search

PRODUK TROPIKA BABY YANG WAJIB ADA BILA TRAVEL

By | 3 comments
PRODUK TROPIKA BABY YANG WAJIB ADA BILA TRAVEL | Assalamualaikum semua

Liz sebenarnya tengah excited menghitung hari sebab tak lama lagi baby Muzaffar nak menginjak usia dua bulan. Huhu ~ Seronok bila kerisauan selama sebulan baby kena Jaundice dah pun berlalu, masa baby Jaundice dulu memang baby pasif sikit. Kuat tidur, malas nak nyusu, buka mata pun susah tau. 

Liz ni pula hari-hari la resah memikirkan bila la Muzaffar ni nak bebas dari Jaundice kan. Bila dah doktor kata "Okay baby awak dah boleh discharge" Memang happy sangat-sangat masa tu Muzaffar baru genap sebulan, walaupun bacaan dia 100.06 tapi bila doktor kata yang Muzaffar takda tanda-tanda negatif & semua nya okay, fuhh kami as parents rasa lega tau.

Bila dah sihat ni, sesi berkemas la pula sebab suami nak hantar liz sambung berpantang ke rumah mertua dan bagi chance mak liz nak berehat kejap. Jadi bila nak travel dengan baby ni, barang-barang baby wajib la bawa sekali. Apa yang nak dibawa nya?


Ini lah dia barang yang wajib bawa bila travel. 
Senang nak guna sebab kecil dan muat-muat je dalam pouch bag liz. 
Senang nak guna tau.

Sejak baby Muzaffar dah sihat ni, nak tidur pula susah, asyik nak main je. Menyusu pun kuat, tapi tu lah bila kuat menyusu ni kadang-kadang ada masalah kembung perut pula. Nak cerita punya aktif baby Muzaffar ni, dia punya barut yang elok cantik je terletak dekat pusatnya tu boleh sampai ke dada tau. Macam mana tak senang masuk angin.

Kawan-kawan liz yang dah jadi ibu ramai suggest liz tau suruh pakai Tropika Herba Cream, tapi kalau diorang tak suggest pun memang liz teringin lama dah nak cuba sebab Cream Tropika Herba ni viral kut dekat Facebook & Instagram. Ada je ibu-ibu yang share dekat laman sosial diorang cakap cream ni wajib ada untuk baby tau. Digelarnya cream penyelamat gitu. Jadi liz pun mesti la terpengaruh sekali nak cuba.


50g RM39.90

Buat pengetahuan ibu-ibu semua, kalau nak beli Tropika Herba Cream ni, pastikan yang korang beli dengan keadaan kotak masih berbalut dan ada sticker silver tu. Hah itu menanda kan produk ori dan belum terusik. Jangan beli kalau kotak produk tu kalau dah terbuka tau. 



Cream ni memang sepenuh botol tau.


Cream ni mudah meresap ke dalam kulit dan tak berminyak. 
Lembut je.

Apa yang best pasal produk keluaran daripada Tropika ni sebab produk mereka ni 100% organik dan bebas daripada bahan kimia & Steroid. Terutamanya baby yang bawah umur dibawah setahun, kalau boleh kita nak elak daripada terkena batuk, selsema kan? Jadi produk ni memang wajib kena guna sebab memang Tropika Herba Cream ni boleh mencegah bayi daripada terkena selesama dan batuk. Alhamdullilah setakat hari ni Muzaffar belum batuk & selsema walaupun hari tu dah ada tanda-tanda dia terhembus sikit cecair tau macam hingus tapi sekali tu je. Agaknya sebab hari tu pula mak abah liz selsema. 

Kalau secara tradisional bawang putih dan halia adalah tumbuhan yang bersifat anti bakteria, jadi Tropika Herba Cream sebagai altenatif rawatan untuk melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat, lelah dan membantu mengeluarkan kahak bayi. 

Fungsi & Kebaikkan Tropika Herba Cream :
* Tidak panas 
* Mudah meresap serta tak meleleh atau melekit bila kita sapu
* Berfungsi untuk mengurangkan masalah batuk & selsema 
* Membantu menghilangkan wheezing dan kahak bayi
* Sesuai untuk bayi yang ada kulit sensitif seperti ekzema, gigit nyamuk/serangga.
* Kandungan bahan yang 100% halal
* Kelulusan KKM


Lena tidur lepas guna set travel daripada Tropika Baby.


Bagi untuk stater kit mandian travel set ni ada 3 jenis wangian. Liz pula suka bau Lavender tu yang guna Lavender set. Ikut korang lah suka bau apa, suka tau cium kepala Muzaffar banyak-banyak kali sebab wangi dan rasa terapi minda untuk si ibu pula haha ~

Starter kit ni ada 200ml iaitu ada sabun dan minyak bayi. Ianya berfungsi:

* Sebagai pelembab supaya kulit bayi tak kering, gatal atau kemerahan
* Dapat melindungi bayi daripada kuman.
* Boleh digunakan sebagai syampoo rambut dan sabun badan.
* Minyak baby boleh digunakan sebagai minyak untuk gigitan nyamuk/serangga

Memang sangat compact la ciri-ciri yang memudahkan ibu bapa yang baru macam liz ni. Nak bawa 1 per 1 macam tak teringat. Jadi guna 1 travel set kit ni boleh guna untuk semua masalah yang kerap terjadi pada bayi. Kalau korang berminat nak beli juga atau nak tahu detail boleh usha-usha diorang dekat FB dan Website. Jangan risau lah, sebab produk ni mudah nak dijumpai, agent mereka pun ramai di seluruh negari.

Facebook: https://business.facebook.com/TropikaHQ
Website:  http://www.tropikabeauty.com.my
Instagram: https://www.instagram.com/tropikahq

Selamat Mencuba !!!
Older Post Home

3 comments:

  1. alhamdulilah :) happy dapat tau baby Muzaffar dah tak jaundice. betul lah tu Liz, kalau boleh untuk baby and budak elakan product yang ada chemical. i pun cuba sebaik mungkin bagi as natural as possible. :)

    ReplyDelete
  2. Memang dulu faruza pun pakaiintended niI..tu pun tau dri kakak,. Yang botol tu kena cuba tu..nampak cute

    ReplyDelete
  3. Bestnya kalau ada ni untuk coming baby next year

    ReplyDelete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK