HARI RAYA PERTAMA JADI MAK-MAK

By | Leave a Comment
HARI RAYA PERTAMA JADI MAK-MAK | Assalamualaikum

Selamat Hari Raya semua 💓 Lain macam perasaan raya dengan anak ni uitt! Mak-mak je lah kut yang faham ni, yang masih single dan yang masih belum ada anak tu, nikmati la hari raya dan waktu tidur yang aman damai yek.

Tahun ni kan, tahun pertama liz raya dekat Perak. Lain semacam juga la perasaan beraya jauh dengan mak dekat kampung ni. Tapi takda la rasa sedih sangat, hahah sebab dah balik beraya awal masa dua hari puasa terakhir tu. Malam nya pula, mak dah siap buat rendang, buat lontong, buat macam-macam uit. Terasa sangat diri ni masih anak kecik bila mak ada. 

Sebelum gerak ke Perak, bawa la bekal rendang mak ke Perak. Sebab dah tahu dah dekat Perak rendang dia lain dari tekak ni, mak yang tak sampai hati anak dia sendu di hari raya pertama maka nya bekal kan anak dia 1 kilo rendang daging hahahaha ~ syurga sangat rasanya. Memang masa raya pertama dekat Perak takdo rendang daging, ada ayooom ja. 

Benda paling excited sekali nak buat ialah, berfamily photo dengan ma little family ni. Raya pertama dengan baby uittt. Raya pertama sebagai mak-mak uit. Raya .... kedua sebagai isteri hihihi ~

Pagi subuh nya bersungguh-sungguh tau aku iron baju malan, muzaffar dengan diri sendiri penuh dengan cermat dan tanpa secalit pun kedutan. Perhghhh memang cun baik nya. 

Esoknya bersiap laju-laju, ofcoz siap kan Muzaffar dulu, karang habisla basah comot baju aku waktu mandi kan dia. Dah siap berbaju melayu bagai, wuiiit ensem nya budak kecik ni. Sayang nya, berhingusan pula, sian pula dia raya pertama tak sihat. Akibat singgah Cameron waktu balik Perak hari tu. Barang-barang menyedut hingus tak bawak pula. Adoiiii cuai-cuai, kena lebih hati-hati lepas ni bila ada anak ni. Mujur dia tak demam, risau juga. Budak kecik ni senang demam, sejak keluar ward hari tu, terus amal kan mandi lemon bila keluar jalan jauh-jauh ni.

Raya pertama aku dekat kampung mertua agak kelam kabut juga, sebab aku ni jenis biasannya bersiap lama. Nak calit itu, nak calit ini. Telupa pulak uit dah anak. Anak yang tengah laju merangkak pula, panjat sana sini. Peningggg mak!


Kadang-kadang terlupa yang aku ni dah jadi mak orang.


Come on Muzaffar fokus-fokus.


Oh baju anak ku. Oh pampers terjojol!


Anggap je la ini yang terbaik yang kami ada. 
Muzaffar cuba lagi tahun depan okay. 

Misi baju raya, saat terakhir baru malan berjaya dapat baju warna biru ni. Mujur matching dengan aku. Biru awan awangan gitu, yang Muzaffar ni memang susah sikit nak jumpa warna macam kami. Tahun depan kite tempah baju raya tau, haaah malas dah nak berletih letihan nak cari baju raya sana sini. Sumpah! Zaman mak-mak tidak selincah zaman anak dara. 

Awal-awal pagi mujurlah sempat bergambar dengan 1 family semua, tapi tak rasa nak tunjuk dekat korang. Sebab nya tudung aku yang senget, anak saudara yang menangis, ada yang buat muka toye, ada yang tengah main puting. Allah ~~~~ anak masing-masing .. 


Tiba malam raya, rasa nak rehat-rehat sikit, letih juga jengah ke serata tempat ni, tapi seronok la sebab dapat makanan sebab aku ni jenis yang kuat makan lagi yang tak pernah makan. Tapi tengok la budak atas tu, dia start dah nak berkawan dengan orang besar-besar, bila dia bosan, dia mula tarik rambut orang, panjat kabinet tv, merangkak merata-merata celah celahan. Letih mak ~


Ini pertama kalinya aku makan lemang dalam periuk kera. Sedap tapi pada aku suka lagi lemang dalam buluh sebab lebih kenyal sikit. Lemang dalam periuk kera tak dinafikan memang lemak gilerrrr tapi lembut sangat. Me not like it so much hihi. 

Benda paling best liz suka balik perak sebab makanan kampung dia, sumpah sedap! Tak dapat dekat mana-mana melainkan dekat kampung ni, mak mertua dengan mak saudara semua suka tau masak yang pelik-pelik tapi sangatlah kena dengan tekak ni. Paling best nya ikan puyu goreng, sedapnyaaa uit. Jering masak lada, sedapnya. Batang keladi masak asam pedas, masam-masam asam jawa sikit. Sedapnyaaaaa ~

Aku masak apa je eah waktu raya, haha masak bubur jagung je mampu, selebihnya main kejar-kejar dengan Muzaffar. 

Selamat hari raya semua.
Tak sabar nak baca kisah hari raya korang pulak. 
Leave your post hari raya dekat bawah tau, nanti liz p jenguk blog korang.

Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.