search

MAJLIS MALAM BERINAI TEMA BAJU OPAH

By | 1 comment
MAJLIS MALAM BERINAI TEMA BAJU OPAH | Assalamualaikum semua. Masanya untuk becerita perihal malam berinai.

Bermulanya malam berinai pada Jumaat lepas 23 Nov 2016 bertempat di rumah Ayah Ngah di Taman Emas, syukur alhamdullilah meriah dan sama macam yang liz impikan. Liz nak berinai sambil lepak dengan kawan-kawan sambil buli dorang buat door gift dan juga goodies bag. Masa ni la nak gosip semua pun, jeng-jeng.

Package pelamin liz tempah dengan Rona Sari Butik Pengantin Raub, ramai sangat puji pelamin nikah liz cantik. Seriously, sebiji macam yang liz nak Kak Naima buatkan. Harga juga berpatutan, liz dah booked Kak Naima ni lebih kurang 6 bulan awal tau. Alhamdullilah untuk bahagian pelamin, baju pernikahan, sanding dan bertandang tidak terjejas sebab semuanya masih di bridal. Jadi liz teruskan dengan package yang asal cuma lokasi berubah. 



Mula berinai selepas solat magrib, selesai makeup semua dalam pukul 8.15 malam.


Bertemakan malam berinai baju opah atau baju kurung kedah, semua orang wajib kena pakai baju opah dan berkain batik! Memang lucu lah tengok kawan-kawan liz datang berkain batik. Jalan kepit masing-masing hahah ~ Tapi memang masing-masing dalam nya ada pakai seluar tide panjang la. Mahu terlucut nanti! 

Liz booking Henna dengan Maieza Mohd Yatim (FB) atau di @maieza_pengukir_inai (Instagram). Khususnya buat korang di area Kuala Lipis, Raub & Bentong masih mencari pelukis Henna boleh Hello-hello adik Maieza ni. Lukisan terbaik! 



Cantik tak? Siap berinai dekat pukul 1AM tau. Sambil tunggu kering ni, tengok kawan-kawan lain berinai sama. By the way, dekat hidung tu bukan merah sebab inai tau, itu cahaya inai je tau bukan mental lagi nak pakai inai kat hidung haha. 

Bayangkan Maieza mula kan henna liz pada pukul 8 malam, liz pun tak sempat makan sebab terlalu excited nak pakai Henna tau. Untuk kawan-kawan liz pula, setiap 1 tangan kosnya ialah RM5 - RM10 mengikut corak. Tabung Henna ni dah lama juga liz kumpul tau, kalau korang ada berniat untuk buat malam berinai ni, liz sarankan pegantin yang sponsor pada kawan-kawan untuk berhenna ni. Dulu liz ada juga fikir-fikir yang liz rasa liz nak buat sorang je la tak perlu kawan-kawan tapi rasa sunyi pula kalau takda kawan-kawan teman. Jadi liz pun text beberapa kawan liz yang datang jenguk masa liz sakit hari tu dengan cara belanja mereka berhenna. 



Jom mula. 
Liz pilih design ni sebab liz suka ala-ala dream catcher design
Cuma tak letak bulu ayam je, sebab segan pula esok salam tangan dengan mak mertua nampak tangan menantu dia ada bulu ayam. 
Hahaha ~ the crazy part of me yang kena sorok sikit. 



Bila dah siap lukisan henna di bahagian atas tangan kita akan buat henna di bahagian tapak tangan pula. Sambil tu yang lain-lain boleh tengok katelog pilih nak design mana 1. 


Dah siap bahagian tapak tangan, kita kena main celup-celup pula. Tips liz untuk mereka yang nak jimat kos, apakata korang beli yang inai celup ni, boleh kongsi pakai ramai-ramai. Boleh beli dekat Instagram kan banyak jual sekarang ni dah boleh jimat disitu. 

Memang lah seronok tau berhenna ni sambil gosip-gosip, hakikatnya penat tau nak tunggu benda ni kering. Kalau buat sorang-sorang memang boleh stress jenuh nunggu. 



The best part, bila dapat mingle around macam ni ramai-ramai. Memang penat tapi siapa yang biasa join gotong royong tolong pengantin & korang akan rasa bernilai sangat saat macam ni. Yang hujung tu kuat ngat gosip sampai kene cubit dengan kaklong suruh tangan bergerak buat kerja haha ~




Tiba masanya buat di kaki pula. 



Rasa macam princess sangat!


Terima kasih kepada siapa yang bagi liz hadiah kain batik warna pink ni, liz tak tahu siapa gerangannya tapi masa liz buka balutan surat khabar tu liz happy sangat ada kain batik warna pink ni. 

Masa ni semua kawan-kawan dah siap berhenna, tiba-tiba baru perasan bahagian belakang kaki liz tak siap lagi. Dengan sepantas kilat liz angkat kaki macam tu supaya memudahkan tukan buat henna ni selesai kan cepat. 

Ingatkan semua pengantin nak buat henna kena macam ni, rupanya Maeiza kata, Kak Liz yang pertama angkat kaki macam ni. Hahaha ~ Seksa weh buat henna jadi pengantin ni. Selalunya Maieza akan ke belakang kaki pengantin, haha tak perlu sampai angkat kaki. Tapi masa ni buntut liz dah berat giler, malas dah weh nak bangun. Hayung kaki ke atas saja lah!



Kawan sekolah yang turut hadir masa malam berinai. Syikin, Jiey dan Tasha. Terima kasih datang teman tau berinai malam-malam buta ni, kesian korang esok nak kerja kena berjaga lewat. 




Thank you Jiey & Tasha tolong ambilkan gambar banyak. Tapi cahaya terlalu kuat dekat rumah. Haha ~ sorry korang. 


Sambil berhenna ni, liz tempah satey dan nasi impit dengan kawan sekolah liz sendiri, dia ada buat business Satey Kuala Lipis jadi takda tetamu kering gusi tak makan tak minum sambil buat kerja dan bergosip. 











Thank you Kaklong, ME, Ngah & Nad 
sebab datang dan selalu update dengan liz di wasap. 


We all done!
Tangan liz yang masih ada kesan melecur. 
Selamba je la buat henna tapi tak kacau kawasan luka tu sebab takut alergik dengan bahan henna. 

Visit instagram mereka: 

Makeup : @suriatizaimi
Henna : @maieza_pengukir_inai
Pelamin : @ronapengantinbungasari
Tempahan Satey Kuala Lipis : 019962 0537 


Newer Post Older Post Home

1 comment:

  1. Alololooo.. Comel je! I is macam tak zabarrrr pulak.. pekat betul warna inai dia. Anyway, tahniah liz.

    ReplyDelete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK