PENGALAMAN PERSIAPAN MAJLIS AKIKAH

25 Sept 2018


PENGALAMAN PERSIAPAN MAJLIS AKIKAH 

Assalamualaikum .. jom kita berblog malam ni .. liz nak share sikit pasal akikah Muzaffar 2 minggu lepas, 16 September 2018. Kebetulan nya ahad Hari Malaysia, jadi kita dapat extra 1 hari bercuti pada Isnin berikutnya.


SEBELUM MAJLIS

Sehari awal sebelum majlis barulah kita sibuk menyibuk buat persiapan. Hari sabtu tu, mulanya pagi husband pergi ke kandang kambing untuk memilih dan berniat untuk akikah Muzaffar Yafiq. Masa pergi memilih tu, kambing nya kurus-kurus, jadi 1 kambing bertukar ke kambing biri-biri. Harga kambing dekat Pahang seekor RM880, harga kambing je ye belum termasuk cuci potong masak semua tu. Untuk kambing biri-biri tambah extra RM100. Liz saja park harga kambing ni dekat sini buat rujukan korang yang berada di Pahang terutamanya Temerloh atau Mentakab. Kiranya kalau korang jumpa harga kambing dekat Pahang lagi murah dari harga liz ni, sila lah booking cepat-cepat. Kalau jumpa mahal sangat, sila lah cari harga yang lebih kurang macam harga kambing Muzaffar ni.



Muzaffar pula dekat rumah dengan mami busy buat goodies. Paper bag goodies ni, liz beli dekat GM Klang. RM0.80 sekeping, entahlah murah ke mahal sebab dah last minit membeli nya. Liz tak buat banyak pun, cuma 50 keping paper bag je. 1st come 1st serve, tak da istilah VVIP or VVVVVIP pun yek.


Rajin pula ketika ni buat bunga-bunga bagai, bereben semua. Ni sebab nak buang sayang, nak simpan rasanya dah nak ditelan zaman. Reben dan bunga ni bahan-bahan masa nak kahwin hari tu. 


Dalam nya liz letak surah Al-Mulk, Waqiah.


Muzaffar is ready on duty.

SEMASA MAJLIS



Selesai bacaan doa selamat dari anak-anak yatim, kemudian bermula majlis makan-makan. Ada 1 moment yang buat liz rasa sebak tiba-tiba apabila, Muzaffar manja-manja dengan liz. Ada mata-mata kecil yang memandang sayu. Liz terasa seolah ada hati kecil yang sedang merindui ibu nya. Ya Allah! Kuat kan hati anak-anak kecil ini. Mami harap awak semua akan menjadi anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat.

Hurmm gf bf merajuk.


Aunty2 ni memang selfie kan.


Please! No More Picture ...

SELEPAS MAJLIS


Tenung khemah yang bakal dicabut. Alhamdullilah semuanya selesai dengan lancar.

1 comment

  1. assalamualaikum..boleh saya tau dimana puan dapatkan kambing untuk aqiqah tu?

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.