CARA BAYAR ZAKAT DENGAN MUDAH

30 Dec 2015

CARA BAYAR ZAKAT DENGAN MUDAH 'PPZ - MAIWP' | Assalamualaikum kepada para muslimin dan muslimat. Satu soalan yang kadang-kala pasti terdetik di dalam hati kita ialah "Kemana duit zakat akan diagihkan selepas membuat membayaran, telus ke mereka mengagihkan pembahagian zakat tersebut kepada yang memerlukan?" 



Ye tidak dinafikan bukan senang untuk kita membuat sesuatu tuntutan yang dituntut oleh rukun islam ke 4 ini. Ada sahaja bisikan-bisikan halus di telinga kita ini. Tapi tahukan anda bahawa zakat adalah wajib ditunaikan sekiranya mampu. Zakat dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Apakah syarat-syaratnya?

" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183)[4]
" (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudianwajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. " - (Surah Al-Baqarah: 184)[5]
" (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. " - (Surah Al-Baqarah: 185)[6]

Apabila disebut MAIWP, Wah apa pula maksud MAIWP ni? MAIWP bermaksud Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,  MAIWP ini telah dikemukan oleh Tan Sri Dr. Yusof Noor agar ditubuhkan agar memudahkan umat islam untuk membayar zakat. MAIWP ini pula diketui oleh Dato Haji Abdul Rahim Abu Bakar, ahli-ahlihnya pula terdiri daripada Haji Omar Thean Abdullahh, Haji Mohd Zihin Hassan dan Haji Abdul Khalid Abdul Aziz pada 20 Disember 1989. Sudah 26 tahun rupanya ia ditubuhkan. Tujuannya penubuhan ini adalah bagi memudahkan pihak Baitulmal Wilayah Persekutuan melaksankan pengurusan berbentuk korporat.

Manakala Pusat Pungutan Zakat (PPZ) pula ditubuhkan pada 1 Jan 1991 oleh MAIWP. Dimana tubuhnya PPZ ini adalah untuk memudahkan pungutan zakat. Objektif penubuhan PPZ adalah untuk:

1. Meningkatkan pungutan zakat.
2. Memudahkan pembayaran zakat.
3. Mendidik masyarakat islam tentang tanggungjawab berzakat.
4. Memperkenalkan sistem pungutan zakat berkomputer.
5. Memperkenalkan cara korporat dalam pengurusan memungut zakat.


Perkhidmatan PPZ - MAIWP yang disediakan ialah:

- PPZ - MAIWP diberi kuasa dan tanggungjawab untuk memungut zakat harta di Wilayah Persekutuan iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

- Pengagihan zakat atau program-program agihan kepada lapan asnaf yang layak menerima zakat adalah di bawah tanggungjawab Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Ke Mana Wang Zakat Di Agihkan?

Wang Zakat diagihkan kepada 8 asna (penerima zakat) sepertimana firman Allah di dalam surah At-Tubah ayat 60 melalui 28 skim (rujuk link bawah) bantuan bersifat jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Boleh klik link sini tau www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/agihan-zakat

Kemudahan Yang Disediakan?

1. Portal www.zakat.com.my
Kemudahan ini disediakan kepada orang ramai untuk menunaikan zakat (24 jam) hanya Online je tau.
Menyediakan kemudahan Taksiran, Bayaran, Semakan Zakat

2. Aplikasi i-zakat
Bukan setakat i-phone, i-zakat pun ada sekarang ni. Boleh dimuat turun dari Google Play dan Apps Store.

3. Kaunter-kaunter PPZ-MAIWP

  • Wisma PPZ,Taman Shamelin
  • Bangunan Daruzzakah,Lorong Haji Hussein 2 Kg Bharu
  • Masjid Negara,Jalan Perdana KL
  • Wangsa Maju,Wangsa Delima 6
  • Presint 9.Putrajaya
  • Presint Diplomatik,Putrajaya
  • Masjid At Taqwa,TTDI
  • Masjid Abd Raman B Auf,Jalan Puchong
  • Masjid Imam Al Ghazali,Kepong
  • UTC Pudu Sentral
  • Labuan Times Square

Waktu Operasi Kaunter 

Isnin - Khamis (8:15 a.m - 4.45 p.m)
Jumaat (8:15 a.m. - 12.30 p.m.) (2.30 p.m. - 4.45 p.m.)
Ditutup pada Sabtu minggu pertama dan ketiga
UTC Sentral Pudu - 8.15 pagi - 10.00 malam
Dibuka 7 hari seminggu pada Ramadhan & Disember 



Tiada Alasan Sibuk! Online kan boleh ~

Kalau nak bayar online? Pun boleh juga korang sebab sekarang ni macam tak sah kalau tiada sistem pembayaran online. Jadi untuk anda yang berminat nak buat bayaran secara online, anda boleh pilih di antara 13 buah bank yang dilantik seperti dibawah ini:

Skim Thohir
-Boleh memotong zakat secara bulanan dan diselaraskan dengan Potongan Cukai Berjadual (PCB)
-Potongan akan tertera di  slip gaji bulanan anda. Kan mudah agar anda tidak terlupa untuk melaksankan tanggungjawab anda. Lagipun tak salah berkongsi rezeki dengan yang memerlukan.

Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ - MAIWP
-Terdapat 2 buah kaunter bergerak
-Bergerak sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya
-Boleh membuat bayaran, taksiran, semakan zakat

AMARAN! Kepada semua yang masih ada fikiran negatif terhadap PUSAT PUNGUTAN ZAKAT perlulah di ubah kepada yang positif selepas ini kerana pastinya PPZ - MAIWP adalah sebuah pusat pungutan zakat yang berlandaskan hukum-hukum syarat.

Pihak PPZ - MAIWP sedaya upaya menggalas amanah yang berat ini dalam menerima Wang Zakat dan Mengagihkan Wang Zakat kepada pihak yang layak menerimanya agar tidak disalahgunakan.

Selain itu juga, masyarakat juga harus melihat PPZ - MAIWP adalah berperanan KUTIP dan AGIH kepada seluruh asnaf yang layak hanya di Wilayah Perseketuan bukanlah di seluruh Malaysia kerana setiap Pusat sudahkan mengagihkan bahagian-bahagian pusat pungutan.

Jadi perbetulkan tanggapan anda semua ya!

PPZ - MAIWAP - Pautan anda boleh layari seperti di bawah: 

1. Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan 
2. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Agihan Zakat) 
3. Facebook Fanpage PPZ-MAIWP
4. Youtube.com/ppztv
5. Pusat Panggilan PPZ-MAIWP : 1-300-88-5757
6. Facebook Fanpage Baitulmal MAIWP


7. Pusat Pangilan Baitulmal MAIWP : 1-800-88-5222 / 012-518 3614 / 012-512 7614

Selamat Menjalankan Tanggungjawab Buat Semua.








Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.