search

Top-ads

TUTORIAL IKATAN TALI "TIE THE KNOT"

By | 5 comments
TUTORIAL IKATAN TALI "TIE THE KNOT" | Assalamualaikum 

Banyak minggu dah rasanya liz tak update blog, benda banyak nak kongsi dengan korang tapi bila buka laptop mesti buka running man. Bila dah tengok running man, korang faham-faham la kan gelak dan ralit nya macam mana. 

Sabtu yang lepas liz ada buat sesi photo-shoot Pre-Wed/Save The Date dekat Shah Alam. Ada benda tak best pasal photographer tersebut nanti liz kongsi dengan korang supaya korang tak jadi macam kitorang. Baru niat di hati liz nak tolong promote business dia, memandangkan service dia yang haishh menghampakan sikit tu, terbantut niat liz nak tolong promote.  


Edit sendiri.

Senang giler nak buat benda ni, liz dapat idea nak buat tali ni bila liz tengok dekat google. Kalau korang type We Tied The Knot photo mesti banyak keluar gambar pengantin posing dengan gambar tali macam ni. Liz dapat idea nak buat macam ni masa liz Google "Creative Pose For Save The Date" photos. 

Sangat-sangat membantu untuk kami-kami yang tak reti pose ni, kalau abam photographer tu asyik suruh liz tongkat dagu, adeh la liz tak suka betul posing ala-ala ayu sangat tu.  Tapi part tu okay lagi, lagipun liz dah prepare banyak pose untuk tiru. Just yang tak best tu .. hurmmm ~

Jadi liz ada banyak giler gambar candid yang cantik dan comel! Okay puji tang sini je, tapi bila tengok elok-elok sakit hati sebab outfit Malan ada sesuatu yang tak kena tapi photographer tak tegur. Seriously sakit hati sikit di situ dimana kalau dia tegur pasal outfit tu tak luak pun bayaran yang dibayar tu. Hurmmmm ~ penat dah nak ngeluh you alls. Sebab 200 ratus gambar cuma ada beberapa yang elok. Sayang sangat, sebab gambar abang tu ambil semua cantik, dan kawan yang tanya liz pun, memang liz boleh rekomenkan tapi hati-hati dengan outfit masing-masing ye.

Meh sambung tengok tutorial ni.




Buat bulat-bulat macam ni, ikutlah besar mana korang nak. 


Lepas tu korang silang kan je. Pernah main getah silang-silang tu tak? Tadi kan bentuk bulat, 1 tangan pegang kanan, 1 tangan pegang kiri. Then kanan pusing ke bawah atau kiri pusing ke bawah. Siap!


Then ikat tali dekat tengah agak kemas dah boleh guna untuk buat props untuk bergambar. 

Selamat mencuba!

 
Newer Post Older Post Home

5 comments:

  1. alahai kesiannya..kenapa photographer tu..eee geram pulak dengar die buat dekat adik kita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar cantik kak, just part outfit bnyk gmbr tak jadi, so liz kena crop, or maybe tak boleh pos langsung. takpe pengalaman tu be more alert.

      Delete
  2. klu nak repeat shoot lagi sekali ble contact sy.sy bagi percuma :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. nk pegang tgn tak leh nnt kne kencam netizen haha pegang ikatan tali jaa mampu dulu

      Delete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK