search

BILA BERTUNANG

By | Leave a Comment
BILA BERTUNANG | Assalamualaikum 


Nak share ke tidak ye benda ni dengan korang semua, terfikir-fikir lagi masa menaip ni. Kebanyakkan yang rapat dan mengenali liz kalau jumpa mesti ada bertanya, betul ke tahun lepas liz dah bertunang?

Liz sebenarnya tak tahu nak jawab Yes or No. Kemungkinan khabar angin ni ditanya bila ternampak entry liz sebagai mangsa pecah kereta tahun lepas. Dan antara barang yang beharga hilang ialah cincin merisik. Bila gather dengan kawan-kawan yang nampak Malan hantar liz, mesti akan tanya tu tunang liz kan? Dan pada masa tu la liz blur, nak say No ke nak say Yes ni.

Dan sebenarnya liz tak bertunang pun. Perancangan untuk bertunang tu ada tapi mestilah didahului dengan majlis merisik. Kenapa nak merisik? Bertunang je la terus, ada kawan yang beri pendapat macam tu. Pada perbincangan liz dan malan pula, perlu ada majlis merisik sebab both parents and family belum pernah kenal antara satu sama lain. Jadi kenala risik-risik dulu.

Majlis merisik yang nak dibuat secara senyap-senyap tiba-tiba menjadi meriah macam majlis bertunang. Tapi bukan bertunang pun sebenarnya. Wakil pihak Malan pun ada cakap kalau pihak perempuan nak adakan majlis bertunang, pihak lelaki ikut je. Tapi pihak perempuan pula kata, tak payah la bertunang-tunang tu semua, dah merisik ni kira jadi lah terus fokus pada majlis perkahwinan. Dan memang we both sangat gembira tak payah la nak bertunang, takda masa nak fikir (sebab aku paling pemalas buat persiapan).

Korang tahu la kan majlis bertunang sekarang ni macam mana. Kalau dibuat sederhana, tak jemput orang itu orang ini, nanti kecil hati pula. Kalau dibuat meriah sangat membazir sedangkan fokus memang untuk berkahwin dah pun. Jadi bagi liz, liz tak nak membazir masa, tenaga dan wang ringgit untuk fikir majlis bertunang. Majlis merisik pun mak abah dah kalut siap macam-macam, Ayah Ngah siap offer masak gulai ikan patin semua. Mulanya rasa geram juga, kenapa semua orang excited ni. Orang datang merisik je buka ada pape lagi. Lagipun family mereka datang simple-simple je, family liz yang penuh 1 rumah. Cuba la memahami perasaan mak ada anak sorang je, mestilah mak nak semua adik beradik mak datang tengok bakal menantu mak. (uarghh geram nya liz nak main surprise-surprise pun tak boleh)

Merisik hari tu, ibu Malan sarungkan cincin ala-ala diamond ke jari manis liz sebagai tanda gitu. Bab cari cincin merisik pun boleh tahan susah juga. Taste liz ni klasik tapi nak nampak mewah. Mujur lah toke cina tu memahami cita rasa liz yang nak sangat cincin belah rotan tapi nampak macam gabungan diamond.

Tapi part paling cikai sekali masa majlis merisik tu liz pakai blouse office yang pergi kerja hari-hari tu dengan skirt hitam. Takda baju lain ke? Memang takda pun, takda duit nak beli baju. Pakai yang ado je. Merisik je kan, tapi bila ramai yang datang urghhh apa ni .. Selamba je la liz uit hadap je. Lepas ni kena get ready preparation untuk wedding, liz minta korang2 yang baik hati untuk doakan kebahagian kami dan permudahkan urusan. Mohon jauh gangguan yang tidak baik dari kami. Terima kasih awak semua doakan ye.

Haha ~ 



Sekarang ni buat persiapan untuk majlis perkahwinan. Ini lagi 1 hal cerita, malas nya nak pergi survey baju, pelamin, kasut, catering, kursus kahwin lagi. Kalau selalu nya perempuan sibuk kalut pasal persiapan, tapi tang aku terbalik dah. Mujurla dia ni consultant dan bab-bab manage preparation ni dia lebih bagus dari bakal isteri dia. 

Dan dengan harapan ada blogspot pasal perkahwinan ni, aku boleh betul kan kepala otak dan fikiran aku ni untuk fokus on track wedding. (sampai bila tah aku nak cakap tak ready sokmo) Pejam celik masa berlalu. 

See you guys in next post. 





Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK