search

Top-ads

DIY : JAMBANGAN BUNGA PERTAMA

By | 2 comments
DIY : JAMBANGAN BUNGA PERTAMA | Assalamualaikum 

Korang ..... barang liz semakin hari semakin banyak ni! Nak buang sayang, banyak sangat barang yang tak guna tapi sayang nak buang. Sebab semua benda liz rasa boleh guna suatu hari nanti. Tapi ... nanti punya nanti tu tak tahulah sampai bila nak tunggu penantian tu berakhir. 

Liz rasa liz dah kena mengemas sikit demi sikit kalau tidak pening bila tiba masanya nak pindah rumah baru tu. Barang paling sayang nak buang sekali si jambangan bunga ni. Bukan sebarangan jambangan bunga! Ni jambangan bunga pertama dari si bakal suami. #tibatibarindu 


Bunga ni liz dapat pun sebab hari tu kitorang gaduh pasal harga makanan dekat Mydin. LOL ~ Yeah pasal harga. Liz paling bengang kalau liz cakap tapi orang tak percaya dan pertikaikan liz yang silap. Suka hati cakap kita silap, ingat kita ni tak reti tengok tanda harga. Kalau liz kata betul dan pasti! Maksudnya betul la tu. Geram pula si alan ni tak percaya! Pastu alan ni cakaplah betul ke tengok harga nya, dah pastikan tak harga barang tu dekat tempat tu, dekat harga tu ada tulis tak nama sayur tu. Haa kantoi pula pasal sayur dengan korang. Liz punya unbalance mood dah naik ke suhu atas, liz tengok resit tu then tengok alan dan jeling 1 kali. #legadapatjeling Hahaha durhaka ke derhaka lantak. 

Lepas tu settle sendiri bila dapat refund. Lepas daripada tu liz terus senyap tak reply wasap, tak angkat call dan buat tak layan je. Sebenarnya isu tu memang kecil. Kecil sangat tapi liz tak suka dia ada sifat tak percaya pada liz. Yeah walaupun isu yang kecil. Kalau liz dah kata PASTI tu kena la percaya kat liz. Tapi sebenarnya liz faham, liz ni selalu cuai sebab tu alan suka tanya banyak kali. Tapi dah nasib mood hari tu mood tsunami nak buat macam mana kan. Betul tak perempuan? 

Tu lah kali pertama liz ignore dia selama 3 hari. Sampai kena pujuk guna bunga. Dapat bunga barulah sejuk sikit hati. Tahu pun pujuk! Sepanjang 3 tahun itulah jambangan pertama dari dia bagi liz. Jadinya nak buang pun sayang. Nak tunggu next jambangan tak tahu bila. Sejenis dia memang tak kan beli atau bagi barang yang membazir duit walaupun sebenarnya dia tahu liz suka ros sangat-sangat. Kesat air mata sendu tengok orang lain dapat bunga sokmo dari yang tersayang. #seduthingusjap


Letak semua bunga kering tu dalam botol. Botol ni korang recycle jela kakak-kakak uit. Botol sos prego ni hah, lepas buat spegeti tu jangan buang, basuh bersih-bersih simpan ni lah hasil nya kan boleh diguna pakai. Dan simpan kenangan dalam botol ni. 


Pembalut jambangan bunga tu kita lekat sekali dekat botol ni. Guna semua barang yang boleh diguna jangan membazir ye kawan-kawan.


Ribbon pun guna ribbon yang ada dekat jambangan bunga tu. Jangan membazir. Kalau korang ada banyak jambangan bunga dari kekasih hati tapi sayang nak buang kan, apakata letak dan simpan dalam botol macam ni cantik-cantik. Janganlah simpan jambangan bunga kekasih lama pula sebab yang lama jangan dikenang. 

Semoga entry ni memberi ilham kepada korang yang banyak dapat bunga tu. Kalau dibiarkan lama-lama akan mereput juga dan habuk tu mesti buat sepah habis bilik korang. 

Assalamualaikum. Jumpa lagi di next entry. 
P/s: I wish to get next bunch of roses. #please
Newer Post Older Post Home

2 comments:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK