search

SHOPPING AMPAIAN BABY DI 11TH STREET

By | Leave a Comment
SHOPPING AMPAIAN BABY 11TH STREET | Assalamualaikum bakal ibu dan bapa!

Banyak nya barang baby nak kena beli kadang-kadang tak terlintas pun benda tu perlu beli. Liz ni beruntung la sebab berkawan dengan seorang kakak ni yang selalu nya sangat detail dalam semua perkara. Siapa follow liz dekat-dekat mesti tahu siapa yang liz maksudkan tu.

Kalau bukan kak ayue yang tanya, ampaian untuk baby dah beli ke tidak?? Memang tak terfikir la beli oitt! Kenapa kena beli? Sebab sebaikknya kita asingkan baju orang dewasa ni dengan baju budak-budak kecil yang bersih suci murni ni. Sebab si newborn ni belum biasa sangat terdedah dengan udara kat luar, atau pencemaran yang dah biasa kita lalui. Lagipun baju-baju dorang pakai nak kena bersih. Baju kita dah ke kerja balik kerja lain kotoran nya melekat. Jadi memang kalau nak basuh pun kena asingkan tak boleh masuk dalam 1 mesin. (I cakap pasal newborn baby tau) Walaupun si kecil ni kerja depa duduk rumah je, tapi baju kena tukar tak boleh pakai yang sama sehari semalam tau. Memang lah kita nampak "alaaa bukan kotor pun" Sarung tangan dengan sarung kaki pun liz beli untuk 7 hari, kiranya sempat lah nak tukar-tukar basuh. Tapi rasanya macam nak tambah lagi. 

Jadinya tengah usha-usha dekat website mana paling murah jual ampaian ni. Liz terjumpa dekat 11th Street. Kebetulan liz beli lepas orang beraya jadi tak berapa nak ada promotion. Kalau korang sejenis rajin usha harga nampak harga murah dari biasa sila lah beli cepat-cepat okay. 

3 Tier Clothes Hanging And Drying Rack




Klik atas kalau nak tengok macam mana kami received ampaian ni. Selamat membeli! 

FB PAGE
Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK