search

LIYFOODIE : TEMBIKAI

By | Leave a Comment
LIYFOODIE : TEMBIKAI | Assalamualaikum semua

Semenjak trafik blog liz naik giler berkenaan #acnejourney then sekarang liz dapat request dari pembaca untuk update rutin harian diet acne. Untuk buka laptop sebenarnya tak rajin sangat tapi liz cuba okay. Lagi bagus kalau update dekat snapchat tapi sebab data plan selalu kehabisan jadi liz kena bijak uruskan penggunaan data buat masa ni. 

Tonight snack bila liz skip dinner. 

Buah yang memang wajib dalam seminggu atau selang dua minggu ialah TEMBIKAI. Sebab buah tembikai ni ialah buah yang sangat-sangat tinggi dengan kandungan air. Korang tahulah kan setengah orang ni susah sangat nak minum air. Liz pun antara tergolong juga, jadi kulit mudah kering kalau liz tak cukup minum air. Kerja dalam penghawa dingin memang la lagi tak bagus sebab kulit lagi senang kering. 

Kalau korang rasa hari tertentu tersebut malas nya nak minum air apakata korang gantikan dengan tembikai. Badan dah dehydrate, korang akan rasa lesu dan tak bermaya. Makanya kulit pun senang nampak kusam dan kering. Kalau makan tembikai selalunya liz akan skip makan malam sebab kenyang, kadang-kadang makan nasi dan tembikai serentak lepas tu tak minum air. Macam-macam pattern juga liz ni cuba tau tapi sebagusnya untuk diri liz ialah liz kena cuba kurangkan makan berat di malam hari. Sebab digestion system liz tak kuat jadi makan tak boleh sebarangan kalau tidak liz susah nak buang toxin dari badan. 

Tembikai ni tinggi dengan khasiat antioksida. Buah ni memang membantu untuk pulihkan kulit rosak. Selalunya kalau lepas buat extraction, liz akan beli tembikai. Sebab extraction proses akan buat kulit liz merah-merah selepas rawatan. Untuk cool down kan blood vessel nya kena banyak kan benda yang berair mengalir dalam badan supaya kesan merah-merah tu turun sikit. 

Korang boleh baca banyak lagi info pasal tembikai ni dekat Google sebenarnya. Yang penting tembikai bagus untuk cegah kanser dan kaya dengan vitamin untuk kulit. 

Drop any inquiry kat bawah ni.

Email me: liylizyusof56@gmail.com
Instagram: @beautyliyliz
Twitter: @something92
Facebook: beautyliyliz

Jumpa lagi nanti di next entry LIYFOODIE.
Assalamualaikum. Muuahx xikit.










Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK