REVIEW: PRODUK DR MURAD BAGUS KE TAK

REVIEW: PRODUK DR MURAD BAGUS KE TAK | 

Assalamualaikum beautiful.

Familiar kan dengan produk Dr Mudah? Nak cantik tapi tiada usaha? Kebelakangan ni, liz kerap dikelilingi dengan wanita yang suka bertangguh bila nak melakukan sesuatu. Korang tahu tak yang penangguhan tu merupakan 1 kerugian yang besar untuk diri sendiri.

Dilahirkan sebagai wanita, kita memang kena cantik. Faham tak? Faham tak?


Liz busy sangat you alls, maaf na lambat kongsi dengan korang pasal Produk Dr Murad yang liz dapat ni. Dua produk ni dirumus khas untuk mereka yang ada masalah jerawat. Selalunya golongan yang ada masalah jerawat ni akan terjadi dekat mereka yang berusia dalam lingkungan 18 - 26 tahun macam tu. Tetapi ada juga yang bernasib tak baik, jerawat naik sehingga umur mereka 30 - 40 an tau. 

Produk pertama yang liz kenalkan kepada korang ialah,  Outsmart Blemish Clarifying Treatment.

Outsmart Blemish Clarifying Treatment ni ialah sebenarnya serum special untuk jerawat. Dapat membantu mengawal jerawat dalam masa 1 minggu sahaja. Kandungan (OBCT) ni ada salicylic acid bersama lysophosphatidic, hydroxydecanoic, sebacic dan glycolic acids dengan teknologi Penta-Acid untuk membantu menghilangkan jerawat yang disebabkan bakteria, kulit berminyak dan bintik-bintik hitam, kandungan bahan-bahan ni kalau korang nak tahu tidak mengeringkan kulit dan tidak meninggalkan rasa gatal-gatal. Sebab ... selalunya ubat jerawat ni memang akan mengeringkan kulit tapi (OBCT) sebaliknya.

Kulit yang berminyak memang sesuai cuba ni, sebab kulit orang yang berminyak lah kerap terjadinya jerawat ni. Jadi serum ni sesuai untuk digunakan seluruh muka walaupun tanpa jerawat, seeloknya pakai kalau dulu korang da biasa ada jerawat tapi bila stop makan ubat jerawat naik kan? Jadi untuk elakkan naik jerawat, baik kita mencegah dengan menggunakan serum cegah jerawat ni.


Teksturnya warna biru cair dan sejuk bila kena kulit. Bila you all sapu dia tak rasa melekit pun sebab based dia macam air tau. Memang selesa lagi-lagi untuk yang kulit berminyak tu.



Next, liz ada Nutrient Charged Water Gel ialah merupakan pelembab sepantas kilat untuk kulit yang kering, kusam, selaju 30 minit je. Laju kan? Selalunya kita akan rasa tak best bila kulit kering, kusam ni, perit sangat rasa dia. Jadi penting kan pelembab muka ni? Masih ramai golongan yang tak pakai pelembab, sebenarnya pelembab la sangat penting untuk elak kulit kita ni kedut dan cepat tua. Jadi penting nya pakai pelembab untuk kunci kelembapan kulit kita kerana sinaran matahari.





For Non-Blemish Skin:
1)    Outsmart Blemish Clarifying Treatment (https://www.murad.com.my/outsmart-blemish-clarifying- treatment)

2)    Nutrient Charge Water Gel (https://www.murad.com.my/nutrient-gel-moisturizer)

0 Darlings:

Post a Comment

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.