BIRTHDAY BOX ALTHEA TURNS 2

31 Jul 2017

BIRTHDAY BOX ALTHEA TURNS 2 | Assalamualaikum beautiful junkies. Yang check out post ni mesti yang geng-geng giler usah barang makeup. Betul tak?

Jadi meh la liz share dengan korang apa yang liz beli dengan menggunakan voucher hari jadi daripada Althea ni. Beruntung sangat diri ni rasanya sebab diberi peluang meraikan hari jadi Althea dari seawal usianya genap setahun dan tahun ni dah masuk tahun kedua. Cepat nya masa berlalu!


Gigih tau nak siapkan nombor dua tu. Bukan senang, dan memang bukan senang juga nak bersaing dengan korang semua yang join contest Althea Turns 2. Mana tau rezeki dapat pergi Korea, jadi mestilah kena usaha buat DIY kek guna box Althea ni sekreatif yang mungkin. 

Jom tengok barang makeup apa yang liz pilih kali ni. 


Dessert Time Lip Balm 
RM 20.00 


Witch's Pouch
Easy Drawing Gel Eyebrow 
RM24.00
Ni memang dah banyak kali liz beli tau, sebab suka sangat-sangat dengan tekstur nya. Kali ni liz beli 2 warna, 1 liz bagi dekat kawan liz sempena hadiah birthday dia, dan 1 lagi kod liz baru nak cuba. 

Too Cool For School 
RM14.00 
Paper oil ni memang dari zaman sekolah suka guna, cuma yela bukan jenama ni la. Zaman dulu beli dekat kedai biasa je. Sekarang ni seronok boleh cuba banyak jenis paper oil. Ofcoz lah untuk yang muka kuat berminyak tu kena standby benda ni. 

ABBAMART EYE LASH 
RM12.00 
ETUDE HOUSE DR. MASCARA 
RM20.00 
Kalau dah giler makeup tang mata, mesti ada je package-package mata untuk dipilih dengan harga berpatutan. Korang Mana nak dapat harga murah dengan packaging cute mute macam ni oitt!

SKIN FOOD CHOCO EYEBROW POWDER CAKE 
RM15.00
Code warna pilihan liz ialah Grey Khaki Black 


INNISFREE EYE SHADOW 
RM18.00

THE SAEM
RM15.00 
Liz pilih code pink


Dan ini pulak ialah sample! 
Banyak jugalah kan sample yang Althea ni bagi, setiap box akan dapat sample yang berlainan, jangan gaduh-gaduh yek kalau sample kite tak sama dengan awak punya. 

Sebagai penghargaan Althea yang baik hati sebab sudi sambut hari jadinya sama-sama dengan liz, jadi liz recap unboxing moment tu dalam bentuk video. 

Enjoy!
Selamat bershopping korang. 

1 comment

LEAVE COMMENT HERE.