search

RAMADHAN BUFFET MURAH DI SHAH ALAM D'KAYANGAN GRILL & BARBEQUE STEAMBOAT

By | 2 comments
RAMADHAN BUFFET MURAH DI SHAH ALAM 2017 D'KAYANGAN GRILL & BARBEQUE STEAMBOATSalam Ramadhan 2017 semuanya, tengah mencari buffet murah dekat area Shah Alam ke tu you alls? Elok sangat la baca entry liz sekarang ni. 

Sebenarnya kan, ni kali pertama liz datang makan dekat sini. Sebelum ni banyak kali juga duk wasap kak ayue tanya pasal harga la, pasal makanan la, pasal servis la semua okay ke tidak. Ternyata bila dah datang sendiri cuba, uhmpppp memang terbaik la. Bukan sebab boleh makan sedap dan banyak je tapi sebab suasana dan kemudahan nya juga selesa. 

Lagi-lagi bila berbuka waktu magrib ni mesti la nak rehat solat kejap kan? Tak yah risau yek, surau dalam kedai ni je. Korang nak makan ulang-ulang sampai pukul 12 malam pun tak pa. 


Okay kan letak gambar ni sebagai mukadimah gambar. 
Thank you yek abg kid kasi gambar ni.



Nak Grill boleh, nak buat steamboat pun boleh. 
Sesuai dengan nama diberi D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat.
Perapan daging dengan ayam dekat sini pun unik sebab dibuat sendiri oleh Chef bukan nya perapan yang dekat pasaraya tu yek korang.



Ramadhan menu yang utama setiap tahun tak sah kalau takda kambing panggang. Nyum-nyum! Disebabkan ramai sangat yang suka kambing panggang ni, sampaikan liz tak sempat nak ambil gambar kambing, baru duduk kat meja minum air time berbuka, masak-masak sikit kat meja, pergi tengok kambing dah tinggal tulang. Mujur kak ayue dah siap-siap ambil letak kat meja tau.

Dekat D'kayangan ni ada konsep gerai-gerai, contohnya ada gerai roti john, gerai roti jala, ada Cha Kueh Teow dan ayam berempah. Tapi ramai sangat orang beratur waktu ni, tenggelam mak buyung dibelakang terkapai-kapai.


Ni ialah antara menu utama yang dah siap masak, kut-kutlah korang tak sempat nak tunggu steamboat dan grill korang siap masak. Hamikkla dulu nasi kambing ke nasi putih dengan lauk-lauk dah siap masak dekat sini.


Kailan ikan masin.


Daging masak merah.


Ikan dori dengan air asam. 
Kecur liurr weh!


Nasi beriyani daging.


Berjenis mee ada, nak telur ayam ada, telur puyuh pun ada.
 Dekat hujung-hujung tu sayur-sayur pun banyak.


Aneka jenis sos yang dibuat sendiri oleh Chef Shanizam.


Part favorite untuk ibu-ibu mengandung.
 Ulang la banyak kali pun, memang puas sangat makan. 
Kek dan kuih-muih pun ada banyak sampai tak termakan punya la korang. D'Jamin KENYANG!


Banyak nya dessert! 
Terliur sangat tengok kek ni masa belum berbuka, bila dah berbuka hahahaha ~ tak muat nak sumbat dah!


Aneka jenis air, liz suka sirap bandung sini sebabnya KAWKAW


Ais krim pun banyak jenis. 
Nak ABC pun ada, takyah tanya memang ada kat sini.
 Gambar je takda pasalnya dah buloq sangat tak sempat nak amik gambar tunjuk kat korang.


Meja siapa lah nih hoiiii???
Takda ruang langsung dah untuk makan, kat mana nak makan ni. 
Hah sudah! Lagi 1 nak bagitahu, sini ada 2 jenis sup, iaitu sup ayam atau tomyam. 


Anak kita nak makan kak kan?
 Bukan kita sorang kan kan kan.
Ni yang korang nampak lah, time dah masak, phone dah simpan, pinggan dah bertingkat tu huhu ~ eah sape punya punya meja tu. Suggested place untuk korang yang nak datang makan ramai-ramai berbuka dengan keluarga, kawan-kawan sesuai sangat sini. 

Makan banyak, bayar 1 kali sahaja termasuk air termasuk la segala benda yang korang nak makan sini. 

Gambar pun dah banyak, cerita pun dah banyak kan. Mehlah kita buat kesimpulan untuk info Restaurant D'Kayangan ni pula. Info nya seperti dibawah you alls:

- Lebih 200 makanan setiap hari dihidangkan
- Kambing golek setiap hari
- Konsep 2 dalam 1 iaitu grill dan steamboat
- Pelbagai rempah ratus dalam menu
- Pelbagai hidangan laut
- Ruang parkir lebih 300 
- Ruang duduk yang luas dan selesa 
- Surau disediakan

Waktu operasi:
Isnin - Ahad: 5pm - 12 am
Harga Bulan Ramadhan:
Dewasa: RM44.90
Kanak-kanak: RM22.90 

Lokasi:
Sri Acappella Service Apartment
No.1 Jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13 Shah Alam, 
40100 Selangor Darul Ehsan.

Talian untuk dihubungi:

1. 012-297 1091
2. 017-627 4015
3. 03-5523 4979 

#helohelo 
#steamboatmurah







Newer Post Older Post Home

2 comments:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK