JIMAT MASA DENGAN BREAST PUMP PRO DARI PIGEON MALAYSIA

JIMAT MASA DENGAN BREAST PUMP PRO DARI PIGEON MALAYSIA | Assalamualaikum ibu-ibu 💓

Pejam celik pejam celik, sedar-sedar je dah dua minggu liz start bekerja semula. Tempat kerja yang sama, kereta yang sama, kerja yang sama cuma rutin yang berlainan bila dah ada si kecik Muzaffar. 

Rasanya semua ibu mesti neves kan pasal bekalan susu untuk anak memasing? Liz pun sama juga masa hari pertama masuk kerja, risau tak sempat nak pum bila dah masuk kerja ni. Kut nya boss baru aku jenis yang asyik kuat memanggil itu ini nak suh buat. Tepuk dahi la uitt anak. Kalau ada pilihan lain, memang rasa tak nak kerja, nak bior Muzaffar tu bergantung nenen je dengan liz ni hah sepanjang masa. Tapi pengalaman belum cukup dalam hal perniagaan jadi selagi ada masa untuk timba pengalaman kita redah dengan tabah yek lagipun makin lama kos sara hidup semakin tinggi. Jadi hati kena lah kental!

Nampak senyum sesuci lebaran kan? Tapi HATI rindu sangat Muzaffar.

Sebenarnya bila masuk kerja ni, liz risau juga kalau-kalau ada orang tak puas hati dengan kita, yealah asyik hilang pergi mengepam je kan. Pengepam susu ni bukan nya sekejap, kurang-kurang pun ambil masa 30 minit. Liz kalau boleh nak pam dekat meja kerja je, sebab dalam bilik tu semua nya perempuan. Tapi sejak kes bos baru yang pantang nampak aku dekat meja tu kan, kalau datang time liz tak mengepam kira okayla kan. Ini dengan keadaan liz tutup dengan nursing cover pun dia datang cari juga, bukan dia je, sales team pun yang lelaki tak sensitif langsung dengan keadaan tu. 

Jadi the best place liz nak pam susu, liz pergi ke surau. Sekurangnya 1 hari liz akan pam 3kali. Itu kira wajib sangat-sangat tapi kalau sibuk sangat paling cikai pun sempat buat 2kali. Tapi cita-cita sebenarnya nak pam 4 kali sesi sebab Muzaffar makin membesar dan demand susu pun semakin banyak. Mak mana tak risau kalau anak dia tak cukup susu. Susu FM? Hurmmm belum masanya lagi sebab liz masih gigih nak bagi Muzaffar susu badan. 



Sejak guna Breast Pump dari Pigeon ni memang syukur sangat-sangat sebab power sedutan dia laju giler. Sumpah laju bila dalam masa 7 minit liz boleh dapat 80mil. Kalau nak dapatkan 160mil paling cepat liz rekod 15minit. Nak pergi kerja pun mudah dan cepat sebab pekakas dia sikit. Cooling bag dia pun compact dan muat banyak botol EBM.


Comel kecik dan ada charm love gituh.

Ini la dia pekakas yang diperlu kan untuk misi mengepam susu. 

1. Motor mesin Pigeon 
2. Corong Large & Regular 
3. Cup Large & Regular
4. Tube corong 2x
5. Botol EBM
6. Tapak botol EBM
7. Soket pam 
8. Tapak botol EBM
9. Pengecas motor Pigeon 

Step1: Sambungkan corong tu pada soket pam.

Step 2: Lekatkan cup ni, boleh pilih nak guna yang large atau regular.

Step 3: Masukan tube corong 

Step 4: Lekatkan botol Pigeon EBM

Step 5: Sambungkan soket penyedut pada botol dan motor Pigeon.
 Dan ready untuk misi mengepam.

Sangat mudah step dia kan? Nak basuh pun senang tau.

Mode 1, stimulation nya macam tik tik tik serius tak sakit langsung.

Mode 2, stimulation pun sama juga tik tik tik tapi gerakkan dia lebih laju.

Bila da puas stimulation kan. Boleh ke next step untuk menyedut. Boleh tekan Power ikut level yang kita suka dan Speed untuk kelajuan setiap power yang korang pilih.  Ini yang best pasal Pigeon sebab kita boleh tentukan kelajuan setiap power level sedutan tu.

Level paling tinggi ialah level 7 dan speed nya pun boleh laju kan ikut keselesaan kita. Kalau liz memang liz laju kan speed tu sebab rasa bosan nya nak tunggu lama. 

3 Sebab kenapa perlu pilih Pigeon Breast Pum Pro Electric :

1. Proses sedutan yang tak sakit, laju dan tak tiris. Memang best sebab susu tak kan mengalir keluar sebab corong dia dengan puting breast memang kemas.

2. Stimulation mode yang lembut cepat merangsang penghasilan susu.

3. Expression mode flexible boleh ubah kelajuan dan level sedutan mengikut citarasa. Boleh customize pumping style tau. Sedar-sedar je susu dah penuh 160 mil dalam masa yang singkat.

Korang kalau berminat nak cari pum ni boleh ke Pakson, Aeon, kedai bayi dan dekat TCE. Harga dia agak mahal untuk 1 pam tapi baru I sedar kenapa pam ni mahal. Sebabnya power sedutan dan speed dia laju. Tapi lagi best kalau ada double pamping. Hihi 

Untuk maklumat lanjut boleh layari detail dekat bawah : 



0 Darlings:

Post a Comment

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.