TANDA BAYI KERAP MUNTAH | INTUSSUSCEPTION

12 Sept 2018

TANDA BAYI KERAP MUNTAH | INTUSSUSCEPTION |

Assalamualaikum Ibu & Ayah. Blog post kali ni liz tulis dari pengalaman sendiri untuk semua ibu bapa yang searching tentang bayi kerap muntah tiba-tiba. Benda ni terjadi pada Muzaffar semasa genap dia masuk 10 bulan, 19 hb July 2018 warded di Columbia Asia Klang.

Kronologi dia bermula bila malam rabu, Muzaffar menjerit dengan high pitch! Korang bayangkan macam baby kena rasuk. Masa tu Liz rasa meremang bulu roma uit, dahla baru lepas magrib. Husband pula out station baru nak on the way balik. Dalam 30 minit juga Muzaffar jerit nangis, macam marah pun ada, sakit pun ada. Then dia sambung tidur, liz check2 tengok perut dia kembong. Letakla yuyi dan Muzaffar pun sambung tidur, itu pun selepas beberapa minit dia nangis.


Muzaffar warded day 1
Suhu pun on off, sentiasa kami letak kain basah dekat kepala dia

Malam pukul 12, before next susu liz bagi gripe water dulu kononnya untuk legakan perut kembong. Lepas bagi air tu, memang perut dia lembik2 semula. Next susu tu, lepas menyusu habis 150 mil, Muzaffar muntah. Terkejut weh! Check suhu 38, okay demam dan kami pun menuam la dia dengan kain basah sepanjang malam.

Next susu lagi pukul 3, dia minum habis, dalam 5 minit kemudian, muntah semula. Allah kenapalah Muzaffar malam ni, kami as parents rasa pelik sangat, tak kan Muzaffar kena Rota Virus lagi. Kalau kena rota virus sepatutnya ada cirit, tapi Muzaffar elok tak cirit. Cuma perut kembong tak surut-surut. Next susu pukul 5 pagi, minum dah slow dalam 100 mil macam tu then muntah lagi. Susu yang Muzaffar minum semuanya keluar yang tak sempat proses pun lagi. Mulanya kami syak susu tu yang bermasalah sebab Muzaffar minum susu enfalac A+ dahlah susu tu pernah ada kes tiruan. Kite ni sebagai ibu bapa memang fikir bukan-bukan terusan la citenya. 


Muzaffar muntah lagi pagi Khamis. 

Muzaffar muntah kuning dan hijau. 
Dalam perut dia langsung dah takda makanan. Asyik muntah dan muntah.

Pukul 7 pagi, terus kami terpacak dekat Columbia emergency. Check suhu semua 37.6 then, tunggu beberapa jam la juga sehingga Dr. sampai. Bilik pulak penuh, memang waktu ni kemuncak giler ramai baby dan kanak-kanak sakit. Sejam kemudian baru dapat katil dekat wad kecemasan. Muzaffar memang dah lembik sangat, so terus on drip. 

Pendek kan cerita, Khamis warded sampai ke hari Isnin baru tahu apa yang tak kena dengan Muzaffar. Korang tahu kan, naluri seorang ibu tu memang kuat! Walaupun Dr. kata pattern Muzaffar ni macam kena virus infection dalam darah tapi liz tetap rasa ada yang tak kena. Sebab Muzaffar ni dah warded 5 kali tau tak setiap bulan. Dan bila setiap kali dia demam ke, dia kena rota sekali pun, susu dia okay, tak muntah teruk macam kali ni. Lagi-lagi bila result najis dia keluar, takda virus rota. Selalunya yang muntah-muntah ni salah 1 nya suspect rota virus. Tapi baiknya, Muzaffar tak cirit, kalau rota dah confirm-confirm Muzaffar cirit teruk. So parents alert tau, if muntah dan cirit, kemungkinan rota virus jangan biarkan, bawa pergi hospital cecepat okay.

Kembong perut Muzaffar tak kesudahan. Sampai la ahad, liz masuk ofis, bergilir husband yang jaga pula, liz minta husband request dengan Doktor untuk buat ultrasound. Rasa risau kut-kut Muzaffar ada tertelan benda yang bukan sepatutnya. Walaupun doktor kata kalau ada object yang ditelan mesti nafas susah, dan berak berdarah. Muzaffar pula peliknya takda berdarah cuma hari sabtu najis dia ada 1 spot merah. Gambar macam dekat bawah ni. 


Jelly merah dekat hujung tu antara pentanda.
According to doktor kalau betul usus masalah, darah akan lagi banyak dan kerap berlaku.
Tapi Muzaffar sekali je.

Ubat macam-macam dah try and error tapi masalah kembong perut tetap tak selesai. Muntah tetap juga tak selesai walaupun minum air kosong dalam penutup botol susu je. Betapa sikit je dalam 10 ke 20 mil tau tapi tetap juga muntah. Confirm something wrong dekat usus Muzaffar.

Isnin tengahari, bila buat ultrasound, terus nampak yang usus Muzaffar dah berlipat masuk, kecil ke besar. Bahasa melayu susah nak terangkan, dia slides in tau. Faham tak korang? Macam telescope makmal tu. Benda ni dorang panggil Intussusception. On details dalam penerangan sainsnya korang boleh google. 


Atas ni contohya, nampak tak? Mula berlipat, dan makin masuk dan masuk, lama-lama boleh clog.

Intussusception ni banyak ragam dia, setiap baby yang terkena berbeza-beza sebab dan beza-beza cara nak ubati dia. Tapi masalah usus ni kerap terkena pada bayi bawah usia 3 tahun dan risiko nya lebih pada baby lelaki. Agaknya faktor kebuasan kut. Hahahaha ~

Ramai kawan-kawan tanya, liz salah bagi makan ke? Kenapa dengan usus Muzaffar. Liz dengan husband memang tertanya jugak apa main cause dia. Macam mana boleh jadi, kenapa terjadi dan macam mana nak detect. 

Punca terjadinya Intussusception ni bila usus bengkak, faktor usus bengkak? Ada macam-macam faktor, salah 1 nya batuk yang lama. Mungkin bukan batuk yang sekarang, tapi batuk yang lama-lama kebetulan waktu dia tak sihat tu ada orang bawa virus. Jadi sikit-sikit usus nya bengkak, bila bengkak bahagian usus akan bengkak dari yang biasa, jadi bila ada pergerakan makanan berlaku, yang biasa tu akan termasuk ke usus yang bengkak. Boleh bayangkan tak? Macam ular telan mangsa, sikit demi sikit masuk ke mulut dia. Macam tu juga usus Muzaffar, yang kecik masuk sikit demi sikit ke kawasan usus bengkak tu. Bila dah sampai tahap ketat, barulah terasa sakit dan sempit bila makanan nak lalu sempit. (bahasa mudah nya macam ni lah) Kalau cerita secara ilmiah sangat nanti lagi blur korang tak faham.

Contoh yang lain ialah macam telescope, kan bentuk macam 3 segi, kita boleh tarik dan tolak telescope tu. Bahagian kecik masuk ke bahagian besar.




Usus kite kan gelung-gelung, bila 1 bahagian bengkak, yang lain slowly masuk ke bahagian bengkak tu. Hitam tu maksudnya air berdakwat (barium) berjaya lalu kawasan usus Muzaffar, yang terhenti tu maksudnya kawasan tu tersekat. Procedure pertama melalui pressure air tak berjaya. Doktor kata Muzaffar consider baby yang kuat sebab boleh buat 5x trial. Kalau ikutkan procedure, max to 3 or 4 je. Tapi keadaan Muzaffar yang stabil dan kuat, doktor berani cuba sampai 5x, tapi tetap tak berjaya. Jadi end up terpaksa buat pembedahan. 

Muzaffar dah on drip 5 hari, doktor memang tak boleh tunggu dah kalau tunggu lagi Muzaffar akan makin lemah. Selepas je procedure tu, kami husband wife memang rasa macam mimpi. Anak sulung kami nak masuk dewan bedah kejap je lagi, bergenang air mata. Cuba tahan air mata ni, tengok keadaan Muzaffar yang masih lagi mabuk-mabuk akibat kesan mofin tadi tu, terrasa sayu ada, rasa lucu pun ada. Awak kecik sangat lagi nak kena lalui process ni tiba-tiba. 

Tak sedar masa berlalu dah pukul 1 pagi. Suami hantar Muzaffar masuk sampai ke dewan bedah sehingga dibius kan 1 badan. Then baru dia keluar, such a very long night. Sampai pukul 2 pagi tunggu Muzaffar keluar dari dewan bedah, harapan semoga tak perlu dipotong usus tak perlu nak kena sambung menyambung. 

Alhamdullilah, lega sangat bila 215 am, doktor bagitahu pembedahan selesai, Muzaffar dalam keadaan baik dan stabil. Usus Muzaffar sihat, appendix pun elok. Jadi doktor cuma tolong tolak sikit supaya usus kecil tu keluar dari usus yang bengkak tu. Sangat kecil je, yang termasuk tu dalam 2cm je tapi sebab dah ketat sangat terpaksa bedah untuk tarik keluar dari bahagian yang clog tu.

Done! Mami syukur sangat dapat cium dapat peluk Muzaffar.

Muzaffar dah sedar.

Recover process Muzaffar ambil masa juga dalam 2 minggu, selepas operation tu Muzaffar kerap terberak. Tapi berak yag mercik-mercik je. Lama kelamaan baru berkurang. Setiap kali makan, Muzaffar terus akan membuang, tak kira minum atau makan, seolah usus dia masih dalam recovery proses. Tapi sekarang Alhamdullilah, Muzaffar dah kembali cergas seperti biasa.





Done last check up with Dr. Shona dari Sunway Medical Center. Photo kenang-kenangan buat Muzaffar dengan Doktor yang bedah Muzaffar. Pengalaman menjadi ibu, berjaga dan bermalam selama 9 hari seolah-olah pergi bercuti tapi takda rasa nikmatnya. Haha ~ Alhamdullilah walaupun 9 hari tak jumpa rumah, buat hospital macam hotel. Buat hospital sebagai pejabat kedua juga siang malam gigih siapkan kerja sambil jaga Muzaffar success. 

Ni la yang dimaksudkan bercuti tapi tak nikmati apa-apa. 
Hehe boleh la tengok permandangan ...

Mami bawa Muzaffar pergi Sunway Lagoon ni nanti okay bila dah boleh berjalan.
10 Months moments.

Kepada ibu bapa yang berkerja tu, if ada rezeki lebih, laburkan sikit pada insurance untuk yang tersayang ye. Jika belum, liz doakan semua yang membaca ni Allah kurniakan awak rezeki yang melimpah ruah. Amin-amin-amin.

Sebarang soalan boleh drop di instagram liz - @beautyliyliz / Fb - liyliz yusof







Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.