PENGALAMAN BERSALIN DI PPUM | CARA DAFTAR Assalamualaikum semua 

Macam mana nak bersalin dekat PPUM? 

Hari Khamis baru ni alhamdullilah dah selesai sudah temu janji pertama untuk proses mendaftar diri untuk bersalin di PPUM. Kenapa liz dan suami pilih PPUM? Sebab hospital ni dah terbiasa dengan jejak kelahiran anak saudara Malan yang pertama lagi sampailah yang ketiga. Dah 3 orang anak kakak ipar lahir di PPUM, sebenarnya bersalin dekat mana-mana pun okay je, tapi untuk pengalaman pertama ni korang faham-faham jela kan.

Takut, nervous, macam-macam pengalaman liz dengar jadi takut. Jadi sumber paling terdekat ialah kakak ipar sendiri. Suami pun bagi 2 option ja, sama ada nak bersalin dekat Hospital Shah Alam atau dekat PPUM. Tempat yang lain-lain tu, terlalu mahal dan kami pilih untuk berjimat, lagi-lagi bila dengar sendiri pengalaman kawan yang asalnya dijangka bersalin normal kos dalam RM2500 tapi bila terpaksa Czer, kosnya dah mencecah RM5000 ++ itu belum termasuk kalau baby ditahan lagi kalau kena jaundice / kuning.  

PPUM ni pulak Semi Gov, jadi half-half gitu tidak lah mahal sangat macam hospital private yang lain. Mahal sikit dari hospital Gov tapi tidak lah mahal macam private. Hehe ~ macam gitu la cite nya. Kiranya yang sedang-sedang saja. 



Kaunter mula buka 7.30 tapi kami sampai hari tu dalam pukul 7.15 jadi dapat ambil nombor awal iaitu nombor P010. Ni dari sudut ruangan menunggu giliran. Lepas tu nanti bila nombor dah dipanggil pergi la masuk dekat kawasan wall hijau tu, ha kaunternya banyak kan? Jadi masa menunggu memang sekejap je dekat sini. Lepas dah selesai daftar, kita pergi la buat bayaran sekejap. Bayaran untuk deposit bukan dekat sini tau, tapi dekat kaunter lobi. Dekat kaunter ni terima untuk bayaran rawatan harian je, macam hari ni buat scan ke, buat check darah ke dan sebagainya. 




Kaunter ni memang lagi la tak sibuk nya. 
Haha, ambil nombor terus bayar, mungkin juga kami antara yang terawal.
Deposit dalam RM500 ke RM600 entahlah, suami yang bayarkan jadi tak berapa ingat, hehe ~ 

Selesai buat bayaran ni, pergi semula ke kaunter dalam klinik tadi untuk proses seterusnya, nanti kakak dekat kaunter pun bagilah kad rekod kesihatan PPUM untuk kita. Lepas tu kita bawa kad tu dengan borang-borang yang dah dikepit tu ke kaunter Stesen Jururawat 2. 


Kaunter Jururawat 2 ni ialah kaunter kawasan sebelah je, setiap kaunter kawasannya ada ruangan menunggu sendiri. Korang bawa kad tadi tu masuk semuanya ke dalam kotak pink yang tengah-tengah tu. Nampak tak? Yang dekat kepala abang butak tu hihi. Masa ni ialah proses untuk turn pergi test urine, minum air gula dan ambil darah. *Masa suami buatkan appointment hari tu, nurse ada tanya, isteri dah buat test air gula ke belum. Memandangkan liz tak diwajibkan buat dekat KK jadi PPUM wajibkan walaupun rekod liz okay je tetap nak kan kepastian juga. 


Rupanya bekas test urine dah ada dekat toilet, sebab kan tak tahu, liz pergi minta cup dekat kaunter, rupanya lorrr kat toilet dah ada sediakan siap. Then boleh pula tak nampak kaunter test urine dekat sebelah toilet, liz selamba pula bawa sampai ke kaunter depan. Hahaha ni part paling kelakar la. Padahal, keluar toilet, ada seketul kakak nurse dah tepi toilet belah kiri. Ni lah akibat bila jalan tak toleh kiri kanan. 


