search

MABELLINE HYPERCURL MASCARA

By | 1 comment

MABELLINE HYPERCURL MASCARA | Assalamualaikum beautiful ladies.  Macam mana weekend korang pada minggu lepas? Ada apa-apa koleksi make up baru yang di beli tak?  Dulu liz bukanlah seorang yang suka make up tapi sejak dah bekerja ni yeah penampilan itu begitu penting untuk mempamerkan identiti diri.  Orang putih kata "First Impression is Important"! Hah macam gitu lah mek eah.  

Minggu lepas liz dapat email daripada pihak Maybelline untuk mencuba Hypercurl Volume Mascara mereka yang telah diperbaik pulih dengan lebih baik daripada sebelumnya.  Liz memang antara pengguna Maybelline bagaimana pula dengan anda?  Seperti gambar di bawah Mascara koleksi liz ialah limited ed yang packaging nya Hello Kitty. Pada liz harganya sangat berpatutan untuk semua golongan tak kira pelajar ataupun mereka yang sudah bekerja.  


Excited tunggu parcel ni sampai sebab Mascara liz pun dah habis.  Baru cadang nak beli pada hujung minggu lepas tapi dapat pula gift daripada Maybelline sebatang Maybelline Hypercurl Mascara ni hah "Bagai orang mengantuk disorong bantal" lah kan.  Hehe cuba belajar menggunakan perumpaan melayu semula. Eah tetiba rindu zaman sekolah dulu pulak.


Okay masa Sabtu lepas liz cuba Mascara ni. Testing 1 2 3 lah konon-kononnya nak pakai nanti untuk keesokkanya ahad.  Ahad nak jumpa BF hehehe. Jadi bila liz test dan snap gambar liz tengok mata yang pakai mascara lebih segar dan ceria berbanding dengan mata yang tiada mascara.  Selalunya kebanyakkan orang tak suka pakai mascara sebab susah nak cuci bila nak solat kan? Begitu juga dengan liz tapi mascara yang baru ni cucian lebih mudah dan kemas. Maksud liz tak comot ke sekitar bawah mata tapi perlulah ada tektik nya juga ye you alls. 


Rajin-rajinlah juga visit website mereka. Supaya korang tak terlepas product-product baru daripada Maybelline. :) www.maybelline.com.my
Newer Post Older Post Home

1 comment:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK