TEMPAT MAKAN BUKIT JELUTONG | MOZER'S RESTAURANT

10 Mar 2018

TEMPAT MAKAN BUKIT JELUTONG | MOZER'S RESTAURANT | Assalamualaikum 💖

HAPPY TGIF! Rasanya dah lewat 1 jam nak cakap pasal TGIF sebab sekarang dah masuk hari sabtu. Azam bulan March ni nak update sebanyak mungkin lifestyle story dekat blog. Sebab trafik blog semakin menurun, dah perkara ini tidak boleh dibiarkan. Jadddi segala benda yang best liz nak terus share dekat blog, supaya korang pun dapat manfaatnya. Sharing is caring kan ~


Agak-agak Mozer's ni restaurant apa eah? Haaa Mozer's ni restaurant makanan Arab khususnya TETAPI makanan western pun ada jugak. Jadi kalau ada kawan-kawan yang tak makan makanan Arab tu jangan risau, angkut je diorang datang sekali sebab menu WESTERN nya pun banyak dekat sini. Nak tengok tak? 

Nah di bawah menu dan harganya. Liz tahu sangat, selalunya orang yang google pasal restaurant mana nak makan ni, diorang nak tengok harganya sekali sebab nak check dompet dulu kan cukup ke tidak duit. Betul tak you alls?








Ni sekian menu untuk yang setakat hari ni la. Mana tahu 2 tahun ke 3 tahun akan datang menu akan berubah-ubah pulak. Pada liz, tempat ni harga makanan dia sangat-sangat berbaloi untuk portion yang besar dan banyak. 

Mozer's Churos RM7
Liz suka sangat churos dia ni, sebab tak berminyak.

Menu ni untuk hari jumaat yang indah hari ni.
Barallis rice with chicken RM10
Banyak sangat dan ayam dia pun besar! 
Sos dan karinya sedap. Kena tekak untuk orang melayu.

Mandy Rice served with chicken RM10
Nasi ni pun sedap juga tau.

Chicken Sharwarma serve with rice RM15
Yang nasi nya sama dengan Mandy cuma bezanya ialah perapan ayam tu. 
SEdapppp juga!


Spagetti Oglio Olio RM15

Secara keseluruhan dekat sini, kalau nak makan nasi arab yang harganya mampu makan tanpa rasa tercekik, boleh datang sini. Sebab tak mahal sangat dan portion nya banyak. Untuk MENU Western pula, taste dia biasa-biasa je. Taklah hebat sangat. Kalau nak makan spegetti yang sedap-sedap kena pergi dekat Fei & Ali. Boleh baca review liz dekat sini Fei and Ali.


Tempek sekeping gambar bakal pengantin ni.
Konsep kedai ni pun best, cantik, tenang, dan selesa. Nak buat event pape pun boleh sebab ada ruang untuk birthday party, event pape lah .. 

Okay mata dah ngantuk, sambil menaip ni sambil tunggu susu penuh sebenarnya huhuhuhu ~


Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.