MEGA WEDDING MALAYSIA PACKAGE PERKAHWINAN BERAMAI-RAMAI

24 Oct 2016

MEGA WEDDING MALAYSIA PACKAGE PERKAHWINAN BERAMAI-RAMAI | Assalamualaikum semua. 

Impian untuk mempunyai majlis perkhawinan ala artis atau selebriti buat 13 pasangan pengantin telah berjaya direalisasikan pada 22 haribulan October 2016, Sabtu yang lalu. Taniah dan selamat pengantin baru kepada semua ya, liz rasa bertuah sangat diberi jemputan VIP untuk ke majlis yang penuh bersejarah tu. Bayangkan lah dalam 1 masa je liz dapat tengok 13 pasangan terus diijabkabulkan dan bersanding. Memang terbaik!

Mereka ni telah diijabkabulkan di Masjid Putra, Putrajaya dan kemudianya dibawa menaikki cruise dari Tasik Putrajaya ke Marina Hotel untuk majlis persandingan. Memang semua tetamu ternanti-nanti bila la kapal cruise ni nak sampai kan, sebab semua ahli keluarga dan jemputan yang lain tak sabar nak tengok para pengantin. Suasana ketika tu memang sangat-sangat meriah korang. Bayangkan lah bila kapal cruise dah hampir tiba, semua orang mengelilingi jeti dan berkumpul punya lah tak sabar nak tengok pengantin pertama yang keluar dari kapal cruise tu.

Inilah dia 5 orang blogger yang dijemput pada majlis perkahwinan beramai-ramai tu. 


Inilah dia antara 13 pasangan yang dinikahkan pada 22 October yang lepas. 


Inilah dia pelamin untuk 13 pasangan tu, pengantin akan bersanding mengikut giliran. Maksudnya 7 pengantin pertama, dan 7 lagi pengantin bersanding kemudian. Dari KL Wedding Ministry untuk tatarias pelamin mega ni.

Menu catering kami daripada Mahligai Catering Sdn Bhd. Memang sedap lauk dia, liz paling suka gulai daging tu, Ya Allah lembutnya daging dia. 



Ada Photobooth lagi tau, berdiri dan posing terus keluar sekeping gambar untuk korang. Dari MyPhotoBooth.


Ni pula Candy Buffet dari Hunny Creation Event, sebenarnya ada banyak lagi tapi ini je yang sempat liz tangkap gambar sebab yang lain semua dah habis. Corner jajan, gula-gula macam ni memang menjadi tumpuan buat kanak-kanak.


Ni corner yang orang-orang dewasa suka. Coffe Corner, kalau korang nak tahu Coffe Corner dari Faizal Azzuri ni bukan calang-calang coffe tau, coffe ni ialah coffe yang dibekalkan untuk para peserta gegar veganza tau. Untung rasanya dapat rasa coffee dari Encik Faizal ni. Memang sedap katanya si Fiq, sebab tangan dia la tu yang menghadang frame Coffee Corner. 


Ni pula Goodies yang kami dapat, cookies tu seriously sedap giler. Tak manis sangat dan coklat chipnya terasa tau banyak. Goodies ni daripada KayGift dan Mega Wedding

Sekiranya korang berminat nak tanya package perkahwinan beramai-ramai ni korang boleh hubungi talian di bawah ni:

- H/P: 012-3871775 , 018-9853313

Atau ke Alamat:

Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd
No. 5-1 Jalan SInga J 20/J, Seksyen 20,
40000 Shah Alam, Selangor.

Liz nak ucapkan taniah kepada MEGA WEDDING MALAYSIA kerana telah berjaya melaksankan tema perkahwinan Taman Di Tepi Tasik di Marina Putrajaya. Buat makluman semua, kos perkahwinan yang ekclusive ni hanya dibayar RM6000.00 sahaja oleh setiap pasangan pengantin. Package ni memang sangat murah buat mereka kurang mampu tapi ingin merasai suasana perkahwinan yang mewah macam ni. Datang naik cruise lagi okay. Di sebalik sesuatu majlis tu mestilah ada penganjur kan, kalau korang nak tahu penganjur untuk majlis ni ialah dari Qistina Avenue Events Management dan Mahligai Impian Wedding & juga kerjasama dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI Putrajaya. 


Youtube Video yang liz buat tak seberapa ni jemputlah tengok ye:








3 comments

LEAVE COMMENT HERE.