search

Top-ads

BERCUTI KE AJLAA VILLAGE RESORT (PART I)

By | 14 comments
BERCUTI KE AJLAA VILLAGE RESORT  (PART I) | Sebelum bermulanya percutian ke Ajlaa Village yang terletak di Sungai Lepuh, liz sempat request nak makan Baskin Robbin. Alkisahnya kami yang sehati sejiwa ni pun pergi ke Subang Parade redeem ais krim baskin robbin yang liz dapat sempena memenangi contest silky girl hari tu. Lepas makan ais krim rasa nak makan nasi pula! Allahu perut kami ni memang perut selagi muat. Pendekkan cerita kami pun makan dekat Nyonya Penang, bila dah siap makan tengok jam rupanya dah pukul 2.30 petang, gelabah keluar kedai sampai dekat parking lot baru teringat terlupa bayar bil makanan tadi. Kelakar betul, pertama kali seumur hidup kami buat perangai macam ni. Haha! Dah la lambat kemudian terpaksa patah balik bayar bil.

Nampak tak? Excited punya pasal sampai terlupa nak bayar bil? Sepanjang perjalanan sempat lagi update dekat FB group tanya masing-masing dah sampai ke belum sebab cuak lah takut jadi orang paling lambat. Tak dapat jadi orang terawal pun takpe jangan jadi orang terlewat. Malu! Nak jadi orang tengah-tengah. Hehe ~ Mengada sangat!

Alhamdullilah rezeki liz apabila dijemput oleh anak pemilik Ajlaa Village Resort ni sendiri iaitu Kak Ayna Jalal. Bukan liz sorang je dijemput malahan ada 11 lagi blogger lain turut sama sertai percutian ni. Semakin teruja apabila kebanyakkanya liz belum pernah jumpa lagi. Selalu minat dorang ni dari jauh je. Dan bestnya Kak Ayna Jalal ni juga merupakan seorang blogger, maka-nya yang dijemput juga antara mutual friends. 



Bangalow 2 tingkat yang sesuai untuk keluarga yang besar menginap dan memiliki 7 buah bilik.

Short vacation untuk tahun baru 2016 merupakan sesuatu yang sangat bermakna buat semua yang hadir ke sini. Kenapa liz cakap bermakna? Sebab dekat sini korang boleh elakkan diri daripada dihubungi. Sesuai sangat buat mereka yang nak lari daripada gangguan kerja, kebisingan bunyi kenderaan dan kesesakkan pandangan mata-mata bangunan. Mana ada hutan dekat kota bandar raya ni tapi jangan tak tahu dekat Selangor ni ada banyak hutan yang masih ada untuk dinikmati. Back to nature! Apa yang ada dekat sini boleh dinikmati dengan tenang. Boyfie nak kacau pun tak boleh sebab line Digi dekat sini memang tak dapat. Yellow Man tak dibenarkan disini! You cannot follow me ~ Hehehe. Tempat ni tinggi sangat dan boleh nampak kabus tau. (Masing-masing dah takut nak mandi)

Chalet yang berada di lereng bukit tu tempat kami menginap.

Sampai je dekat sini korang akan nampak pemandangan yang sangat cantik. Tak dapat nak ceritakan dengan kata-kata tapi liz boleh kongsikan korang gambar-gambar yang ada liz dah tangkapkan. Macam-macam gambar yang berlainan angle ada ni hah. Tahlah yang mana 1 yang cantik sebab rasa semuanya cantik dekat sini. 

Perasan tak dalam air tu ada pantulan pelangi. Cantik!

Keluasan tempat ni ialah sebanyak 10 ekar dan keluasan kawasan ni korang boleh buat macam-macam aktiviti. Tempat ni dibangunakan secara berperingkat kerana asalnya idea pemilik resort ni Hj Jalal Ahmad membina taman permainan khas untuk anak-anaknya namun pada tahun 2012 Ajlaa Village mula beroperasi dan dibuka kepada umum dengan 6 chalet terampung yang unik di kawasan Hulu Langat, Selangor. Selain tu, korang boleh memancing ikan air tawar dan bestnya lagi dekat sini ialah sumber airnya dari air mata semula-jadi. Cuba tegok dekat gambar tu ada pelangi kan? Ha! Best sangat sebab bukan senang nak tengok pelangi ni.

Antara Water Chalet:




Dan sekarang ni tahun 2016 Ajlaa Village dah ada 34 chalet di sekitar kolam & lereng bukit. Ada 2 kolam mandi iaitu untuk kanank-kanak & dewasa. Ada kolam ikan, gazebo, bilik diskusi, ada dewan serbaguna dan asrama untuk mereka yang datang dalam kumpulan yang ramai.


