search

Top-ads

MINGGUAN WANITA DECEMBER DI RUANGAN MAKE OVER

By | 5 comments
MINGGUAN WANITA DECEMBER DI RUANGAN MAKE OVER | Assalamualaikum semua pembaca blog liz. Tinggal beberapa hari lagi sahaja kan untuk menutup tirai 2015. Alhamdullilah syukur dengan apa keinginan yang liz angankan tercapai juga mengikut waktu.. Berangan jadi cover girl? Tidak lah tinggi sangat angannya sampai ke tahap macam tu. Berangan nak masuk majalah duduk dekat ruang paling belakang pun nak suka sampai tak boleh tutup mulut ni ha ~ Tapi dapat duduk dekat tengah-tengah lepas tu 2 page letak muka keh tempek berkeping-keping, aok ade? Hehe ~ Gurau je. 

Tiba-tiba masa bulan November liz keluar dalam majalah Dara untuk 1 ruangan yang membincangkan hal trend Yuccie. Dan kali ni liz keluar dalam majalah Mingguan Wanita pula untuk bahagian Make Over. Seronok sebenarnya untuk orang yang pertama kali kena shoot 2 3 kali tapi kalau jadi model tu liz boleh bayangkan penat nya mereka nak bersiap-siap, tukar baju, posing sana sini. Lepas tu tukar lagi baju ~ Fuh. Kagum juga dengan mereka-mereka tu bukan sekadar tengok dorang cantik je sepangjang masa tapi cara kerja mereka pun boleh tahan penat. Belum lagi kalau dorang buat sesi outdoor. Fuh ~


Ni lah hasilnya selepas di posing 2 3 4 5 6 kali dapat lah 1 hasil yang ala-ala pandai posing sikit. Keras juga badan ni. Tapi liz suka sangat dengan Kak Has, wartawan yang invite liz ke sini sebab layanan dia baik sangat. Lemah lembut je bercakap, tolong betul kan baju liz. Rasa special pula. Dan pakaian yang liz pakai ni jenama daripada artis Syarifah Zarina. Okay happy sangat sebab model lain pakaian dari vendor je. Rezeki liz agaknya .. 



Ni gambar liz sebelum siap make up. Oh my pale skin.Tidak lah cantik mana tapi manis tu ada kan? Baik cakap ada! Haha ~ Step by step juga kena shoot, siap 1 bahagian kena bergerak ke bilik shoot, lepas tu balik ke bilik make up lepas tu other step pergi semula ke bilik shoot. Sampailah siap 5 step tersebut. 

Kalau korang berminat nak cuba-cuba join make over ni apakata check dekat ig Kak Has. Mana tahu rezeki korang ke. Okay jangan lupa follow dia di instagram @LIZARISSAADAM_MY atau boleh email beliau di norhasliza.shafi@karangkraf.com untuk berkongsi cerita pun boleh. 




Newer Post Older Post Home

5 comments:

  1. wahh.. masuk majalah. nak sign. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aloo xda pe pun. Ruangan make over jaa

      Delete
  2. Lose Weight Best Way Fast

    http://weightlose1week.blogspot.com/

    ReplyDelete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK