MAJLIS PERNIKAHAN LIYLIZ & MALAN

29 Jan 2017

MAJLIS PERNIKAHAN LIYLIZ & MALAN |  Assalamualaikum beautiful people, wish you all Happy Chines New Year!

Cuti raya cina ni memang liz dan suami tak kemana, eah dengan suami. Sebelum asyik tersasul duk sebut dengan Boyfren. Sebelum liz terima malan untuk kenal lebih dekat, untuk hubungan yang lebih serius, liz buat solat istikarah lebih kurang seminggu. Ramai kawan liz, takut buat solat istikarah sebab takut kalau jawapan tu bukan dengan pasangan mereka. Kenapa korang perlu takut, yang tahu sebaiknya untuk kita kan ialah pencipta kita iaitu Dia. Jadi selepas seminggu buat solat istikarah, liz terima untuk kenal lebih rapat, kira dah mula nak bercinta la tu. Percaya kata hati. 




Majlis pernikahan yang berlangsung pada 24 Dec 2016 selepas waktu solat Asar di rumah ayah ngah Taman Emas.

Beberapa jam sebelum rumah liz terbakar, ayah ngah ada bertanya sekali lagi pada liz betul ke liz nak buat akad nikah tu dekat rumah nenek. Liz memang yakin, nak juga buat dekat situ sebab rumah tu ialah tempat liz membesar, tempat liz lalui kehidupan susah senang dan tempat di mana banyak kisah sedih dilalui dan liz harap liz akan keluar dari rumah tu dengan status sebagai isteri dan melihat semua orang gembira masa majlis tu nanti. Harapan liz semoga ianya digantikan dengan banyak memori bahagia dan gembira. Dan semoga segala kisah duka yang terlalu lama dipendam digantikan dengan kisah bahagia yang baru. 




Tapi Allah Maha mengetahui, apa yang terbaik untuk hambaNya. Bila sekelip mata liz kehilangan sebuah rumah yang banyak memori zaman kanak-kanak sehingga remaja dan meningkat dewasa. Allah lenyap kan nya sekelip mata dalam 1 malam. Sepanjang kejadian, liz tak pernah menangis depan mak sebab liz tahu mak susah nak terima keadaan yang tiba-tiba ni. Setiap kali selepas subuh mesti mak menangis, malam-malam kadang-kadang mak mengigau. Liz tahu yang liz kena kuat depan mereka, dan masa ketika tu, kekuatan liz ialah Malan. Setiap malam, liz akan terjaga setiap jam 2 pagi. Jadi masa majlis ni, badan liz memang dah susut sangat, dahlah asalnya memang liz underweight. Bertambah-tambah kering nya. Takpe yang penting sihat.

Dan liz tak suka orang lihat liz seorang yang lemah, mudah terpengaruh dengan emosi. Dari kecil liz dah latih diri untuk berdikari dan berusaha, sebab liz percaya nasib seseorang itu hanya boleh berubah dengan usaha sendiri. Liz taknak orang tahu liz susah, liz tak nak orang tengok liz ada kehidupan yang sedih. Tapi hakikatnya ada ketika liz memang tak mampu nak sorok. 

Bila ada yang bertanya, liz tak trauma pun kan. Keluar dari rumah dengan keadaan melecur, dengan menghintung hari je nak nikah. Nak itu ini persiapan semua, liz tak sempat nak trauma. Liz cuma tak boleh duduk seorang diri, liz tak boleh kalau drive sorang-sorang sebab bila waktu sorang-sorang tu kesedihan tu pasti datang. Dan liz tahu liz kuat untuk hadapi dugaan ni.

Bila dengan kawan-kawan yang rapat dengan liz, liz tak boleh cerita pasal rumah. Sebak sangat rasa! Walaupun rumah tu kayu 100% tapi rumah tu tempat gather dengan kawan-kawan sekolah setiap tahun. Rumah tu tempat saudara mara, sepupu sepapat semua balik beraya. Setiap inci dalam rumah tu, setiap sudut, setiap perabot yang ada dalamnya semua sangat bernilai buat liz.

Sorry! I should tell you guys more about my wedding story bukan cerita sedih. fUhhh!




Dulang hantaran gubahan untuk Mas Kahwin dan cincin kedua belah pihak. 

Liz gubahkan, masa cari bunga ni pun kaki liz jalan tempang lagi, berherot lagi. Kadang-kadang rasa pedih dekat bawah tapak kaki. Design ni pula Malan yang request.

Sebenarnya liz sedih bila tengok hantaran, banyak perkara kami lakukan bersama-sama, tapi liz tahu Allah nak uji kami supaya lebih kuat untuk hadapi dugaan yang diberikan. Hantaran kedua belah pihak lebur dalam kebakaran, bila ingat semula sebelum ni Malan ada bagitahu untuk upah orang gubahkan. Tapi liz yang berkeras nak gubah sendiri dan gubahkan untuk pihaknya sekali, dan bila dah siap, hantaran tu lebur pun bersama-sama. 


Bersyukur yang liz masih diberi peluang untuk menjadi isteri kepada Malan.

Yay my first diamond ring, ada juga yang kata membazir beli mas putih dan diamond. Nanti dah pakai no value, tu lah korang tak tahu value tu specific untuk orang yang pakainya sahaja. Nanti jual tak laku, bila korang ada niat macam tu, meaning korang ada niat ke nak jual cincin kahwin korang? 

Tak baiklah korang ni.



Taniah suami, hanya sekali lafaz sahaja. 
Terima lah hadiah pertama dari isteri mu ini.

Terima kasih banyak selesaikan segala kesulitan urusan untuk kita bernikah, masa liz tak sihat lagi, Malan banyak korbankan masa dia untuk ke makhamah angkat sumpah, uruskan banyak dokumen yang dah terbakar. Sedangkan liz sendiri rasa dah hampir give up. Tapi Malan masih lagi kuat semangat dia, mana nak uruskan project yang dia handle lagi. Sampaikan ada meeting yang dia tak dapat pergi sebab ambil cuti beberapa hari teman liz dekat Lipis. 


 Yay dah kahwin.Tengah fikir apa tu cik abe. 

Kain songket ni liz beli di Gulatis, lebih murah berbanding di kedai lain. Dan tukang jahit songket liz pula di Temerloh, liz tahu nak cari tukang jahit songket memang susah, sebab liz sendiri masa survey di KL jahit sahaja RM400 untuk baju perempuan, jadi kebetulan liz jumpa tukang jahit di Temerloh yang sangat cantik hasilnya. Jadi liz harap semoga bakal pengantin yang sedang mencari tukang jahit songket area Temerloh / Pahang boleh tempah dengan kak siti. Bukan paid review, liz review ikhlas sebab tahu susah nak cari tukang jahit songket yang terima tempahan jahitan murah. Semoga detail liz kongsikan dapat membantu. Kain sampin Malan pula mestilah kena match dengan songket liz. Baru la geng, tambahan songket sikit dekat leher Malan. Memang nak custom made macam ni, dan ramai juga la cakap liz punya baju macam nak buat sanding. Sebab liz nak simpan kain songket, tahan lama dan boleh diwarisi hehe ~ berbanding kain lain. Why songket? Songket kan nilai yang tak lapuk dek zaman. Tapi apa-apa pun majlis korang, buat apa korang suka jangan fikir apa orang kata.

Siapa yang suka makeup natural macam liz ni, boleh la helo-helo Mag Fong. Detail dekat bawah tu nanti tau.

Terima kasih kepada semua yang datang masa majlis ni. Bridesmaid liz yang baik hati, dengar cakap pengantin, tolong pengantin itu ini. Memandangkan liz takda adik beradik, jadi kawan-kawan ni yang jenis no hard feeling, bukan kaki selfie, bukan kaki self-fish. Dan sangat hard working pastikan semua perfect! Kuat mengomen juga dorang ni, apa yang okay dan apa yang tak okay.

Tahu lah aza tak sama batch 92, pattern kain dengan warna shawl pun lain dari bridesmaid lain. Haha ~ Nak promote sikit, single lagi tu, siapa minat boleh komen dekat bawah. 

Syukur alhamdullilah, majlis sederhana tapi meriah. 
Tapi kepenatan tu masih belum terasa sehingga ke malam persalinan.
Next cerita majlis malam persalinan pula okay.

Photographer : Takeo Eicharie (FB) Ayie Photographer 
Pelamin : Rona Sari Bunga Pengantin (FB)
Makeup : Mag Fong (FB)
Taylor Nikah liz : CT Sutera Collection, Siti Asraf Hj Arshad (FB)






2 comments

  1. Cantik sgt Liz. Tahniah for both of us.. Keep moving forward. Tak yah kenang dah benda yang jadi hari tu. Xoxo

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.