CARA ELAK NAIK JERAWAT

10 Jan 2016

CARA ELAK NAIK JERAWAT | 

Assalamualaikum semua. Liz nak pesan 1 benda penting dekat korang yang mungkin terlupa. Kita selalu rasa yang tangan kita ni bersih tapi kadang-kadang kita lupa yang sebenarnya kita sendiri lupa apa yang kita pegang sepanjang rutin harian kita. Boleh ke kita nampak bakteria? Tak boleh kan? Jadi benda yang perlu korang semua ada ialah hand sanitizer spray. Tak kisah jenama apa sekali pun tapi liz suka hand sanitizer spray berbanding gel sebab mudah untuk kegunaan harian liz. 


Kecil dan ringan mudah di bawa kemana sahaja. Non sticky dan paling best cepat kering tak macam sanitizer lain. Tapi please take note lepas spray jangan pegang makanan. Kalau korang nak makan sila basuh tangan semula sebab bahannya mengandungi alcohol. Selain tangan apa lagi benda yang kerap korang guna? Pastinya telefon bimbit kamu semua. Setiap hari macam tak lengkap hidup kalau tak bukak laman sosial. Betul tak? Jadi korang ada tak cuci screen telepon bimbit korang tu? Langkahnya mudah seperti dibawah ini:


1.  Spray kan sanitizer korang pada tisu.


2. Lapkan dari bahagian atas telepon anda sehingga ke hujung. 


3. Ulang langkah dua sehingga korang rasa betul-betul bersih. Jadi kalau korang on call letak phone dekat pipi kan? Takde lah risiko bakteria melekat dekat pipi korang tu. 


Semoga tips ni dapat ni dapat membantu korang semua. 

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.