search

FLORA MASK BAGUS UNTUK BLACK/WHITE HEAD

By | Leave a Comment

FLORA MASK |  Assalamualaikum semua.  Liz nak share sikit pengalaman liz gunakan Flora Mask ni.  Liz beli masa tahun lepas dan sekarang ni dah tinggal nyawa-nyawa ikan je.  Ada beberapa pengikut blog dan ig liz bertanya betul ke bagus Flora Mask ni.  Jawapan liz sejujurnya YES sangat-sangat bagus.  Pertamanya sebab bila kita apply di muka automatik kulit muka rasa sejukkkkk. Best sangat-sangat tau! Main reason beli Flora Mask ni bukanlah sebab nak sejuk-kan muka tapi sebenarnya liz nak buang semua white head dekat bahagian hidung.  Tahun lepas semakin menjadi-jadi white head di bahagian hidung liz.   Flora Mask sangat-sangat membantu membuang semua white head yang liz ada.  Love you Flora Mask!!!






Sebelum ni liz cuma pakai di bahagian hidung sebab liz risau kalau-kalau kulit liz sensitif.  Di bahagian pipi liz ada jerawat before ni jadi kalau liz pakai di bahagian pipi jerawat ataupun kulit liz takut kalau nanti menjadi radang kemerahan.  TETAPI sekarang ni memandangkan jerawat dah takda ~~~~ Liz pakai 1 muka lah. Ada juga yang bertanya dengan liz kenapa bila mereka pakai tak da hasil apa-apa pun.  Okay sebenarnya liz rasa korang mungkin tersalah teknik ataupun memang kulit korang memang tidak ada white head.  Tapi pada pengalaman liz sendiri kalau korang letak nipis sangat memang Flora Mask ni tak mampu nak menarik segala kedegilan di dalam kulit tersebut. Tapi kalau korang letak tebal-tebal macam liz ni liz double confirm punya lah mesti ada hasil punya.    


Auchhh geli-nya kan?  Okay ini hasil daripada tahun lepas masa mula-mula pakai. Alhamdullilah kalau korang amalkan dalam 2 minggu sekali pun okay.  Jangan amalkan terlalu kerap sebab risau pulak nanti open pores.  Macam liz lepas tarik semua ni liz akan cuci muka kemudian liz tuam dengan ais.  Sebab liz memang tengah ada masalah open pores.  :) 

Semoga tips ini dapat membantu anda semua. 
Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK