search

Top-ads

CUBAAN BAJU PENGANTIN DI TEMERLOH - BUTIK PENGANTIN SENTUHAN TIMUR

By | 2 comments
CUBAAN BAJU PENGANTIN DI TEMERLOH - BUTIK PENGANTIN SENTUHAN TIMUR | Assalamualaikum beautiful sayang. Hari ni liz update lagi pasal butik pengantin, semoga yang tengah mencari-cari butik pengantin area Temerloh Pahang dapatlah ilham untuk memilih butik pengantin yang mana untuk hari bahagia nanti. Sedangkan liz pun belum lagi membuat pilihan mana-mana butik pun. Disebabkan sebulan sekali balik Pahang, manfaatkan masa yang  ada ni singgah menyinggah. Banyak lagi masa yang ada makanya tidaklah rasa kesuntukkan masa. 

Malu! Tak nak tunjuk muka boleh? 

Eah korang tahu tak macam mana nak hilangkan belang dekat tangan tu? Liz tanya dekat Kak Siti (pekerja sini) lengan ni memang singkat macam ni ke? Lepastu dia kabor la yang memang camgituh sebab ala-ala saloma zaman dulu memang atas pergelangan tangan. Ye ke korang? Tapi liz taknaklah pakai baju nampak lengan berbelang macam tu. 

Liz tak suka warna emerald hijau ni, tak suka sebab rasa macam tumbuh-tumbuhan. Almaklum liz dah biasa membesar dekat kampung, nampak warna hijau hari-hari. Buka pintu nampak pokok betik, pokok pisang, pokok pandan .. Liz rasa macam pokok pandan bergergak pun ye dengan kasut tinggi yang buat lemah lutut ni lagi. Terumbang ambing daun pandan ni berjalan nanti. 

CANTIK! Suka sangat warna kuning ni tapi tak merasa nak mencuba bila alan cakap tak payahlah macam Jihan Muse. Haha okay apa. Hakikatnya dia tak suka warna kuning takpasal kaitkan dengan Jihan pula. 


Minta maaf la patung dekat sini semua seksi. 
Sebab baju baru dekat patung semua liz try.

Warna ni liz rasa sangat-sangat gelap. Liz ni dahlah gelap, pakai lagi warna gelap memang kegelapan la lepas ni. Liz suka baju dan kain nya asing, ada setengah butik, mereka jahit sekalikan terus dari atas ke bawah. Liz tak suka macam tu sebab rasa tak selesa. Bergantung pada orang juga, jadi liz rasa dekat butik ni best ada banyak design-design yang up-to-date juga. Bulan puasa nanti baju baru akan sampai lagi banyak. Jadi nanti kita datang lagi tengok naaa. 

Antara koleksi yang ada dekat Butik Pengantin Sentuhan Timur. 
Boleh la datang usha-usha ye korang.

Sampin warna pink! 
Awal-awal dia campak da taruk situ. 

Okaylah bagi sesiapa yang berminat nak datang butik Sentuhan Timur boleh cari landmarknya dekat Kamdar Temerloh. Betul-betul depan tau. 

Alamat & telefon seperti dibawah :

:No. 16 Tingkat 1, Jln Pak Sako 2, 28000 Temerloh Pahang.

:0195160113 

:0139315071 

:0126135149












Newer Post Older Post Home

2 comments:

  1. Wahhh! the dress looks good on you la liz!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unfortunately I don't like the color 😒

      Delete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK