JUMPSUIT HIJAU JUST NICE

JUMPSUIT HIJAU JUST NICE | Assalamualaikum semua

Sumpah rindu nak menaip blog! Tak ada apa yang lebih membahagiakan selain meluangkan masa untuk buat sesuatu benda yang kita paling minat.

Liz rasa kan, warna hijau ialah warna yang buat liz nampak cantik dan fresh, i don't know la kan di mata orang lain macam mana tapi di mata liz dan level confident liz memang tinggi lain macam bila pakai hijau ni.



Jumpsuit hijau ni, liz beli dekat MC Vouge tahun lepas. Murah giler kut sebab liz beli last piece clearance stock. RM40 je u alls. Ada juga la yang tanya tak susah ke weh kalau nak kencing pakai jumpsuit ni? Okay macam ni, untuk jumpsuit korang kena tengok part cara buka dia. Kalau yang liz pakai ni, dia longgar dekat bahagian ketiak so liz terus boleh tanggal kan dari atas macam tu je tanpa perlu bukak zip.

Yang jadi susah, kalau korang pilih yang ketat berbutang dan bahagian ketiak rapat sangat. Kalau design macam tu korang memang kena bukak zip, bukak butang la cite dia.

Cukuplah untuk starting August ni liz type sependek ni dulu. See you when I see you.




0 Darlings:

Post a Comment

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.