Boleh bagi ikan makan. Jangan lupa bawa roti gardenia lebih. Sebab roti gardenia bukan ikan je suka, manusia pun suka. Hehehe ~ (Kan pika?)

Ikan dekat sini pun banyak kalau korang nak memancing.

Jalan-jalan melawat sekitar Ajlaa Village:




Tempat ambil wuduk sekiranya korang nak bercamping di luar.

Lambat depa dua kat belakang tu. Hehe~ Nak pesan ni,
Datang sini pakai sandal je tau. Kalau heels lenguh la kaki korang nak ronda Ajlaa Village ni. Di belakang tu pika dan kak ayue.

2 orang budak ni sebilik dengan liz. 
Lapar rupanya diorang ni, Mujur ada Jajan.

Mesti kenal tu blogger Illy dengan Ayna Jalal.
 Tengah nak agihkan T-shirt dan jajan untuk kami.

Pemandangan di kala waktu senja. 
Tunggu malam hari untuk BBQ pula. 

BBQ TIME (PICA from Ajlaa Village FB Page:

Bilik atas tu la bilik kami princes-princes. :)

Pantang nampak kamera!



Tengoklah orang lapar tuang sos macam mana. Princess Busan.



Tambah jangan tak tambah!

Senyap belaka time makan. Ini sebab tak perasan kamera dekat belakang, kalau perasan confirm2 dah toleh ke belakang ni.

Teka teki time! Kalau birthday kucing selalunya kucing minta hadiah apa? Dan jawapan dia ialah Basikal! Bila tanya kenapa basikal? Kak Illy jawab : Suka hati dia la birthday dia. Urkkk boleh macam tu???!


Mereka yang tak remaja!

Kami yang remaja!

Dugung-dugung yang buat pertunjukkan malam tu ialah Kak Suzai, Pika & Liz. Betul tak kak illy? Haha korang boleh baca dalam blog dia tengok persembahan dugung sebenarnya kami la tu. Sumber air yang best giler tak da klorin weh, sumber air dari mata air ni & air bukit.

(Apahal muka putih sangat tiba-tiba.)

Selesai mandi manda dalam ni lebih kurang dalam pukul 1030 macam tu. Lepas tu naik bilik mandi lagi dengan air yang sejuk. Fuhh segar bugar mata. Kemudian pergi bilik media di mana bilik tu menjadi bilik utama untuk melepak. PILLOW TALK session, seronok sangat sebab ni pengalaman pertama liz dapat jumpa ramai blogger yang senior-senior. Dapat ilmu blogging juga. 

Photo: Dalam group. Tak ingat dari siapa. Hehe ~

Done part I. Tunggu cerita day II pulak okay.
 Antara blogger dekat sini: Mieza, Kak Alyza, Kak Sabby, Kak Suzai, Kak Lily Putih, Kak Illy, Kak Ayue, Pika XOXO, Carol & Nicole. (sorry kita x tahu blog Nicole. 

Berminat nak datang sini? Dah boleh gambarkan macam mana korang nak spend kan masa korang dengan kawan-kawan ataupun family? Boleh sangat datang sini sebab harga dekat sini murah sangat-sangat. Tiba-tiba dapat idea macam nak photoshoot pre-wedding dekat sini. Hehe~ Nak tahu detail lagi jangan lupa jenguk FB page Ajlaa Village: https://www.facebook.com/ajlaavillage

P/s : Liz malu-malu sikit, newbie gitu. Hehehe~ Tapi diorang layan liz OMG awesome giler thanks Kak Ayna jemput liz. Muah-muah! 


Newer Post Older Post Home

14 comments:

  1. Hahahaha lawak la ko ni Liz :) tergelak2 i baca kat sini 😙😙😙

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha i memang lawak (puji diri lagi) nanti lama2 tahu la perangai sebenar i macam mana ~~

      Delete
  2. awal awal je kot malu-malu..tak lama lepas tuuu abissssss....haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe segan2 dulu.. lepas tu bertindakkkk

      Delete
  3. hahahhaha dugonggggggg remaja konon hughhhhh

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. sebab mieza tak buat persembahan dugung malam tu hahaha

      Delete
  5. Liz save my day! Pika memang lapar kot hari tuuu.. thanks bawak jajan!
    Yg yellow men takde tu memang frust menonggeng.. ngee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aum my honey bunny. Tau dah you guys ni lapar punya. Penat bercakap pasal skin tips sampai lenguh mulut. Haha

      Delete
  6. Amboih amboih sempat tauuuuu mmbahan cara professional kt menonggeng kn sos tu! HAHAHAAH xle belah kan hahaha sonok jg kenal lyz insyAllah jmp lg ok hdup remaja!! 😁😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haruslah tu skill princess busan. InsyAllah blh jmp lg lepak anytime. Lega dpt kakak sekepala giler2 ni.

      Delete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK