KEDAI BELON DI SUBANG JAYA

18 Sept 2016

KEDAI BELON DI SUBANG JAYA | Assalamualaikum semua korang.

Masalah mencari dan membiasa kan diri dengan keadaan Subang Jaya ni masih lagi baru buat liz. Google punya Google pasal kedai belon dekat Subang 1 harap pun tak jumpa orang yang update dekat blog. 

Ada setengah kedai yang ada website pun tapi tak berupdate alamat kedai. Type area Subang Jaya tapi bagi suggestion kedai sehingga ke Cheras, adehla gatal kepala tiba-tiba fikir mana nak cari belon area Subang Jaya ni. 

Belon helium ni dekat GM Klang, yang pink tu RM4 dan yang hitam tu RM8. Mahal ke murah? Liz beli ni sempena nak surprise kan BFF liz.

Tiba-tiba malam semalam housemate liz ajak teman dia cari kedai belon dekat area Subang Jaya. Liz pun tak berapa pasti dekat mana kedainya cuma pernah nampak Party Shop dekat Subang Parade. By the way ada lagi 1 kedai belon dekat Taipan namanya Ballon Buzz tapi tutup dah. 

 Malangnya dah tutup di malam hari.

Makanya kami terus bergerak ke Subang Parade. Masa tu pun dah 930 pm boleh tahan rushing juga la kami ke sana.  Membawa harapan agar Party Shop di sana masih buka. Bila dah sampai tu, lega nampak ada belon helium. Party shop ni berdepanan dengan Mcd dan sebelah dengan escalator.

 Jom pilih belon yang mana 1.

Boleh pilih yang dalam plastic juga dan nanti bawa ke kaunter minta helium. Harga yang ditampal tu dah termasuk dengan harga gas helium.

Yang macam warna pink tu RM6 kalau tak silap. Ada yang RM4.90 tapi kosong. Harganya mungkin mahal sikit tapi untuk last minutes punya kerja better la dari tiada. So good luck to housemate yang nak surprise pada kawan dia nanti. 

Kepada yang tengah google mana nak cari belon area Subang Jaya tu, semoga info ni berguna untuk korang semua. See soon in the next post. Good Nite!


4 comments

  1. thanks for sharing liz :) lepas ni dah tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome kak. Sbb suka bt surprise jd kene tahu lokasi2 belin ni.

      Delete
  2. Ooo ada kedai rupanya selama ni cari susah betul. Tapi yg belon biasa tu dia sekejap dah runtuh kan esoknya. Kalau belon yang warna hitam tu tahan lama beberapa hari. Hee

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.