LELAKI LAGI CEREWET KALAU BERGAMBAR

6 Dec 2015

LELAKI LAGI CEREWET KALAU BERGAMBAR | Assalamualaikum .. salam di hujung minggu. Duduk rumah dah berpuasa ganti hari ni. Kalau tidak tak tahu lah bila nak habis ganti-nya puasa liz ni. 

Tahu tak semalam liz ada upload 1 photo contest silky girl with hashtag #SGsmelfie sempena perfume sweetheart & fantasia dekat instagram? Apa tak perasan, okay pergi tengok cepat dan likes. Kebetulan Jumaat lepas ada Silky Girl ware house sales liz tak bawa cash jadi ehem-ehem guna credit card la ye. Limit pula kena lah pembelian RM100 kat situ tulis baru boleh guna. Tu lah jadinya terbeli banyak perfume dan yang lain-lain juga. #makeupla



Jadi kalau korang yang ada guna perfume dari silky girl tu jemputlah join sama. Pergi dekat IG Silky Girl. Tapi disebabkan perfume yang liz beli tu ialah Fantasia SGMen terpaksalah pujuk alan join selfie sama. Adalah perkara paling sukar sebenarnya sebab dia tak suka bergambar, dia tak suka join-join contest ni. Selalunya dia hanya tolong liz ambilkan gambar dan dia cukup suka ganggu ketenteraman liz selfie. Kalau dah tengah selfie dalam kereta, dia memang sengaja break kan kereta, pastu goyangkan sana sini. Memang tak romantik!


Gambar pertama minta dia pegang perfume tu. Bila snap dah siap dia cakap " weh buruk muka, lagi sekali."


"Weh kabur lah, nampak fake pulak."


"Weh A Weh B Weh C" 

Pergh banyak kali giler take 1 2 3 4 5 dan sampai liz yang rasa penat. Hakikat nya lelaki pun cerewet kalau dia rasa gambar dia tak nampak bergaya, macho ehem dan hensem. Hensem ke? Apatah lagi kalau perempuan selagi tak nampak cantik. Penuh 1 memori gambar dia selfie je.

P/S semoga menang baucer aiskim baskin robbin kuihkuih ~

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.