search

Top-ads

CAT CAFE SUBANG JAYA KOOPEECATZ STUDIO DI TAIPAN

By | 4 comments
CAT CAFE SUBANG JAYA KOOPEECATZ STUDIO DI TAIPAN | Assalamualaikum ♥ 

Siapa dekat sini cat lover? Haa sesuai sangat benda yang liz nak cerita hari ni ialah berkenaan studio kucing. Boleh juga lah kalau nak panggil cat cafe studio sebab boleh makan, boleh minum dan boleh main kucing. Rasanya ramai je yang suka kucing kan. Sabtu lepas liz pergi makan dekat Murni Restaurant jadi liz pun singgah la sekejap dekat Koopecatz Studio ni main-main kucing. Manja-manja dengan kucing pastu boleh kenal-kenal jenis kucing ni semua. 


Say HELLO to Kitty. Kitty ni dah berusia 12 tahun, gemuk sangat-sangat tapi sensitif sikit. Dia tak suka orang pegang-pegang dia, nanti dia bebel-bebel. Tapi lepas dah pujuk-pujuk beres je dapat dukung si gemuk ni. 




Meow-Meow Kaki Pendek 


Geram sangat budak bulu ni. Dia pandai sangat posing bila orang nak ambil gambar dia. Manja sangat, suka main-main. 


Dia start suruh orang main perut dia.


Barbara. Kerja dia fokus tidur.


Dah kena kacau si kaki pendek ni.


Tidur juga. Mungkin sebab dah petang diorang ni suka tidur.


Suasana cafe ni. Semua benda berkonsep Miow-Miow.
 Kalau korang nak buat birthday party dekat sini pun boleh. 


Macam liz tak tahu nak pergi mana bawa cousin, jadi teringat tempat ni memandangkan cousin liz memang sayang dengan kucing-kucing ni. Kalau nak masuk main kucing ni kena bayar RM5 untuk 30 minit, so korang kena masuk bilik meow. Dekat ruang cafe tak banyak kucing sebab tak mahu ganggung korang enjoy coffee dan makan. Jadi ada seperate room yang ada banyak kucing untuk korang berpeluk cium dekat dalam tu. 

Lokasinya dekat Taipan USJ9 Subang Jaya. Waze or gps jela okay. Mesti jumpa, kalau dah biasa pergi Murni Restaurant dekat Taipan tu mesti tahu dekat mana. 

Bye. See you in next post. 


Newer Post Older Post Home

4 comments:

  1. Alolololoooo.. CUTE Habisss! To the MAX.. Liz bawak la pika pergi sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2 bila pika nak pergi? bgtau jea liz bawa sini

      Delete
  2. dekat dengan apa eh? restoran murni?

    ReplyDelete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK