RAYA YANG LEPAS & RAYA TAHUN NI #RAYAPERTAMAKALISUAMIISTERI

5 Jul 2017

RAYA YANG LEPAS & RAYA TAHUN NI #RAYAPERTAMAKALISUAMIISTERI | Selamat Hari Raya Semua!

Selamat kembali bekerja ye kawan-kawan semua. Untunglah siapa yang masih dalam cuti beraya tu. Liz & Malan masing-masing cuti selama seminggu je, tapi sebenarnya hari Jumaat tu tiba-tiba liz tak pergi kerja. Tahla macam mana, tiba-tiba je tersedar dah sampai kat Pahang. (Aku syak ada orang bawa masuk aku dalam kereta time tengah tidur.)

Dengan tak semena-mena-nya, pagi-pagi kena wasap dengan budak ofis. "Woi mana tak datang kerja ke?" Bagitahu boss cepat sebelum boss tacim! Sebabkan tak datang hari Jumaat tu, liz terlepas nak dapet Ang Pau. 



Makanya bermulanya percutian Hari Raya kami Version I. Malam Khamis tu, liz balik ke Mentakab dulu rumah Mak Pak Mertua. Sebabnya tahun ni raya pertama dekat Kg Liz. Huhu dekat Lipis. Giliran nak beraya ni kami tak da main 1 2 ossom pun, liz pun tak request apa-apa. Sepatutnya dan selalunya kan, mesti raya pertama belah pihak suami. Kalau belah Malan pun liz ikut je. Takda masa aihh nak main gaduh-gaduh pasal balik raya. 

Tapi rezeki norrr dapat suami yang faham situasi bini dia, walaupun aku tak sempat pun nak buat karangan luahan hati kat dia suruh faham. Fahamnya dia, liz ni anak tunggal, lepas tu rumah Mak Ayah liz pula serba cacar merba sikit. Maksud liz bukanlah rumah tu tak sempurna ke apa, tapi dari segi persiapan tu dah tak sama macam dulu. Banyak kelengkapan untuk hari raya takda. Bukanlah maksud aku pikir nak tukar langsir, tukar kerusi, tukar meja. Tapi nya kuali besor nak buat rendang pun takda, periuk ini periuk itu. Banyak sangat harta pusaka Tok Wan dah punah masa kebakaran tu. Pinggan mangkuk gulai kaca pun takda yang berset-set. Sebab mak abah dengan Wan je duduk jadi barang-barang yang beli hari tu banyak keperluan asas untuk 3 orang guna je. 

Bila raya ni, Pakcik Makcik sepupu sepapat semua balik ke rumah. Mak liz anak sulung, tokwan pula memang boleh katanya sepanjang masa duduk dengan mak kat lipis tu. Jadi anak-anak dia yang lain mesti lah balik lipis kan.

Jadi malam raya sehari sebelum raya tu lah, lewat-lewat terpisat-pisat mata ni tahan ngantuk. Malan cari kan pinggan kaca set, mujur la jumpa yang murah dekat Cowboy, RM3.90 sekeping. Kiran okay la kan, nak amik 10 keping tak cukup yang ada 8 keping je. Jadilah! Kalau beli yang set dengan cawan bagai lagi mahal. #jimat-jimat

Macam-macam juga lah beli, untuk rumah sendiri takda apa pun, untuk kampung je lebih sikit. Balang kuih raya, gelas kaca yang buat angkat ke tetamu tu. Benda-benda basic untuk raya semua tu pergi beli serba sikit. 


Tabah laki aku pilih pinggan.


Selamat Hari Raya! 

OOTD Hari Raya pertama kami bersama 6 months baby dalam womb mummy. 
Warna tema ni, liz ikut jela suami pilihkan dia punya ikut suka nak warna apa. Walaupun ni warna hijau, kalau ikut sejarah warna kesukaan, hijau ni ialah warna paling tak suka. Tapi rasa macam cantik juga kan? Masih nampak kurus dan ramping. Raya tahun ni la, baru liz reti rajin sikit ke dapur. Kemas dapur buat ni buat tu masa single boleh je buat rileks buat peace.

"Anak mak dah berubah." Bertapa beryukur nya mak aku bila aku dah kahwin ni, anak dia pandai menyiang ikan dan pandai memasak.  



Masa kahwin pun outdoor sini, time raya pun posing sini juga la ye suami.

Kadang-kadang aku tacim juga dengan member yang suka datang posing kat sini, tapi tak datang jenguk aku kat rumah. Weh rumah kami kat bawah ni je, di tepi sungai tu. Tapi tu tahun lepas la sebelum rumah tu terbakar. Takpe, jangan sedih-sedih. Allah know the best untuk hambaNya.


Lepas siap makan pagi dekat rumah, kami jenguk ke tapak rumah lama. Mohon korang semua doakan yang rumah ni boleh siap secepatnya yek. Pasal nenek kami ni, dah tak sabar-sabar sangat nak balik ke rumah asal dia. 


Jiran-jiran yang datang beraya tahun ni sempat la aku curi ambil gambar dorang. Walaupun rumah yang kami duduk sekarang kecil berbanding dulu, tapi tetamu tak pernah putus datang beraya. Tahun ni, liz tak buat open house, tak ajak kawan-kawan datang rumah pun. Maaf korang, aku tak larat sebab tahun ni kan aku berbadan dua. Aku pun rindu dengan geng sekolah raya aku, tahun ni kita tak dapat nak bergambar dekat tangga rumah tokwan aku. Tapi bila korang call aku, wasap kata nak datang aku always ready je menghidangkan apa yang ada.


Sebab tahun ni kite tak raya sama-sama. Gigih tau aku semak FB story aku.

2017 
Raya kedua. 
Close House. Syue datang melawat aku yang gemuk.
Semoga tahun depan kita boleh berkumpul lagi ramai.


2016




Saudara mara yang datang.
Rindu nya rumah!

  



2015




2014


2013



Bila ada gambar ni, rasa rindu dekat rumah tu terubat la juga. Kadang-kadang ada masa tu, aku usaha nak recall suasana certain-certain sudut. Tak sama bila tak nampak di mata. Bila ada gambar ni, Allah lega sangat, tak yah penat aku nak bayangkan. Tengok je dah boleh senyum. 



Masa hari raya hari tu aku rasa macam banyak je nak cerita dekat blog, bila dah seminggu berlalu. Banyak ayat yang aku karang dalam kepala ni dah terlupa. 

Macam ni lah raya liz tahun ni, korang kalau yang tak suka bergambar tu, liz sarankan korang rajin-rajinkan lah bergambar bermula dari sekarang walaupun korang tak suka expose life korang dekat Public takpe, at least korang bergambar dan simpan la dekat FB/Email/ dekat mana-mana yang korang boleh access. Mujur liz ada banyak juga gambar yang liz share dekat FB tapi liz buat Private, untuk tatapan sendiri dan selected friends je tengok. 

Kalau gambar yang hard copy tu hilang, atau dah terbakar macam liz ni. Hurmm tak boleh buat apa lah. Hargai apa yang ada lah yek korang. Raya ni bukanlah sebab semata kita nak tayang baju raya kita, makan mewah kita, tapi lebih kepada eratkan silaturahim. Kalau kawan korang ke saudara mara korang kata nak datang beraya tu, alu-alu kan okay. Walaupun kau sekadar jamu dorang air kosong dengan lempeng tawar. Haha ~ Tak da apa nak segan eah, hulurkan apa yang the best korang ada. Orang boleh rasa keikhlasan kita. 

Besar lagi nilai Hari Raya dari korang sibuk nak risau dindin tak cat, perabot tak tukar la itu la ini lah. Kalau pun ada mulut yang laser, buat rileks je. Sebab itu kan hakikat. Kumpul la azam untuk perbaiki sebab mulut-mulut ni suatu semangat juga untuk kita lebih maju. 

Usaha tangga kerjayaan. 
Semoga setiap tahun, kita lebih bahagia dan lebih rapat sesama kita. 
Terimalah post pertama yang liz recap untuk tahun-tahun sebelumnya yang tak pernah pun aku post kat blog. 
(Makin tua, rasa macam makin cantik, Except for this year!) 
Sebab aku rasa aku gemok.




Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.