search

OLIVE ZAITUN HAND NOURISHING CREAM & TEA TREE

By | 1 comment

OLIVE ZAITUN HAND NOURISHNG CREAM & TEA TREE | Assalamualaikum beautiful ladies and girls.  Cepatnya masa berlalu dalam sedar tak sedar kita dah pun menyambut bulan syawal.  Hari ni liz nak kongsi kan favourite hand cream bulan July 2015.  Dalam bulan ni memang liz selalu sangat guna hand cream ni. Ini ialah cream hand pertama yang liz ada berasaskan Olive Oil dan Tea Tree. Ya Allah bau dia memang sangat menyenangkan! 



Hand cream ni keluaran daripada Mustika Ratu. Rasanya nama Mustika Ratu ni ramai yang tahu, even liz bagitahu dekat boss pun dia cakap "Oh tahu-tahu produk Indonesia kan?" Liz dapat cream ni daripada office mattes liz, memandangkan dia orang Indonesia jadi banyaklah pula barang-barang kecantikkan dari Indonesia yang dia bagi dekat liz.
 
Perkara yang paling utama sekali ialah hand cream ni antiseptic. Bila dah rasa boring-boring buat kerja dekat office tu boleh lah sesi bermain sapu menyapu hand cream. Bukan apa kadang-kadang penat tau menaip itu ini, check itu ini semua guna tangan betul tak? Jadi bila dekat office anggota badan yang paling banyak digunakan ialah tangan. 

 
The best part cream ni memang cepat meresap dalam kulit dan sedikit lembap. Kulit kering memang sangat-sangat sesuai, kadang-kadang tangan liz terlalu sejuk bila kena air-cond di office. Jadi bila apply hand cream ni tangan liz rasa seleasa. Kulit automatic rasa lembut dan lembap.
 
 
Mudah juga untuk dibawa kemana-mana sebab packaging nya kecil dan comel. Tapi yang paling utama ialah ianya tahan lama.  Dalam kereta pun liz suka pakai bila nak drive. Jadi tangan pun rasa lembut. Orang kata kalau tangan kasar maknanya perempuan tu rajin buat kerja rumah? Oh tangan lembut maknanya tak rajin buat kerja rumahlah? Hello! Sekarang ni banyak produk kecantikkan kulit dekat luar sana tu. Jangan nak bagi alasan tangan kasar sebab rajin buat kerja rumah padahal korang tu yang malas jaga kelembutan tangan masing-masing.
 
P/S padahal liz pun baru sekarang je yang rajin nya. Hihi ~~
Selamat mencuba darling semua.
Newer Post Older Post Home

1 comment:

  1. wahhh.. nak cariiii.. i like olive punya bauuu maaa

    ReplyDelete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK