7 HARI CABARAN BERSAMA DUTCH LADY PURE FARM

5 Oct 2016

7 HARI CABARAN BERSAMA DUTCH LADY PURE FARM | Assalamualaikum semua pembaca blog liz. Semoga awak semua sihat dan ceria selalu bersama yang tersayang. 

Yeah bersama yang tersayang! Sebut sahaja perkataan 'Yang Tersayang' siapakah yang bermain di fikiran korang sekarang ni? Bila kita ingat orang yang kita sayang, secara tak langsung kita juga perlu ingat bahawa mereka juga menyayangi kita. Jadi perkara yang paling berharga dalam kehidupan kita ialah menjaga kesihatan diri sendiri dan ahli keluarga yang lain. Tak salah kan saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Tak rugi kan?

Dari kita lahir seusia 1 hari minuman pertama kita yang masuk ke mulut kita ialah susu. Susu lah menjadi minuman, susu juga lah menjadi makanan kita supaya boleh terus membesar. Dan bila dah dewasa ni korang agak-agaklah nak minum susu mak pun. Nanti ada juga yang kena baling dengan kuali mak dari dapur tu. 

Liz ingat lagi, masa sekolah rendah lagi mak suka beli kan liz susu tepung dutch lady tu. Sebab dengan harapan anak dia tinggi lampai. Ha tercapai cita-cita mak ye, dapatlah juga seorang anak yang tinggi dari mak dan abah dia. Bila dah sekolah menengah, liz semakin sibuk dan tak suka minum susu tepung jadi beralih arah ke susu botol dutch lady dan waktu ketika itu liz suka beli yang jenis low fat, yang penutup botol dia warna hijau muda tu. Sedapnya... urmm terjilat bibir pula!

Kenapa pentingnya susu dalam kehidupan seharian kita? Sebab susu penting untuk tumbesaran kita semua, dari lahir sampai lah ke tua, sebab susu merupakan sumber yang terbaik untuk membekalkan kalsium terhadap tubuh badan manusia. Kalau korang tahu kenapa pentingnya kalsium mesti korang akan minum susu hari-hari sebab apa tau kajian selidik dapati orang di Malaysia 57% lelaki dan 62% perempuan tidak mendapat kalsium secukupnya. Patutlah perempuan lebih cenderung kepada masalah Osteoporosis. Jadi kawan-kawan semua, jangan lah abaikan pengambilan susu ni sebagai minuman rutin harian kita semua. Susu ni juga ada Vitamin D untuk membantu badan kita serap kalsium jadi barulah nanti tulang dan gigi kita kuat dan sihat. 



Terima kasih Dutch Lady sebab sponsor sarapan pagi untuk hari pertama bersama Dutch Lady. Sangat-sangat teruja, tiba-tiba dapat panggilan telepon dari nombor yang tak dikenali katanya sarapan pagi dari Dutch Lady ada di depan pintu masuk pejabat. Berlari-lari anak liz turun tangga tau tak sabar sangat nak tengok kejutan dari Dutch Lady. Fuhhhh tersenyum lebar sampai ke telinga bila dapat sebakul Dutch Lady bersama sarapan! Kekasih liz pun tak se-sweet Dutch Lady tau. 

Bila kita kena minum susu? Kebiasaanya susu ni sesuai diminum waktu pagi bersama breakfast dan malam sebelum tidur. Dan sempena cabaran 7 hari bersama Dutch Lady ni liz sahut cabaran mereka supaya lebih berdisiplin untuk minum susu bersama sarapan setiap pagi. Dah bersedia tak korang nak tengok menu-menu liz? Okay jom!

Hari Pertama:



- Nasi Lemak Kukus
- Ayam Sambal
- Telur
- Timun
- Ikan Bilis
- Kacang
- Susu Dutch Lady Pure Farm Low Fat High Calcium 


Hari Kedua:



- Honey Stars
- Dutch Lady Pure Farm
- Chia Seeds
- Kiwi - Dutch Lady Pure Farm 


Hari Ketiga:


- Chocolate Wheat Ball
- Dutch Lady Pure Farm
- Chia Seeds
- Pisang 


Hari Keempat:



- Dutch Lady Pure Farm
- Waffle
- Kacang Merah
- Telur 




Hari Kelima:



Waktu pagi, bangun tidur buat sarapan yang semudah ABC. Dan nikmati sarapan atas katil sambil baca buku. Syurganya rasa uit!!!

- Dutch Lady Pure
- Waffle
- Tomato
- Kiwi
- Honey on top


Hari Keenam:

Sarapan yang sangat-sangat ringkas. Yang penting ada susu, walaupun ketika ni liz dan alan dalam perjalanan ke Raub untuk jumpa wedding planner kami tapi sarapan tidak dilupakan tau. 

- Dutch Lady Pure Farm
- Mini Croissants 


Hari Ketujuh:



- Mehun Goreng
- Telur Rebus
- Dutch Lady Pure Farm 




Hah! Macam mana menu liz untuk cabaran 7 hari bersama Dutch Lady? Bukan susah pun, menu yang senang dan ringkas. Yang wajibnya kena ada susu barulah perut tu dapat bertahan sehingga ke waktu rehat tengahari. 



Dalam banyak-banyak khasiat yang terkandung dalam susu, liz nak tekankan 5 khasiat penting yang terkandung dalam susu Dutch Lady Pure Farm ni iaitu Protein, Kalsium, Vitamin A, Vitamin D3 dan Vitamin B2. 

Kenapa kita perlu khasiat-khasiat ni:

1. Protein  : Penting untuk membina otot-otot sel yang baru dan juga membantu menyeimbangkan hormon dalam badan secara semula jadi. Mengelakkan berat badan naik sebab kandungan protein yang ada dalam susu boleh membuat kita berasa kenyang. 

2. Kalsium  :  Kalsium sudah semestinya bagus untuk tulang yang kuat. Tolong sangat-sangat sayangi tulang anda kerana tulang 4 kerat ni lah kita boleh melaksanakan tugasan harian dan mencari rezeki.

3. Vitamin A  :  Bila sebut pasal Vitamin A ramai yang bersangka ianya hanya untuk mata. Sebenarnya Vitamin A juga membantu untuk mecantikkan kulit dan tisu kulit dan memberi sokongan terhadap gigi. Jangan tak tahu yang Vitamin A juga anti-oksida dimana melindungin daripada kerosakkan sel kulit dan menghalang kanser.

4. Vitamin D3  : Kerana ada nya vitamin D3 lah, kalsium boleh diserap dengan baik ke tubuh manusia. Fungsinya lebih kepada membantu penyerapan kalsium dan membantu imunisasi sistem dalam badan.
5. Vitamin B2  : Pentingnya untuk membantu menyerap khasiat dan menyalurkan tenaga kepada tubuh manusia. Sebab tu la kalau korang minum susu automatik rasa bertenaga. 


Sebab tu Dutch Lady sarankan kita semua rakyat Malaysia untuk mengambil sekurang-kurangnya 1-2 sajian susu mampu memberi kebaikkan kepada anda dan keluarga. Terbukti ianya penting sebagai carta aras 3 piramid makanan kita. Jadi jangan diabaikan ye. 

Ingat ye 2 sajian susu sangat penting setiap hari dan 1 sajian pada setiap pagi sarapan mampu membekalkan kita semua 200mg kalsium.


Aaron Aziz sekeluarga juga mengamalkan meminum susu bersama sarapan setiap pagi. Sebab tu Aaron Aziz ni bertenaga sentiasa walaupun waktu kerja yang sibuk namun tanggunjawab terhadap keluarga tidak diabaikan. Ingat tak kata kunci liz di atas tadi, Yang Tersayang. Macam tu la contohnya, sayangi diri sendiri dan juga ahli keluarga. Ingat yang tersayang ingat susu tau. Semoga kita semua terhindar daripada penyakit yang tidak diingini. 

P/s : Kalau nak dapatkan idea-idea bagaimana untuk padankan sarapan pagianda dengan Dutch Lady jangan lupa gunakan hastag #sarapanDutchLady sebab dah ramai orang yang kongsikan menu-menu yang menarik. Tiada lagi alasan untuk tidak minum susu ye, liz dah. Korang bila lagi?

Web


Facebook

Instagram








2 comments

LEAVE COMMENT HERE.