ANNIVERSARY DINNER DI SUBANG JAYA

ANNIVERSARY DINNER DI SUBANG JAYA | Assalamualaikum love 

OMG!
Maaf sangat terlupa nak update pasal 2nd Anniversary dekat blog. Why should i blog this? Sebab liz nak bantu korang semua yang tengah mencari tempat untuk celebrate anniversary la. 

Liz pun gunakan Google untuk mencari lokasi celebration Anniversary, ternyata sekarang ni orang dah kurang ber-blog sebab kebanyakkannya guna kan medium Instagram untuk sharing, tapi dekat instagram ni ada 1 kelemahan sebab susah nak searching bila perlu.

Jadi, the is still Google as a medium untuk informasi. Jadi untuk awak semua yang tak tahu nak celebrate Anniversary dekat mana tu boleh cuba di Hotel Empire Subang. Macam mana liz boleh jumpa tempat ni, sebab liz buka 1 per 1 package dining dekat Hotel di area Subang. So dalam banyak-banyak hotel di area Subang, liz jumpa Empire Hotel punya package lebih menarik berbanding yang lain. 

Liz bila tempah sesuatu tempat tu, liz akan tengok kecantikkan tempat tu dulu. Kemudahan tempat tu juga sesuai atau tidak untuk baby liz. Kalau kita tak da baby & single liz rasa lebih mudah nak pergi mana-mana pun. Tapi bila ada bawa budak kecil ni, kita kena fikir keselesaan dia dan keselamatan dia. Ada je tepat romantik yang lain lebih cantik tetapi kalau outdoor ni korang kena fikirkan nyamuk dan sebagainya. 

Jadi pilihan liz memang nak cari indoor dan dekat dengan rumah. Okay sekarang ni, jom liz share kan gambar liz dan husband bersama buah hati si kecil ni dining dekat Empire Hotel ni pula.


Tahun lepas kita celebrate makan-makan dekat Fish Manhattan je. Tahun ni Muzaffar dah 1 tahun 3 bulan, jadi dah boleh keluar malam. Jadi mami dengan abah bawa Muzaffar makan malam sama-sama. 


HAPPY dapat ikut mami dan abah pergi dating kan.


untuk gambar berdua ni mudah je, bukan Muzaffar yang tangkap kan pun, dia ada je depan kami main lari-lari. Liz guna camera dan gunakan time set.


Seronok berlari!


Pintu masuk dekat dining hall. Mami tengah buat payment.
Mami belanja abah yay.


Mami dan Muzaffar. 
Anak bertuah yang di angkut kemana sahaja.
Selalunya kalau anniversary sebelum ni liz pilih yang dining untuk dua orang. Tapi sebab ada budak kecik ni, liz tukar sikit untuk cuba package buffet.
Buffet dekat hotel ni ada banyak sikit pilihan untuk makan.
Jadi mak-mak pun mudah nak kasi anak makan.

Tu yang Muzaffar dapat chicken fingers, popia la. Macam-macam la lagi ada makanan untuk budak kecil. Bayar untuk dua kepala, tapi makan untuk 3 kepala hihi. Pandai tak mami buat costing? 

Package yang liz ambil ni murah je, RM69 sekepala. 
Liz sebenarnya tak kisah pun dinner dekat mana-mana tapi yang wajib nya, mesti kena ada family photo sebagai kenangan. 

Tempat cantik, selesa, lepas makan nak pergi shopping dekat Empire mall pun boleh. Muzaffar pun seronok main lari-lari dekat sini. 

Selamat ber-Anniversary you alls!

0 Darlings:

Post a Comment

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.