search

Top-ads

CARA BUAT ADUAN PALING SOPAN DEKAT COSWAY MALAYSIA

By | Leave a Comment
CARA BUAT ADUAN PALING SOPAN DEKAT COSWAY MALAYSIA | Assalamualaikum korang yang suka barangan Cosway. Hari ni liz nak kongsi-kan pengalaman membeli barangan Cosway yang sememangnya mendapat 50% discount tetapi tidak diberi diskaun oleh pekerja disitu. Liz ni pula blur-blur  dengar pekerja tu terangkan itu ini kenapa dia tak boleh bagi diskaun. Liz pun layan je lah. Tapi 3 x juga tanya betul ke takda diskaun? Tolong lah check betul-betul. Then jawapan dia tetap sama. "Betul takda kak." 

Okay takpe. 
Itu ialah situasi yang berlaku. Walaupun takda diskaun liz beli juga sebab memang teringin nak cuba sangat Juice Lemon tu. Malas nak perah lemon hari-hari tu yang bercadang beli Juice Lemon dekat Cosway. Beli 2 botol dengan harga 19.20x2 .. hehe darab lah sendiri. Saja nak kasi soalan matematik pada korang. 

2 minggu kemudian liz datang lagi ke Cosway tu nak beli barang lain pula. Sebab liz nak habiskan rebat 50% diskaun yang liz dapat untuk product Cosway yang terpilih. Adalah jenis-jenis nya tak semua product dapat beli guna diskaun 50%. Alang-alang tu liz tanya lah dekat boss Cosway "Betul ke Juice Lemon tu takda diskaun." Oh laju je Boss tu jawab "Itu ada diskaun, you boleh beli dapat diskaun 50%." Liz dah angin sikit dah tapi cool lagi sebab muka pakai mask. Nak marah pun tak guna orang tak nampak mulut. 

Kalau macam tu saya nak refund semula sebab pekerja awak tak bagi saya diskaun hari tu. Boss nya pun pujuk-pujuk cakap nak cuba repair resit tu untuk refund semula. Then setelah cuba dan mencuba dia cakap tak dapat tolong sebab dah 14 hari dari tarikh pembelian. Kalau awak datang semalam saya boleh refund. Laaa suka hati la nak datang bila pun kan. Jawab dalam hati je. Liz senyap je sepanjang boss dia terangkan itu ini, buat itu ini dalam usaha nak tolong refund kononnya. 

Then liz cakap "takpelah you punya pekerja kena ganti saya la macam ni." Tapi dia alih cakap macam ni saya tolong you bagitahu HQ minta voucher ganti kasi you. Nanti HQ hantar you 8 keping voucher. Ingat liz hairan ke dengan voucher tu, kita selalu beli barang pun boleh dapat voucher takpayah lah beriya nak tunggu sampai HQ hantar. 

Liz memang noted, dengar dan last sekali bayar terus barang yang dibeli dan terus cakap terima kasih. Memang tak da masa nak bertengkak ke nak berdebat mulut ke memang takda masa nak buat semua tu. Biarlah diorang nak poyo kan itu ini ke. 

Keeseokkan harinya terus buka website Cosway Malaysia dan hantar email REFUND MY MONEY. Dekat dalam email tu berjelar lah buat karangan kronologi haha jangan main-main tau. Isu nya 1 je, saya nak duit saya balik, saya tak nak as return you change it into coupons. Please take action, or else I report to KPDNKK. Buat apa weh dapat coupons banyak-banyak kalau nak redeem korang tetap kena tambah duit korang juga lagi sikit. Bukannya dapat free pun. 

Selesai je hantar email. Esoknya terus boss lagi 1 dekat outlet tu call liz, cik ada hantar email ye ke HQ berkenan staff saya tak bagi diskaun tu. Kami minta maaf, memang kesalahan staff tu, cik nak refund semula duit cik ye totalnya RM19.20 tu, cik tinggal di mana? Cik boleh datang ke sini ambil balance duit cik tu nanti. Liz pun just say Okay Terima Kasih. Tapi bila tah nak datang pergi ambil belum tahu lagi.

Kesimpulannya boleh pun return duit orang semula kan? Liz pernah kerja dalam industri retail 3 tahun lebih. Kalau bab-bab customer nak refund ni takda alasan tau pekedai nak cakap tak boleh. Selagi benda tu valid terang-terang kata diskaun. Korang ada hak ke atas diskaun tu.

Jadi pembeli boleh fight for your right tapi in better way. Tak perlu bising-bising dekat kedai marah-marah. Jangan buang masa! Selesai dengan cara baik dengan drop email kepada yang sepatutnya. Kalau cara tahap tak terkawal sangat memang boleh direct adu ke KPDNN tapi pada pendapat liz pula, aim liz nak duit liz semula je. Bukannya nak depa kena saman. Liz suka beli barangan mereka, dan mereka juga menjual. Sama-sama memerlukan.

Semoga menjadi pengajaran pada mereka tak suka-suki je nak gula-gula kan liz dengan coupons dia tu. Tak hadap pun.


Ni ialah barang yang liz beli 2 hari lepas. Borong 7 botol Spirulina dan 2 botol vitamin C. Spirulina ni sebotol untuk sebulan ada 300 biji. Sehari makan 10 biji. 7 bulan punya stock terus. Dan vitamin C 2 botol rendam dalam air buat minum rutin harian. Ni la supplement liz. 

Total RM217.00 
Favourite Supplement Spirulina tu sebab dia bagi tenaga dekat liz. Jadi kalau korang nak cuba, boleh beli pack kecil dulu ada 120 biji boleh cuba 12 hari. Kalau okay boleh lah korang beli botol besar pula. Selamat mencuba.
Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK