EVENT: SERAMAI 1500 PERSERTA LARIAN BE MY REASON SHOKUBUTSU

20 Oct 2016

EVENT: SERAMAI 1500 PERSERTA LARIAN BE MY REASON SHOKUBUTSU | Assalamualaikum semua. 

Akhirnya berjaya juga liz luangkan masa untuk kongsikan dengan korang pasal event ni. Sangat best! Semua kawan-kawan liz pun cakap ni lah larian yang paling best berbanding larian lain yang pernah diorang join sebelum ni. Be My Reason Shower Run dari Shokubutsu ni merupakan program yang diadakan untuk memberi sokongan terhadap kempen pemeriksaan sendiri payu dara ketika mandi. Sebenarnya kan, bulan kesedaran ni sangat bagus bagi mereka yang kurang ilmu mengenai penyakit ni. Ramai sangat yang tak ambil berat pasal langkah mencegah kanser ni. Jangan kata orang, liz sendiri pun sama.

Jadi tolong ye kawan-kawan semua, setiap bulan selepas datang haid, korang periksa sendiri dengan cara urutan payudara ketika mandi. (Please google cara urutan tersebut) Tak sampai 10 minit pun korang, urutan tu sebenarnya nak pastikan yang payudara kita bebas dari apa saja ketulan. Kalau ada ketulan tu korang boleh segera pergi ke hospital untuk pemeriksaan awal. Kadang-kadang tak sedar ketulan tu dah besar di payudara sebab tanda-tanda kanser ni tak da rasa sakit mana-mana. Sedar-sedar dah tahap 3, tahap 4. Itu antara sedikit input yang liz dengar semasa perhimpunan hari tu selepas acara larian selesai.




We did it girls! Bukan girls jela, tengok yang belakang tu, abang-abang pun turut bagi sokongan sama Be My Reason Shower Run ni. 
Yang hujung tu tinggi betul bajet macam juara olimpik betui tu.


Seawal 630 pagi kami semua berkumpul dan warming up dulu sebelum mulakan larian ni tau. Dan seperti di jadualkan juga 730 pagi kami semua mula berlari. Organizer Shokubutsu ni memang bagus la, tepati masa sama macam dalam aturcara. Taniah Shokubutsu team!






Beto dan isterinya pun join juga tau.


Romantiknya diorang! Kan bagus kalau semua pasangan dalam dunia ni macam ni. Kan? Okay berangan ~~~


Seronok kan Shower Run ni? Pertama kali diadakan di Malaysia secara besar-besaran tau. 


Cek bernilai RM25,000 diserahlan kepada Persatuan Kebangsaan Malaysia (NCSM) di acara ini adalah sumbangan dan sokongan untuk mereka dalam meneruskan misi untuk terus mendidik masyarakat tentang Pengesanan Awal Kanser Payudara.



Demo pemeriksaan juga di lakukan, bila liz tengok depan-depan macam ni baru faham. Korang kalau tak faham boleh tengok dekat Youtube, banyak step-step urutan pemeriksaan pengesanan awal ni.



Wefies 1 kali selepas berlari tadi, kitorang ni sambung join Zumba pula. Muka ada seri tak? Natural oil dar muka sebab tu korang nampak tak Nur(cahaya) di muka sorang-sorang ni? Masa ni tengah tunggu turn lucky draw dan pertandingan pakaian paling kreatif dengan peralatan mandian. 




Taniah Aza dapat lucky draw, tak sia-sia la kita tunggu kan?


Ini pula barang yang kami semua dapat selepas habis larian Be My Reason Shower Run Shokubutsu. Memang berbaloi korang kalau join larian ni, jadi tahun depan kalau ada lagi jangan lupa join ye. Korang bayar fee penyertaan RM50.00 bukan dapat lari dapat seronok-seronok je, dapat baju, dapat medal, dapat bekalan sabun 1 bulan ke 2 bulan ni rasanya kalau orang single macam liz ni memang lambatlah habis barang-barang. 

Dan setiap RM10 daripada tiket korang bayar tu akan masukkan ke tabung NCSM dan setiap RM0.10 daripada belian barangan Shokubutsu di pasaraya akan disumbangkan juga ke tabung tersebut. Jadi korang jom la membeli sambil menderma. 



Tema berinspirasi kan tema mandian ni memang sangat menyeronokkan, sambil lari dihujani dengan buih-buih serta pancuran air masa nak akhiri penghujung larian tu. Memang kena sangat konsep tentang kesedaran pemeriksaan payudara ketika mandi ni. Taniah semua sebanyak 5KM berjaya lari!


Bye you all! See you guys in the next post. InsyAllah. 

Untuk maklumat lanjut : https://www.facebook.com/ShokubutsuMalaysia


Jemputlah tengok video ringkas dan tak seberapa ni ye. 

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.