage ni.

Ada carrot, ubi keledek, bawang sikit dan tepung. Kawan liz cakap dia guna tepung khas, sebab dia pernah kerja part time kat tempat makanan JEPUN sebelum ni dan buat benda ni.


Tulah model yang pernah kerja dekat Restaurant Jepun. Muka pun lebih kurang juga macam Jepun, Mata sepet haahha ~ Sedap dan liz memang akan datang lagi sini lepas ni. Lupa nak bagitahu bukan udon je ada, menu pilihan nasi pun ada. Harga jangan risau belasan ringgit sahaja.


Address: 1, Jalan Akuatik 13/64, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Hours: 
Open today · 10AM–10P
Newer Post Older Post Home

1 comment:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK