search

Top-ads

MAXI DRESS DAN CLASSIC CARDIGAN

By | Leave a Comment
MAXI DRESS DAN CLASSIC CARDIGAN  | Assalamualaikum Internet Family! 






OOTD untuk majlis kahwin beramai-ramai di Putrajaya semalam. Kain ni abah beli dekat Indonesia, jadi corak dia memang klasik sikit. Corak batik yang tidak terlalu sarat dengan ukiran batik. 

Liz memang tak boleh lari daripada warna perang, nudes, coklat atau warna-warna tanah. Its has become my favorite color for a very long time till today. Baju ni dijahit di CT SUTERA COLLETION Temerloh. Tempat Kak Siti ni dah menjadi tempat liz paling suka hantar baju sekarang ni. 

Liz cuma bagi gambaran dan idea design baju yang liz nak, Kak Siti akan tolong lukiskan. Dan itulah hasilnya seperti yang liz nak, dalamnya liz buat maxi tanpa lengan. Dan sarungkan dengan cardigan yang ada printed kain maxi di bahagian lengan dan juga bawahan baju cardigan. Kenapa boleh terfikir idea nak buat klasik cardigan singkat macam tu ialah sebab liz tak nak pakai baju corak yang sama dari ada ke bawah. Its too bored kan?

Di bahagian lengan pula liz buat kelainan sikit dari kebiasaan yang liz pakai, liz mintak Kak Siti kembangkan sikit lengan tu supaya nampak loose dekat bahagian lengan. Sebab masa sekolah dulu liz selalu tengok teacher liz dia pakai baju kurung Pahang yang lengan nya sentiasa dikembangkan, itu yang ambil idea tu sikit buat dekat cardigan tu. Straight cut cardigan dah terlalu biasa kan? Hehe ~

Kalau korang yang di sekitar bahagian Temerloh nak hantar baju boleh ke kedai CT Suterea Collection di bandar baru Temerloh ye. Boleh hubungi Kak Siti:

Tel: 013-921 1213
Tel: 014-806 5979

Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK