search

Top-ads

LOKASI RAWATAN RAMBUT DAN KUKU DI RAUB PAHANG : D'PERFECTION HAIR & NAIL

By | Leave a Comment
LOKASI RAWATAN RAMBUT DAN KUKU DI RAUB PAHANG : D'PERFECTION HAIR & NAIL | Assalamualaikum beautiful girls and ladies ~ How beautiful are you today? By the way girls Happy National Day!

Amazing holiday for self! 3 days peeps ~~ Alkisah bercuti time dah gaji. Kita cakap bahasa melayu la ye barulah Melayu ~ Dari Subang ke Pantai Timur tidak lah jem mana. Tapi dari arah pantai timur ke Kota Raya pergh macam hari raya. Dengan adanya roadblock bagai lagi. Pheww ~ tengok dengan mata kaca sahajalah. 

Yang pasti happy dapat balik Pahang selepas sebulan bekerja. Dalam sebulan tu juga lah asyik text benda yang sama dekat Zul Arffin "Syg nk pergi pedicure ni, sebab kuku rosak." "Kena pergi pedicure ni sebab kuku buruk." Berulang-ulang cakap macam radio buat iklan dari awal bulan sampai hujung bulan. 

Finally! Berjaya cari tempat yang selesa dan murah. Sebelum ni buat beratus. Tak larat la uit, nak menyimpan duit nak meminang Zul Arffin lagi. Mau berpuluh ribu nak minang abang SADO tu. 

Selama ni ulang alik lalu Raub tak pernah tahu pun dekat depan stesen bas lama tu ada kedai rambut dan kuku. 2 kali pusing cari tempat ni baru nampak. Paling cantik rasa diri ni ialah berjaya dapat parking. 


Treatment time. Paling tak reti jaga ialah kuku kaki sebab liz pernah ada bad experience kuku pecah dan reput. Dulu ingatkan sebab kurang calcium tapi rupanya sebab liz pakai kasut ketat. 
'poor me' sadis betul lah. 


Ni nyonya sebelah rasanya perlu kurangkan selulit di bahagian peha. Sebab mata aku asyik nak terpandang dekat bahagian tu je. Eah gurau-gurau je. Sebenarnya nak tunjuk yang kawasan kedai ni besar sangat dan rasa selesa. Dalam ni complete kalau nak gunting rambut boleh. Nak cuci boleh. Nak manjakan kuku pun boleh.  Dan kalau nak buat waxing pun boleh.


Sambil kaki kena urut-urut kena asah-asah bagai. Berehat dan tidur la di kerusi urut ni. Kalau nak adjust volume kerusi pun ikut suka hati lah. Seolah-olah kerusi urut ni kau yang punya. Lepas dah siap pedi pedi ni liz buat waxing. Ha ~~ best tak payah susah tahan sakit  buat sendiri. Kalau orang buatkan tak sakit. 




Selamat mencuba. 
Lepas ni dah tahu dah mana nak singgah bila setiap bulan balik Pahang. 

Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK