BANGLO PERKAHWINAN DAN PAKEJ LENGKAP MAJLIS | THE WEDDING HERITAGE

By | Leave a Comment
BANGLO PERKAHWINAN DAN PAKEJ LENGKAP MAJLIS | THE WEDDING HERITAGE 💕

Assalamualaikum semua bakal pengantin, dalam seronok-seronok nak kahwin mesti korang rasa risau bila deal dengan wedding planner ni kan? Kes pengantin kena tipu dengan wedding planner mesti akan ada punya lah terjadi setiap tahun. Nak salahkan bakal pengantin atau nak salah kan wedding planner? Pening!

Seorang pengantin tu cuma inginkan majlis bahagia yang berjalan lancar.
Kawan liz sendiri tergolong dalam salah 1 mangsa yang kena tipu dengan kes wedding planner viral tu. Majlis kawan liz tu dekat Meru Klang, liz tanya dia macam mana kau ni boleh fikir nak ambil butik ni sebagai wedding planner korang? Jawapan dia " 1st sebab terpengaruh dengan majlis yang dorang pernah buat untuk Selebriti Malaysia, 2nd sebab pakej dia murah sikit dari butik yang lain sebab sekarang ni tengah ada promosi jadi aku pun kelam kabut buat deposit tak fikir panjang " Mengucap panjang liz dengar masa tu. Dengan harapan semoga majlis dia berjalan lancar sedangkan masa tu dah mula dengar cerita tak best pasal wedding planner viral ni.

630 pagi baru team butik tu pasang pelamin. Lewat giler weh!!! Kawan liz tu dah makin cuak sampai lah hari majlis dia. Tempah pelamin warna lain, sampainya warna lain, walk way takda, katering pukul 12 pun tak sampai lagi. Menangis dia, sampai liz sendiri wasap owner butik tu ugut dia kalau katering tak sampai jugak kita semua nak viral kan. Tetamu semua dah tanya-tanya makanan mana? Korang tahu tak betapa STRESS nya pengantin masa tu tengok keadaan majlis dia tak lancar macam yang dibayangkan. Part sedih tu bukan sampai situ je, sampai ke meja makan beradap tau korang. Nasi minyak dalam tepak kendi, tau tak kendi tu yang bekas buat cuci tangan tu. Mujur photographer dorang alert dengan semua benda tu, kalau tidak mesti lagi kesian gambar dorang cacat sebab benda tu.

Ramai yang komen dekat FB page butik viral tu tapi dia delete semua komen yang negatif, yang tinggal komen yang suci-suci je. Bila makin ramai terkena, makin ramai yang buat report dekat balai polis pasal butik pelamin tu baru la owner butik tu kena tangkap. Sampai masuk 999! Tapi liz tak jumpa pula rakaman tu dekat youtube. Tapi yang dekat siaran langsung TV Al-Hijrah tu ada tau.


Fahami video ni betul-betul ye bakal pengantin. Fikir secara realistik, secara logik. Pakej 10k, pakej 5K la, apa sahaja pakej kan please buat pengiraan betul-betul sama ada logik ke tidak. Kalau korang jenis yang nak ambil pakej cuci tangan. Kalau korang nak semua siap semua lengkap bukan tak boleh, orang kata pakej cuci tangan tapi jangan nanti jadi pakej cuci pinggan pulak. 

Liz sendiri pernah jadi pengantin, hati seorang pengantin tu tak kan pernah tenang sampai la selesai hari bahagia dia. Kalau duit banyak sekali pun, rasanya semua pengantin cakap kalau boleh nak kahwin sekali seumur hidup. Sebab apa tau, seharian jadi pengantin ni orang nampak macam cantik, macam comel je, macam bahagia je. Memang la bahagia tapiiiii penat tau nak lalui semua tu seharian. Jadi bila majlis seharian tu, mestilah pengantin nak semuanya berjalan lancar dan happy ending. Kalau ada yang tak best masa majlis tu, mesti orang akan kenang sampai bila-bila lagi-lagi part makanan untuk tetamu. Untuk pengantin sendiri mestilah nak pelamin dan baju yang cantik supaya boleh diabadikan dalam album sampai ke anak cucu cicit. 

Tengok gambar majlis macam ni sejuk hati & mata pengantin melihat nya tau, tapi nak cari wedding planner yang betul-betul bertanggungjwab ke atas majlis kita ni memang kena selective. Jangan fikir sebab nak murah je tau, fikir ikut logik akal dan pengiraan ikut ekonomi semasa tahun 2018 ni. Sewa dewan pun makin hari makin naik, apatah lagi kos-kos yang lain, kos-kos yang melibatkan tenaga kerja manusia, kreativiti manusia, bahan mentah, pengangkutan dan macam-macam segi lain yang pengantin kena fikirkan. Jangan terus nampak MURAH nya sampai tak fikir logik. Macam liz sendiri, masa bincang dengan wedding planner liz, bila liz request sesuatu liz tanya kos nya berapa kalau nak tambah ni, kalau nak tambah tu pula berapa kos nya. Lepas tu baru kita bincang kos sama-sama pula. Jangan nak untung sebelah pihak kita je sampai lupa tanya pada pihak wedding planner. 

Liz sebenarnya tertarik dengan konsep cuci tangan berkonsep di Banglo Mewah. Selalu nya kita dengar orang buat sewa banglo, sewa rumah, sewa homestay je kan? Tapi dekat bandar-bandar Metropolitan sekarang ni banglo dah mula dijadikan sebagai pakej perkahwinan serba lengkap. Lokasi, tempat, makanan, pakaian, pelamin & macam-macam lagi. 

Kalau korang nak tahu, dekat kawasan Ampang, Damansara dan terkini di Putrajaya ada 1 team wedding planner Banglo Mewah yang cukup femes sekarang ni namanya 'The Wedding Heritage' You guys boleh google pasal diorang kalau nak tengok feedback event yang diorang dah buat. 

Ofismate liz pula ramai lagi yang bujang-bujang, kiranya dekat ofis liz lah pertama berkahwin, liz ni dah jadi macam tempat rujukan diorang juga la kadang-kadang tu. Sambil tu search la juga pasal The Wedding Heritage ni sebab Banglo Mewah untuk majlis perkahwinan ni lebih praktikal pula rasanya untuk zaman sekarang ni. 


Ni instagram account official The Wedding Heritage.
 Korang jangan salah follow pulak.

The Wedding Heritage iaitu "Banglo Kahwin No.1" di Malaysia berkonsep Banglo Perkahwinan & Pakej Kahwin Cuci Tangan. Kebanyakkan pengantin dan family sekarang ni lebih prefer buat dekat luar sebab tak kacau rumah, takyah letih-letih lepas majlis fikir nak mengemas. Pengantin happy, family pun senang hati.

Semoga The Wedding Heritage akan buka banyak lagi cawangan dekat tempat lain. Mungkin dekat Pahang dalam masa 20 tahun akan datang? Hehe boleh lah Muzaffar buat majlis dekat Banglo Mewah kan. Sebab mak dia dah tak sempat nak repeat moment dekat tempat macam ni.



Banyak nya gambar perkahwinan yang dah berlangsung dekat The Wedding Heritage ni. Macam-macam pakej diorang ada :


Lengkap kan pakej cuci tangan yang disediakan oleh The Wedding Heritage ni. Memang cukup lengkap dari A-Z keperluan pengantin The Wedding Heritage sediakan. Kalau korang rasa ada yang nak tambah lagi, nak custom majlis korang macam mana pun boleh. Bincang dengan team TWH InsyAllah dorang akan usaha mengikut kehendak bakal raja sehari. 

Ada tea corner lagi tau. Masa liz kahwin dulu, tak pernah pun terfikir apa-apa yang lain selain benda-benda basic je tapi team TWH ni kreatif benda yang tak tercapai akal kita ni pun dorang boleh bagi idea. Ada bridal room lagi korang, tak payah susah-susah nak add on hiasan bilik pengantin dekat rumah korang. 

1 rumah dihias, 1 rumah boleh diguna, semua selesa. Untuk pengantin pula, dari hujung rambut sampai hujung kaki TWH sediakan. Ya Rabbi bahagianya ada pakej macam ni, tak payah nak gerak-gerak. Pokok pangkalnya, masuk je dalam rumah. Semua tersedia oleh TWH. Lagi-lagi golongan professional yang tak cukup masa nak buat survey semua tu, kenapa nak pening-pening deal dengan banyak pihak? Deal dengan TWH semua tersedia, macam orang masuk rumah cuci kaki. Gitu la konsep nya. Tunggu para tetamu je hadir untuk majlis. 

Emcee pun ada sekali, tak payah pening nak cari emcee mana korang uit.. Alat-alat PA system semua dah tersedia. Photographer pun ready je nak photoshoot korang, kiranya tunggu korang senyum snap-snap-snap lepas tu TWH akan process kan album perkahwinanan korang. Mudah senang kan????




Feedback dari pengantin sendiri. Tengok senyuman pun, kita boleh rasa bertapa puas hati nya pasangan mempelai ni dengan TWH.




Kita sebagai pengantin hendakkan BEST MOMENT yang boleh dikenang sampai akhir hayat kita. Jadi semuanya diharapkan yang indah-indah belaka. Harap sangat korang tak salah pilih wedding planner. Macam sekarang ni, kawan liz tu ralat sangat dia bila terkenang pihak catering nya lambat, makanan pula hantar tak cukup. Macam-macam lagi terjadi, pengantin yang sepatutnya bahagia terpaksa menanggung malu dengan para tetamu. 

Untuk bakal pengantin 2018/2019 tu, boleh cuba usha The Wedding Heritage. Tak rugi pun kalau korang tanya dorang pasal konsep wedding mereka ni. Pakej yang liz share tu yang biasa-biasa. Kalau korang rasa nak olah ikut budget korang, kena lah contact team TWH. Orang kata tak kenal maka tak cinta. 


Sebagai perancang majlis perkahwinan, kadang-kadang liz pelik jenis yang tau nak untung je dan sanggup aniaya orang lain. Tak patut tau buat orang macam tu. Bila kita baca feedback customer yang happy, seronok masa majlis berjalan lancar kita pun turut rasa happy tau. Kesian pada pengantin yang dah bayangkan macam-macam tapi tak dapat apa-apa. Duit habis, majlis pun hancur. 

Jadi yang masih terfikir-fikir nak buat majlis dekat Putrajaya, Damansara atau di Ampang. Korang boleh usha The Wedding Heritage untuk rancang majlis korang secara lebih detail lagi.

The Wedding Heritage:
Facebook page - https://web.facebook.com/theweddingheritageTWH
Instagram - theweddingheritage_official



Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.