REVIEW: BOURJOIS ROUGE EDITION SOUFFLE DE VELVET

3 Oct 2016

REVIEW: BOURJOIS ROUGE EDITION SOUFFLE DE VELVET | Assalamualaikum Internet Family.

Rindu-nya liz dekat korang semua, 2 minggu tak menaip dekat sini tiba-tiba je dah masuk bulan October 2016. Cepatnya masa berlalu kan, dikesempatan ni liz nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Awal Muharram buat semua umat Islam. 

Bulan baru ni, mestilah ada barang makeup baru juga yang nak kena cuba kan girls. Perempuan memang perlu benda-benda baru ni setiap bulan barulah tak moody sepanjang zaman. Jadi sempena awal bulan October ni, gaji masuk, makan cukup, cuti pun cukup, makeup pun kena lah cukup juga. Terima kasih banyak-banyak kepada Bourjois dan Butterfly Team sebab hadiahkan liz seketul senyuman di bibir liz sepanjang bulan baru ni. Memang suka sangat lipstick ni, kenapa liz suka? Hahh korang kena sambung baca dekat bawah ni:


Rona merah dan silver must be a good match kan?
Ada 1 mood dimana bila outfit nak kena match dengan warna makeup. 
Must be awesome and fun!


Code yang liz guna : 07 Plum Plum Pidou

Warna ni sesuai untuk semua jenis kulit dan bibir. Terutamanya siapa yang bibir kering tu sesuai pakai lipstick ni sebab dia punya tekstur tu melembap. Dan dia berikan bibir kita ni up to 10 hour kekal dan lembab tapi kita muslim ni agak-agaklah nak kekal 10 hours pun, nak solat Zohor tu remove kan. Up to 4 - 5 hours pun okay dah kan. 


Kalau korang nak tahu, Bourjois Souffle De Velvet ni ialah sejenis Mat En Transparence Sheer Matte. Macam lutsinar gitu lah. Kalau korang sejenis yang nak jenis matte tapi tak nak pekat sangat boleh cuba Bourjois Souffle De Velvet ni. Sapuan pertama nipis je, kadang-kadang macam tak pakai lipstick tapi bibir merah-merah gitu.  Kalau nak pekat sikit lagi tambah lah 1 lagi layer. 


See cantik tak Bourjois Rouge Edition tu dekat bibir liz. Muah ciked!
Okay kalau korang nak cuba boleh cari dekat Watson, Watson jauh dari rumah? Alaa korang online je dekat Watson sekarang ni kan boleh beli online je. Hujung jari saja ma..  

Harga Asal: RM45.90 
Promotion Watson: RM42.80

Sampai bila promotion tu liz tak pasti tau.
Senyum 1 kali lagi. See you guys in next post. 



2 comments

  1. Hi Internet family.. hehehehee.. So far pika pun suka pakai Bourjois ni.. selesa je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha yea internet family yg x pnh jmp tp pika ni jgn kata jumpa siap sebilik pn pnh. Haha

      Delete

LEAVE COMMENT HERE.