Siap test urine. Then tunggu turn untuk test tekanan darah pulak. Lepas siap test tekanan darah, nanti tunggu dekat kerusi purple tu untuk consultation dengan kakak nurse. Masa ni kakak nurse akan tentukan, apa next test yang kita patut buat sebelum jumpa dengan Doktor. 


Bila dah tahu test apa kena buat, nurse akan bagi borang dan terangkan kenapa kita kena buat sesuatu test tu. Liz share sikitlah ye apa yang liz kena buat, pertamanya ialah test air gula. Yang tu, rasanya dekat klinik KK pun ramai kena buat, liz je pelik liz terselamat untuk tak kena buat test tu. Hahahaha 

Jadi yang lain sikit dekat sini ialah, kena buat test group darah, berbeza dengan test darah yang biasa kita buat, group darah ni sekiranya kita berlaku bleeding yang banyak semasa bersalin. Jadi pihak hospital dah sediakan option darah yang sesuai untuk setiap pesakit. Supaya pesakit tak alami kegatalan, reddish atau alahan teruk sekiranya terima darah nanti. Benda ni kan kerap terjadi, kalau seseorang tu terima darah yang tak sesuai mesti jadi gatal-gatal badan. Macam test HIV ke, test yang lain-lain tak perlu buat, sebab nurse PPUM akan refer pada buku pink KK. Kalau dah ada catatan, dorang tak kan buat dah. 

Jadi yang kene buat ialah test Hepatitis B, test ni kena buat sebab kalau ibu ada Hepatitis B, baby kena bagi vaksin dulu sebelum kita bagi susu pada bayi. Kalau tidak nanti bayi berjangkit, hepatitis b ni kan penyakit yang boleh jangkit melalui darah, jadi kalau baby minum susu berjangkitlah dia. Sebab susu kita tu terhasil dari darah kita juga. Liz tak pasti dekat KK ada buat ke tidak test ni, sebab nurse takda bagitahu, jadi kena semak balik buku pink KK. Masa dekat KK hari tu sekali amik darah 1 tube je. Tapi dekat PPUM, 2 tube besar dan 1 tube kecil sebelum minum air gula. Untuk selepas minum air gula pula, kena ambil 2 tube darah pula. 1 kecil dan 1 besar. 


Ni dekat bilik minum air gula dan tunggu turn tunggu untuk ambil darah. 
Yang ambil darah ni ialah doktor sendiri. 

Sambil nak hilang cuak ambil darah, borak la dengan doktor ni tapi aku pandang tempat lain haha. Doktor cakap dia ambil darah patient ni sampai pukul 1 je, petang dia dah kena melawat wad bersalin. 


Selesai ambil darah untuk pertama kali dan minum gula. Sekarang ni tunggu turn untuk jumpa Doktor pula. Tunggu nak jumpa doktor pun tidak lah lama sangat sebab bilik nya banyak. Sambil tu, liz masih lagi kena berpuasa dan kena tunggu selama 2 jam untuk ambil darah kali kedua pula. Untuk semua yang tak pernah ada pengalaman, nak check gula dalam darah prosesnya memang macam ni. 2x tau amik darah, sebelum 1 kali dan selepas 1 kali selepas minum air gula.


Sekian! Selesai dah jumpa doktor untuk consultation dan check heartbeat baby kemudian cerita sikit history kesihatan family. Kemudian set appointment dan jumpa lagi 2 minggu untuk next appointment pula. 

#Notes sebelum datang sini, korang kena buat temu janji tau, suruh je suami atau siapa-siapa boleh wakil kan, ambil borang dan bawa sekali buku pink Klinik Kesihatan tu. Lepas tu nurse akan bagi tarikh appointment. 
TEMPAT SCAN BABY MURAH KELANA JAYA PJ | Assalamualaikum semua. 

Mencari tempat scan baby?

Pengalaman yang paling tak dapat dilupakan bila 3 kali dalam 1 hari keluar masuk bilik untuk pujuk baby kami supaya dia tunjuk muka dia. First time nak jadi ibu dan ayah ni memang banyak benda yang excited serba serbi. Sebenarnya kalau ikutkan suami liz, dia bukan suka sangat nak membazir buat benda-benda macam ni. Cukup buat scan detail, tahu keadaan baby sihat pun dah syukur Alhamdullilah tapi liz pula sejenis yang mudah terikut-ikut dengan kecanggihan teknologi. 

Nak bodek sesuatu kena ikut timing juga, memandangkan company dia boleh claim benda-benda macam ni. Jadi YAY, meloncat girang la dapat juga hajat ni nak tengok muka baby. Lagi-lagi sekarang ni baby asyik suka merayap dalam perut, kejap-kejap rasa kat hujung-hujung pinggang. Kejap-kejap rasa ada dekat tepi pusat. Kalau dia main sepak-sepak tu okay lagi, tapi bila dia buat gelombang tu. Adeh, mahu tergelak kegelian kadang-kadang. 



Tengok tu dia menguap. 
Tutup mulut, tutup telinga lagi! Tak nak dengar kami panggil dia la tu. Susah sangat nak suruh dia pandang ke depan, asyik dapat gambar dari sisi je.


Tengok tu dia tutup lagi separuh muka dia dengan tangan.

Liz buat scan dekat mana? Liz rasa ramai ibu bapak yang dah biasa dengar nama tempat scan ni, sebab setakat ke hari ni dia punya rekod dan feedback dari customer semuanya terbaik. Tempat yang liz pergi ni ialah dekat Sonovision Kelana Jaya, PJ



  
Facebook Page : https://www.facebook.com/SonovisionUltrasound/

Kalau korang nak tahu detail pasal tempat ni, sila ke page Facebook dorang yek. Supaya korang lebih faham dan memahami jenis-jenis scan yang diorang ni tawarkan. 

Kalau liz nak cerita jenis-jenis scan secara terperinci ni liz bukannya tahu sangat, untuk pemahaman sendiri je boleh lah. nak cerita detail sedetailnya tak pandai la pulak. Package yang liz buat dekat sini ialah package untuk 6D. Meaning, dari 3D,4D,5D @ HD & 6D. Memang puas hati lah, banyak giler scan boleh buat sekali gus dengan sekali bayar. 

Kalau korang nak murah, sila lah buat appointment secara online. Link appointment ada dekat FB page dorang, korang cari button BOOK NOW. Nanti keluar la bentuk seperti dibawah ni. 


Sila lah pilih, yang mana-mana korang berkenan. Tapi PLEASE alert, tak semua tempat ada 6D tau. Kalau booking online ni, korang dapat murah dari harga biasa. Jadi liz hari tu dapat harga RM150 huhu, kalau walk in harganya mahal lah sikit dalam Rm200++ macam tu. Apa yang best dekat sini bila dorang buat jaminan tak akan terima sebarang bayaran kalau tak berjaya tengok muka baby atau tak dapat detect jantina. Itu yang sampai 3 kali keluar masuk tu. Kali ketiga try, kalau tak dapat juga liz tak yah bayar pape pun. 

Kisah pasal baby ni pulak. Liz pun pelik kenapa degil sangat tak mo dengar apa mami dia cakap. Rupanya dia tak degil pun, ikutkan liz memang dah merajuk dah kalau tak nak tunjuk takpa lah. Masa week 21 22 dulu pula, masa nak tengok jantina pun tak mo kasi, nyorok-nyorok siap tutup dengan tangan kat dia nya tut-tut. 

Option terakhir ialah, bila liz pegang perut, cakap cina dengan dia. LOL!!! Anak aku tak faham Bahasan Melayu ke? Bertuah punya anak. Bermula lah sesi ketiga, pujuk dia guna bahasa cina, memandangkan doktor pun cina perempuan. Dengan doktor sekali la cakap cina dengan baby. Dalam beberapa minit je terus boleh tangkap gambar muka dia. YAY!!!



Tadaaa! Hi semua, muka tengah tidur. Masa liz datang sini, pagi-pagi liz da makan kenyang-kenyang. Masa dapat makanan dia aktif la, tapi bila dah dalam perjalanan tu, bila dah kenyang, apa lagi. Hurmm masa untuk tidur la kan baby? Itu yang dekat atas ada gambar menguap la bagai. 

Apa yang liz tahu lah, yang biasa dengar. Kalau nak buat scan ni dalam week 28 ke 30 macam tu week yang paling terbaik la. Muka dia dah cantik, kalau tengok guna spec untuk gambar 6D tu lagi cantik. Kulit dia nampak licin jernih je. Jadi silah lah ye ke sana kalau nak buat scan apa-apa. Scan detail pun ada dekat sana, cuma liz dah buat dekat klinik lain hari tu. 

Dia dah start berkerut pula. Tak suka la tu bising-bising.

Staff dekat sini pun best, semua friendly dan terangkan 1 per 1 setiap kedudukan bayi termasuklah air ketuban kita okay ke tak, jangan lebih jangan kurang. Lepas tu kedudukan tali pusat baby dekat mana, sebab risau boleh terbelit kalau tak berada dalam kedudukan yang betul. Masa liz buat scan ni, baby liz baru 1.5kg. Jadi kena makan lebih sikit supaya masa bersalin nanti sekurang-kurangnya baby dalam 2.5 ke 2.8 kg pun dah cantik dah untuk bersalin normal. 

Doa kan liz bersalin mudah ye semua. Amin3. Muax!



TOPPOKI MURAH & SEDAP IKUT TEKAK MELAYU | Assalamualaikum 

Selalu kalau review makanan mesti nak sebut pasal nama restaurant nya dulu kan, macam boring je. Jadi kita tukar la, kita highlight kan pasal makanan pulak. 

Liz bukan pandai sangat atau mengenal mana pun makanan yang pelik-pelik ni. Tapi bila dah sedap, macam rugi pula kalau tak bagitahu korang pasal makanan Korea yang ikut tekak melayu ni. Weh ingat senang ke tekak sambal belacan nak makan makanan yang pelik-pelik ni. Susah kan? 

Tapi yang ni serius weh Toppoki ni kalau korang makan tak nyesal punya, silap-silap boleh tak cukup!!!


Korang pernah tengok tak gambar makanan dekat atas ni? Liz selalu tengok dekat Runniman Show je selama ni tapi tak pernah tahu pun apa nama nya. Sumpah sedap korang! Benda yang panjang-panjang tu ialah rice cake. Tak sangka, sedap giler weh bila makan cicah dengan kuah ni. 


Sebab masing-masing macam pertama kali baru nak cuba makan, jadi liz dengan kawan liz pilih size small RM6.80 murah kan? Kalau tak sedap, tak habis makan pun, tidak lah membazir sangat nanti. Tapi ni, sampai kuah-nya licin habis!!! Kitorang tambah cheese RM1 jadi total RM7.80. Ada 3 jenis TOPPOKI ni, sebab kitorang jenis yang tak pandai sangat nak makan lagi. Jadi kita pilih original spicy tu. 

Ternyata sedap sangat!

Sebab lapar nasi tu yang order nasi. 

Yang ni, hurmm tolong la JANGAN ORDER sebab tak sedap. Ikan bilis tu, goreng dekat rumah boleh, kimci, then yang hujung tu ialah kacang panjang goreng. Hahaha~ kalau korang bawa nenek atau mak korang makan sikit, confirm kene hempuk dengan sudip bila diorang tengok menu ni. 

Nasi tu lah, macam gaulan nasi bersama sayur-sayuran, takda taste sangat. Nasi dia pula bulat-bulat tawar je. Jadinya liz rasa membazir pula order menu yang boleh masak sendiri dekat rumah tapi bila makan dekat kedai kena charge RM16 ++ Jadi kalau nak pilih, korang pilih macam rameen ke yang berkuah merah-merah tu, aku tengok orang makan laju je berselera tau. Makanan sendiri jadi slow pula nak telan.



Cara nak order kat sini ialah macam ni, meh nak ajor. 

1. Ambil buku order tu, kalau nak duduk, bawak buku tu sendiri kat meja. Diorang tak ambil order dekat meja yek. Sini semua self service. Kalau korang nak order dekat kaunter sambil berdiri pun boleh. Macam kami, gedik nak tenung buku menu lama-lama jadi kami angkut buku menu ke meja dulu untuk di tenung-tenung.


2. Buat bayaran di kaunter bersama buku menu tu tadi. Lepas order, sila buat bayaran terus yek dan dapatkan resit seperti di atas tu. Tengok nombor resit ye kawan-kawan. 


3. Mohon tengok di skrin pertama, di mana skin bahagian air. Nampak tak tu nombor 53, jadi kena la ambik air sendiri dekat kaunter air. 


4. Ambil makanan pula dekat kaunter belakang. Nombor 53, makanan dah siap! Amik sendiri okay. Then selamat menjamu selera ye kawan-kawan. 

Myeong Dong Restaurant ni dekat Setia City Mall, Level 1 kalau tak silap. Ala, kalau korang nampak Tea Live, nampak kiosk boost ke. Area-area situ lah. Sebaris dengan Auntie Aunt. tu. 

Tekak dah lulus makan Toppoki, lepas ni nak bawak husband datang sini pula. 


MENCEGAH DAKI KETIKA HAMIL | Apakah? Tiba-tiba tajuk kali ni macam tajuk blog bagi tips-tips pulak. Nak kata liz nak kongsi tips 100% tu tidak la macam tu. Cuma nak berkongsi dengan korang yang tengah mengandung sekarang ni kut-kutlah tengah menghadapi masalah yang sama macam liz tengah hadap sekarang. Jadi meh la kita kongsi-kongsi sikit cerita.

Korang perasan tak macam sekarang ni fenomena orang-orang mengandung? Korang perasan tak? Ke liz je yang tengah rasa benda ni. Tahu tak yang orang sekeliling liz, kawan-kawan uni liz, kawan-kawan Facebook, kawan-kawan dekat kampung. Eah macam perancangan keluarga hamil menghamil pula rasanya tahun ni. Kite ada buat janji eah nak baby sama-sama? 

Sebagai orang yang tak pernah ada pengalaman mengandung macam liz ni, banyak benda yang aneh-aneh terjadi dekat perubahan diri buat kita rasa cuak. Petama-tamanya liz sedar yang perut liz ada jalur di tengah-tengah perut. Weh jalur apakah ini, makin lama makin tebal pula tu, buat tak tahu je mula-mula sebab ingatkan daki biasa akibat malas mandi sejak mengandung ni. Hoho! Tapi semakin lama, jalur tu dari pusat hingga ke tengah-tengah tetek pulak. Opss, alah yang baca ni mak-mak je kan, ke ada suami-suami orang juga yang baca ni?

Mula lah kerisauan melanda, dan mulanya liz interview orang-orang yang tengah/dah pernah mengandung pasal simtom ni. Manatau, kut-kut liz sorang je yang berdaki tapi orang lain tak da pun macam ni semua. Sambil-sambil tu juga, google la info sikit cara hilangkan daki, tanya google betul ke orang mengandung ni berdaki. Macam-macam tajuk lah liz google sampai terjumpa pasal sabun Tanamera ni. Ramai yang bagi positif feedback. Jadi liz pun semakin yakin untuk cuba sendiri keberkesanannya menjadi ke tidak.


Alhamdullilah weh, habis sebuku liz guna memang berkesan sangat-sangat, segala celah mak nenek yang berlipat yang tengah membesar ni liz tenyeh dan gosok dengan sabun Tanamera ni. Harga nya tak la mahal sangat, RM18 sajo. Tahan sebulan liz pakai, mandi dua kali sehari, kalau korang mandi 4 kali sehari maybe boleh guna setengah bulan je la yek.

Sebelum 

Selepas

Tekstur sabun ni Nampak je licin, bila dah guna. Tadaaaaa ~ dia keluar kasar-kasar ni. Tu yang sedap sental tu. Dan bau dia, nyum nyum liz suka sebab bau akar kayu gitu. Nak kata bau rempah ratus karang korang bayangkan bau kari bau gulai ayam pulak. Tapi bestlah baunya bukan kuat sangat bau akar kayu nya, sikit-sikit je pun, macam bau beras bakar pun ada. Bau yang menenangkan liz bila mandi sebab semenjak mengandung ke budak dalam perut ni liz tak berapa suka mandi guna sabun yang bau nya wangi. Rasa loya tekak, rasa pening kepala dan rasa moody sepanjang hari. Tu belum termasuk syampu rambut, tukar seminggu sekali. #alahanbausangatteruk

Liz ada share dekat insta story pasal sabun ni, tak sangka pula ramai yang dm tanya beli dekat mana. Dalam masa yang sama, macam tak sangka “Ohh ramai juga yang mengandung tengah berdaki sekarang ni” Haha! Buat para suami semua, mohon faham ye, bukan kami ni yang tengah mengandung pemalas jaga badan, tapi ini semua kerana hormone mengandungkan anak si suami masing-masing. Jadi bagi suami mana yang tengah baca ni, tolong lah beli sabun ni kasi bini korang. First time hari tu liz beli sabun ni dekat baby fair, lepas tu dah tak tahu nak cari dekat mana, tanya kiosk-kiosk takda pula jual. Lepas tu pergi google website Tanamera. Tapi delivery dari Tanamera postagenya RM12 weh, bapok mahal nya. Jadi liz pun cuba lah nasib cari dekat Lazada. Hahaha memang ada lah seller yang jual Tanamera ni, apa yang takda dekat Lazada ni. Segala mak nenek dia ada jual punya lah.

Jimat tenaga, jimat minyak kereta, minyak tol. Klik-klik sampai dah boleh mandi. Huhu. Liz harap perkongsian review ni boleh lah meringankan kerunsingan korang yang tengah hadapi masalah sama macam liz ni. Kulit kita masa tengah hamil ni memang akan gelap dan kusam sikit dari biasa sebab baby kita serap zat-zat yang kita ada dari kita. Jadi banyak factor juga kita kena jaga, terutamanya permakananan. Semoga kita dan baby cukup khasiat dan zat.

Okay good luck to us mommy to be semua.

Ni ialah sabun kedua liz. 

Liz repeat order sebab sabun ni memang berkesan sangat-sangat, daki-daki yang degil tu luntur sedikit demi sedikit tau. Kulit pun lembut dan nampak la seri sikit, kalau tak mau nya semakin kusam dan gelap juga sebelum ni. 




AGAINST24 MALAYSIA PRODUK BABY BARU DI WATSON| Assamualaikum korang. 


 Danny Hoh, Customer Director of Watsons Malaysia, Caryn Loh, General Manager (Country Head) of Watsons Malaysia, Lee Joyce, Marketing Director of Against24
Tak sempat lagi nak share dengan korang pasal produk baby yang baru dikenalkan dekat event Watson yang liz pergi baru ni. Padahal dah 2 minggu lepas dah berlalu event ni, hoho buat pekasam la kejap. Baby pun tak keluar lagi jadi malas nak mengeledah sangat. 

Tiba-tiba malam ni rajin pula sorting barang-barang baby. Jadi teringin pula nak cuba salah satu daripada produk yang liz dapat hari tu. Ala mami guna sikit je, kalau habis kita beli la baru ye sayangku. 

Against24 ni ialah Top produk daripada Taiwan dan produk ni mengandungi SDC+ formula. Kiranya memang produk paling best untuk agent anti-bakterial. Rangkaian yang diperkalkan masa event hari tu ada dua jenis, yang pertama yang jenis itik ni dan kedua jenis yang panda tu. Haa kalau produk budak-budak ni memang kena ada gambar cute-mute baru la seronok sikit dorang nak mandi. Packaging pun mainkan peranan penting tau.


Rangkaian Againts Rubber Duck 


Rangkaian Power Panda 







Hari ni rasminya liz cuba hand wash dari Power Panda. Liz suka bau dia sebab memang bau baby la senang cita, kalau korang nak tahu detail macam mana setiap baunya ha baiklah korang singgah ke Watson dan cuba sendiri. 

Tak terlalu berbuih, memang sesuai untuk kulit si kecil kita sebenarnya berbanding guna produk mandian atau cucian yang banyak buih ni. Nak bilas pun senang tak payah nak beriya bilas membilas sebab sabun nya bukan jenis melekit dan melekat. 



Masa event hari tu liz sempat lagi main fishing-fishing itik dekat sini. First time weh macam jakun la juga, dasar tak pernah pergi main dekat funfair gini la jadinya bila dah besar. Nak jadi mak budak baru sibuk nak main. 



Selain main game tadi, liz dapat juga merasa design tote bag sendiri. Siap tepek itik lagi hah situ, kebanyakkan bloggers yang datang sini tulis nama anak diorang. Memandangkan anak sendiri tak keluar lagi jadi kita buat bag Mommy To Be la ye. 


Tak sampai hati nak makan! Comel sangat itik seketul atas ni.


Walaupun kabur tapi tetap nak tempek juga gambar dengan kak ayue ni.
 Lepas ni boleh tepek gambar dengan sama-sama dengan baby pula yek.

Selamat mencuba ye kalau korang nampak produk Against 24 ni dekat Watson! 
 Adiooos!!!